ADS

Rabu, 29 April 2015

Poster Imax Batman Tanpa Logo Superman Dikeluarkan Serta Footage!





Poster Batman IMAX tanpa logo Superman yang telah dikeluarkan. Kita dapat melihat dengan lebih jelas wajah Ben Affleck di dalam kowl Batman di dalam poster tersebut. Poster yang dikeluarkan ketika event trailer Batman V Superman sebelum ini telah ditutup oleh dengan logo Batman dan Superman pada wajah mereka.



Anda boleh lihat poster tersebut di bawah, hanya poster Batman sahaja yang dikeluarkan ketika ini.


Batman Superman v : Dawn Keadilan dibintangi oleh Henry Cavill dalam peranan Clark Kent / Superman, Ben Affleck sebagai BruceWayne / Batman, Gal Gadot sebagai Diana Prince / Wonder Woman , dengan Amy Adams sebagai Lois Lane, Laurence Fishburne sebagai Perry White dan Diane Lane sebagai Martha Kent dari " Man of Steel, " Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor , Jeremy Irons sebagai Alfred dan Holly Hunter.

Nah belanjer sikit extra 5 saat footage dari Batman V Superman : Down Of Justice Imax trailer event.

Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Selasa, 28 April 2015

Video : Lihat Prank Cubaan Mengangkat Hammer Mjlionir Thor




Sekumpulan humorists Vloger Trollstation telah memuat naik sebuah video prank mereka iaitu cubaan mengangkat hammer Mjolnir milik Thor. Vloger tersebut telah melekatkan hammer props Mjolnir tersebut dengan gam Gorilla bergred tinggi pada lantai di tengah-tengah dataran awam. Ianya telah menarik perhatian orang awam yang berada disitu, dengan melihat beberapa orang cuba mengangkat Mjolnir Thor. Seperti di dalam komik atau filem marvel hanya yang layak sahaja berkemampuan untuk mengangkat hammer Mjolnir. Beberapa orang telah mencuba untuk mengangkat Mjolnir tersebut, tetapi gagal. Anda boleh menyaksikan gelagat lucu orang awam cuba untuk mengangkat hammer Mjolnir Thor tersebut di bawah.





Mjolnir adalah merupakan sebuah senjata fiksyen yang terdapat dalam buku- komik yang diterbitkan oleh Marvel Comics dan adalah merupakan senjata kepunyaan superhero Thor. Mjolnir, pertama kali diperkenalkan dalam siri Journey into Mystery # 83 (Ogos 1962) , telah dicipta oleh penulis Stan Lee dan direka oleh artis Jack Kirby dan Joe Sinnott.

Mjolnir telah dihasilkan oleh seorang tukang besi dikenali sebagai Dwarven , dan Mjolnir diperbuat daripada logam " uru " Asgardian. Di sisi tukul Mjolnir terdapat tulisan " Barangsiapa yang memegang tukul ini, jika dia layak, dia akan mendapat kuasa Thor.

Sudahkah anda menyaksikan Avengers : Age Of Ultron?. Spoiler alert! Ada orang boleh mengangkat hammer Mjolnir Thor!. :3

Isnin, 27 April 2015

Video : X -Men : Apocalypse - Pandangan Pertama Karakter Nightcrawler


Bryan Singer pengarah filem X-Men : Day Of Future Past dan juga untuk filem X-Men : Apocalypse yang akan datang telah berkongsi video pendek karakter Nightcrawler, Beliau telah memuat naik video tersebut pada laman twitternya. Pelakon remaja Kodi Smit McPhee telah dipilih untuk memegang peranan sebagai Nightcrawler untuk filem X-Men Apocalypse.


Beliau telah di solek sebagai Kurt Wagner atau lebih dikenali sebagai Nightcrawler di dalam siri komik X –Men. Bryan Singer telah memberitahu penggambaran filem itu baru sahaja bermula. X -Men : Apocalypse telah dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan.

X-Men : Apocalypse dikatakan akan mengambil latar belakang pada zaman 80-an dimana merupakan sambungan kepada filem X-Men : Days Of Future Past. Watak Nightcrawler akan dalam filem X-Men : Apocalypse akan memaparkan Nightcrawler yang lebih muda, manakala di dalam filem X-Men sebelum ini watak tersebut telah dibawakan oleh Alan Cumming dalam filem X-Men 2 : X -Men United.





Anda boleh melihat video tersebut di bawah

X -Men : Apocalypse akan berada di pawagam pada 27 Mei 2016. Diarahkan oleh Bryan Singer dan dibintangi oleh Michael Fassbender (Magneto), James McAvoy (Prof-X), Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast) dan Oscar Isaac (Apocalypse).

Jumaat, 24 April 2015

Official Look: Jared Leto Sebagai Joker Untuk Filem Suicide Squad



Happy Birthday Mr.J!

Untuk meraikan ulang tahun ke 75 karakter Joker, pengarah filem Suicide Squad, David Ayer telah menulis tweet gambar rasmi pertama The Clown Prince Of Crime aka Joker untuk filem Suicide Squad lakonan Jared Leto ( Dallas Buyers Club ), pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar. Anda boleh lihat gambar di bawah.




Filem ini dibintangi oleh Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag , dan Cara Delevingne sebagai Enchantress . Viola Davis akan memegang peranan Amanda Waller.

Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016 .

Video Klip Pertama Ant-Man - Paul Rudd Mencuri Kostum Ant-Man.





Pelakon Paul Rudd telah menjadi tetamu dalam rancangan David Letterman talk show baru-baru ini dan beliau telah membawa klip yang pertama dari filem Ant -Man untuk mempromosikan filem tersebut.


Dalam klip video tersebut memaparkan pencuri handal dan berpengalaman Scott Lang lakonan Paul Rudd memecah masuk ke dalam bilik simpanan besi kebal kepunyaan Doktor Hank Pym lakonan Michael Douglas dan beliau tidak menemui sebarang barangan yang berharga di dalam bilik tersebut, cuma hanya terdapat barang penyelidikan Dr. Hank Pym dan kostum Ant-Man sahaja di dalam bilik kebal itu. Scott Lang adalah seorang pencuri yang licik.

Lihat video di bawah.




Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal anggota The Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man dari Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecilkan saiz tubuh badan tetapi kekuatannya semakin meningkat, pencuri handal Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan bertujuan untuk menyelamatkan dunia.

Ant-Man akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.

Rabu, 22 April 2015

Adakah Batmobile Terbang Dalam Teaser Trailer Batman V Superman ?





Beberapa bulan yang lalu, terdapat khabar angin tentang bahawa pengarah filem Batman V Superman : Down Of Justice, Zack Snyder akan mencipta sebuah Batmobile generasi baru di mana kenderaan Batmobile milik Batman boleh bertukar kepada mode terbang di dalam filem tersebut - dan ia tidak mustahil bahawa teaser trailer yang baru sahaja dikeluarkan pada minggu lepas, kita dapat melihat sebuah pesawat tersebut di dalam teaser trailer itu. Ia juga dapat memberikan sedikit klu mengenai khabar angin itu.

Anda boleh melihat gambar pesawat tersebut di atas, lengkap dengan panel Batwing – yang terletak dibahagian atasnya. Ianya menyerupai reka bentuk Batmobile. Anda boleh lihat gambar di bawah.


Jadi ... adakah ini adalah kenderaan yang sama?

Bahagian yang paling meyakinkan adalah bukan di bahagian panel Batwing, tetapi pada axel di belakang kapal terbang tersebut, rekabentuk axel itu menyerupai rekabentuk axel seperti yang terdapat pada belakang Batmobile, seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Seterusnya, saiz pesawat itu kelihatan kecil dan tidak mempunyai gear pendaratan dan juga tayar Batmobile tidak kelihatan. Mungkin bentuk Batmobile berubah ketika berada di mode terbang?.

Cuma pada bahagian depan kapal terbang nampak kecil dan tidak kelihatan seperti bahagian depan Batmobile, tetapi bahagian cockpit dan cermin depan menyerupai bentuk Batmobile. Seperti yang anda tahu Batman mempunyai banyak kelengkapan dan kenderaan seperti bot, kapal terbang, motosikal dan seumpamanya dalam adaptasi filem sebelumnya atau di dalam komik. Ianya tidak mustahil, seperti filem The Dark Knight Christopher Nolan, di mana Batmobile yang telah rosak bertukar kepada mode Batpod (motosikal). Anda boleh lihat gambar analisis Batmobile di bawah,
















Apa-apa pun ini semua hanya spekulasi awal, mungkin kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut pada masa hadapan. Kami akan melaporkan jika terdapat sebarang perkembangan. Jika anda ingin melihat Batmobile dengan lebih dekat, lihat video di bawah pemain NBA DeAndre Jordan telah mendapat VIP Studio Tour dari pihak Warner Bros Studio. Anda juga dapat melihat kostum Batman, Superman dan Wonderwoman dengan lebih dekat dalam video tersebut.



Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Isnin, 20 April 2015

Video After Credits Avengers : Age Of Ultron, Adakah Ini Spider Man Yang Baru??..





Baru-baru ini pengarah Joss Whedon dan Kevin Feige  telah mengeluarkan kenyataan semasa sedang mempromosikan filem Avengers : Age Of Ultron, mereka telah menyatakan bahawa tiada after credits scene selepas filem Avengers : Age Of Ultron tetapi hanya ada post credits scene sahaja. Tetapi terdapat sebuah video telah dimuat naik ke laman Youtube, iaitu video after credits scene filem Avengers : Age Of Ultron. Adakah ini merupakan penampilan pertama Spider-Man di dalam Marvel Cinematic Universe. Tetapi masih tidak disahkan kesahihannya. Adakah ianya benar atau palsu?. Untuk mengetahuinya kita perlu menyaksikan filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 23 hb ini.



Klip video ini memaparkan seorang pencuci tingkap sedang membersihkan tingkap di sebuah bangunan pencakar langit New York City. Anda dapat melihat di latar belakang pekerja pencuci tingkap tersebut bangunan Avengers Tower Tony Stark pada sebelah kiri dan pada bahagian kanan Spider-Man berada di sebelah bangunan pencuci tingkap itu, kemudian Spider-Man menegurnya pencuci itu “Hey!, You miss a spot!..I said, You miss a spot!!..


Anda boleh melihat klip video tersebut di bawah.




Avengers : Age Of Ultron akan mula ditayangkan pada hari rabu ini!..

Jumaat, 17 April 2015

Cepat..Tengok Leaked Trailer Batman V Superman : Down Of Justice!!..





Pada asalnya Warner Bros Studio akan mengadakan program pra-tonton klip trailer filem Batman V Superman bersama IMAX pada 20 hb April Isnin minggu hadapan, tetapi dengan tersebarnya klip trailer filem Batman V Superman : Down Of Justice itu pagi tadi mungkin akan menjejaskan sedikit majlis pra-tonton tersebut.

Rumor daripada Indie Revolver menyatakan bahawa durasi trailer pra-tonton IMAX untuk filem Batman V Superman : Down Of Justice pada Isnin minggu hadapan adalah lebih panjang dan tidak akan dikeluarkan online sehingga Selasa pada pukul 9 pagi waktu US.

Trailer yang tersebar di internet ini berdurasi 2 minit 18 saat, dan dikatakan ianya telah dimuat naik oleh peminat dari Brazil. Walaubagaimana pun gambar video ini agak sedikit gelap kerana ia telah dirakam dari dalam panggung wayang. Di dalam video tersebut kita dapat menyaksikan sedikit sedutan Bat Mobile, Bruce Wayne dan Batman lengkap berkostum mempunyai mata putih, kostum Batman menyerupai seperti di dalam 



Komik The Dark Knight Returns – Frank Miller. Dipenghujung video Batman seperti mengugut Superman dengan nada yang garang. “Tell me..Do you bleed?..You Will!!..”. Superman pula tampak ganas datang menghampiri Batman dengan matanya kemerahan.

Lihat trailer tersebut di bawah sebelum di block!..



Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Rabu, 15 April 2015

Lihat Teaser Trailer Batman V Superman: Dawn Of Justice!!




Teaser trailer ini telah dimuat naik di Twitter halaman peribadi pengarah Batman V Superman : Dawn Of Justice,Zack Snyder, Trailer penuh pertama berdurasi dua minit enam saat filem tersebut akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Ianya telah disahkan oleh British Board of Film Classification (BBFC).

Jadi apa sebenarnya yang kita dapat lihat dalam rakaman ini? Well, sedih jawapannya dan tidak banyak. Ia cuma sebagai satu tarikan. Kita tidak dapat melihat Henry Cavill atau Ben Affleck dalam teaser tersebut, tetapi hanya kostum Batman dan Superman. Anda boleh lihat video tersebut di bawah,




Nampaknya kedua syarikat gergasi komik DC dan Marvel telah mula bersaing diantara satu sama lain. Dengan trailer pertama Batman V Superman : Dawn Of Justice akan mula dikeluarkan sebelum filem Marvel Avengers : Age Of Ultron mula ditayangkan . Memandangkan pembukaan filem Marvel pada minggu hadapan, ini merupakan pendedahan besar untuk filem DC Batman V Superman : Dawn Of Justice. Ianya merupakan satu strategi promosi yang bagus!.

Selasa, 14 April 2015

Klip Footage 1 Minit Awesome Hulkbuster Vs Hulk!!!..


Filem Avengers : Age Of Ultron akan ditayangkan pada minggu hadapan. Marvel Studio telah mengeluarkan klip pendek babak pertarungan Hulkbuster dan Hulk ketika MTV Movie Awards sabtu yang lalu. Footage berdurasi seminit ini memaparkan pertarungan antara Iron Man dan Hulk. Seperti yang dinyatakan di entri sebelum ini,
http://komikdinamik.blogspot.com/2015/03/gambaran-mengenai-babak-pertarungan.html?spref=fb
Spoiler Alert!!..See..i,ve told yall.. :3

Anda boleh lihat video di bawah.



Video esklusif Iron Man Vs Ultron !!!!


Marvel Studios telah mengeluarkan klip baru Iron Man Vs Ultron pada Avengers : Age Of Ultron World Premiere Red Carpet. Lihat video tersebut di bawah.



Marvel Avengers: Age of Ultron dibintangi Robert Downey Jr, yang membawa peranan sebagai Iron Man, bersama Chris Evans sebagai Captain America, Chris Hemsworth sebagai Thor dan Mark Ruffalo sebagai The Hulk . Bersama dengan Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Jeremy Renner sebagai Hawkeye, dan bantu oleh Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan Cobie Smulders sebagai Agen Maria Hill , pasukan Avengers bergabung tenaga semula untuk mengalahkan James Spader sebagai Ultron, yang membawa misi untuk menghapuskan manusia. Sepanjang pengembaraan, mereka bakal menghadapi dua pendatang baru misteri dan kuat, Wanda Maximoff(Scarlet Witch) , dimainkan oleh Elizabeth Olsen, dan Pietro Maximoff(Quicksilver), dimainkan oleh Aaron Taylor Johnson, dan pembantu Iron Man iaitu Jarvis dalam bentuk baru apabila menjadi Vision dimainkan oleh Paul Bettany.


Avengers: Age of Ultron mula ditayangkan pada 23 April 2015 di pawagam.

Isnin, 13 April 2015

Dua Klip Video Terbaru Avengers : Age Of Ultron !!!



Marvel Studios baru sahaja mengeluarkan dua klip video pendek dari filem Avengers : Age Of Ultron , anda boleh lihat video klip tersebut di bawah.






Marvel Avengers: Age of Ultron dibintangi Robert Downey Jr, yang membawa peranan sebagai Iron Man, bersama Chris Evans sebagai Captain America, Chris Hemsworth sebagai Thor dan Mark Ruffalo sebagai The Hulk . Bersama dengan Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Jeremy Renner sebagai Hawkeye, dan bantu oleh Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan Cobie Smulders sebagai Agen Maria Hill , pasukan Avengers bergabung tenaga semula untuk mengalahkan James Spader sebagai Ultron, yang membawa misi untuk menghapuskan manusia. Sepanjang perjalanan, mereka bakal menghadapi dua pendatang baru misteri dan kuat, Wanda Maximoff(Scarlet Witch) , dimainkan oleh Elizabeth Olsen, dan Pietro Maximoff(Quicksilver), dimainkan oleh Aaron Taylor Johnson, dan pembantu Iron Man iaitu Jarvis dalam bentuk baru apabila menjadi Vision dimainkan oleh Paul Bettany.


Avengers: Age of Ultron mula ditayangkan pada 23 April 2015 di pawagam.

Lihat Klip Trailer Terbaru Ant -Man !


Walt Disney Pictures telah mengeluarkan klip trailer baru untuk filem Ant-Man daripada Marvel Studios.

Anda boleh menonton klip tersebut di bawah.


Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal anggota The Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man dari Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri handal Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan bertujuan untuk menyelamatkan dunia.


Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).
Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.





Ant-Man akan ditayangkan dipawagam pada 17 Julai 2015.

Khamis, 9 April 2015

Lihat Formasi Super Saiyan God Goku Dalam Dragon Ball Z : Resurrection Of Frieza



Toei Animation telah mendedahkan Goku dalam formasi Super Saiyan God dalam filem terbaru Dragon Ball Z: Fukkatsu no Fliza (Resurrection of Frieza) yang mula ditayangkan di Jepun pada 30 March 2015 yang lalu.

Jika musuh Goku, iaitu Frieza boleh menjelma di dalam formasi baru berwarna keemasan maka Goku juga perlu berusaha untuk melampaui tahap Super Saiyan. Dan dia berjaya melakukannya, dengan bentuk formasi Super Saiyan God. Goku tampil dengan rambut ikonik pacaknya dengan berwarna biru.


Lihat Goku dalam formasi barunya dalam video dan imej di bawah.




Saki-baki tentera Frieza iaitu Sorbet dan Tagoma ( daripada perkataan Jepun untuk ' telur ' ) telah datang ke planet bumi. Matlamat mereka adalah untuk menghidupkan kembali Frieza dengan menggunakan Dragon Ball. Hasrat mereka berjaya, dan dendam Frieza terhadap Goku dan Saiyans telah kembali. Dapatkah Goku menghalang Frieza?...Saksikan sambungannya pada minggu hadapan.. :3

(melalui saiyanisland )

Selasa, 7 April 2015

Lihat Deadpool Beraksi Pada Set Pengambaran




Beberapa orang awam telah merakam sebuah video Deadpool sedang beraksi ketika pengambaran Deadpool dijalankan di Vancouver, video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan Anti-Hero Deadpool yang memakai kostum dengan membawa pedang dan senjara api sedang beraksi pada set pengambarannya. Filem yang telah disahkan Rated-R tersebut diarahkan oleh Tim Miller. Berikut adalah merupakan gambar terbaru Deadpool yang diambil pada set filem tersebut,



Orang yang merakam video tersebut dikenali sebagai dylanbyth, dia telah memuat naik video tersebut pada rangkaian social Instagramnya. Lokasi pengambaran ini adalah menyerupai adegan dimana Deadpool menyerang hendap musuhnya disebuah lebuh raya dari video test footage yang tersebar di internet pada tahun lalu. Bermula dari 4 hingga 16 April, Penduduk Vancouver Georgia Viaduct akan dapat menyaksikan Deadpool lakonan Ryan Reynolds bersama pelakon yang lain menjalankan pengambaran filem di sana. Anda boleh menyaksikan video tersebut di bawah,




A video posted by Dylan Byth (@dylanbyth) on

A video posted by Dylan Byth (@dylanbyth) on

A video posted by Dylan Byth (@dylanbyth) on
Terdapat banyak spekulasi mengenai tentang SFX untuk mata putih Deadpool ( Ryan Reynolds ) bagaimana beliau dapat membuat ekspresi dirinya. Ada sesetengah pihak yang membuat spekulasi kemungkinan filem deadpool akan menggunakan effect animatronics untuk mata putihnya. Sekarang ianya telah disahkan bahawa mereka akan menggunakan CG effect untuk matanya. Anda boleh melihat di sekeliling mata Deadpool mempunyai titik-titik kecil yang digunakan untuk tracking. Kita akan dapat melihat mata putih Deapool seperti di dalam buku komik klasik dan ia dapat menunjukkan ekspresi dirinya.




Deadpool tiba di pawagam pada 12 Februari 2016.

Sabtu, 4 April 2015

Deadpool : Lihat Foto Rupa Deadpool Yang Ngeri Tanpa Topeng Pada Set Filem




Beberapa hari lalu kita telah melihat Deadpool memukul seorang wartawan hiburan Mario Lopez semasa pengumuman Rating untuk filem Deadpool pada post yang lepas, Jika ada yang masih belum melihat video tersebut klik sini : http://komikdinamik.blogspot.com/2015/04/filem-deadpool-secara-rasminya-adalah.html?spref=fb


Sementara itu, pelakon Ryan Reynolds mengesahkan bahawa filem ini tidak mempunyai kaitan dengan filem X -Men Origins : Wolverine dan akan menampilkan origin Deadpool dengan versi yang berbeza selepas sejarah berubah pada penghujung filem X-Men : Days Of Future Past.

Ryan Reynolds sebagai Wade Wilson dalam X-Men Origins : Wolverine

Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang gelap serta twisted sense of humor, Deadpool memburu orang yang hampir memusnahkan hidupnya.

Gambar pertama Reynolds dalam set pembikinan filem Deadpool telah di paparkan pada website Just Jared, termasuk gambar-gambar pelakon yang lain seperti Ed Skrein (Game Of Thrones) , Gina Carano (Fast and Furious 6) dan Morena Baccarin (Gotham). Skrein memainkan watak yang dikenali sebagai Ridge , Carano memainkan watak Angel Dust, dan Baccarin memegang watak Copycat iaitu mutan yang berkebolehan bertukar wajah dan rupa bentuk seperti Mystique Tidak banyak yang diketahui tentang watak Skrein, tetapi dia kelihatan seperti seorang watak penjahat dalam gambar ini .

Reynolds memakai hud dan seluruh tubuhnya ditutupi, wajahnya penuh berparut, mungkin dia memakai prostetik make up di wajahnya. Ini menunjukkan bahawa adegan ini berlaku selepas Wade Wilson menjalani eksperimen dan meninggalkan kesan teruk terhadapnya. Mungkin ini menjelaskan mengapa dia kelihatan begitu marah dalam adegan tersebut. Reynolds telah baru-baru ini telah dilihat berrambut pendek, mungkin adalah untuk memudahkannya untuk memakai prostetik make up dan botak. Anda boleh lihat gambar di bawah,






Gambar di bawah pula adalah gambar yang terbaru dipetik dari The Daily Mail, di sini kita dapat melihat dengan lebih jelas wajah Wade Wilson lakonan Ryan Reynolds dan memberikan kita gambar pertama tentang Weasel lakonan TJ Miller yang mana beliau merupakan sebagai penjual senjata api dan juga sahabat Wade Wilson, seperti yang dapat dilihat dia sedang berbual dengan seorang penari bogel di Orange Club Vancouver. Juga Copycat lakonan Morena Baccarin yang turut berada di set itu. 

Deadpool tiba di pawagam pada 12 Februari 2016. 
Sebagai pemanas badan kita layan klip video test footage Deadpool ini dulu. 

Jumaat, 3 April 2015

Pameran Patung Life Size Hulkbuster Akan Diadakan Di Malaysia!!!!


Pameran Avengers: Age Of Ultron Hot Toys Asia Tour


Daripada filem blockbusters Marvel Avengers : Age Of Ultron yang akan ditayangkan tidak lama lagi, HOT TOYS telah menjadi host untuk pameran seluruh Asia sempena filem Avengers : Age Of Ultron untuk membawa beberapa patung Life-Size Avengers dipamerkan kepada peminat.

Pameran akan bermula pada 3 April 2015 di Hong Kong, pada Hysan & Lee Theatre. Salah satu perkara yang menarik perhatian orang ramai di pameran Hot Toys di Hong Kong adalah patung Hulkbuster dan Hulk berskala 1:1. Patung tersebut diletakkan di pintu masuk supaya peminat dapat melihat dengan lebih dekat Hulkbuster itu.

Untuk Peminat di Negara Asia yang lain, Hot Toys akan membuat pameran di lokasi berikut,

- Mid-Valley Megamall, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (08-19 April)
- Shin Kong Mitsukoshi'S TAIPEI Xinyi Tempat, TAIPEI, TAIWAN (12 April-31 Mei)
- Gandaria CITY MALL, JAKARTA, INDONESIA (13 april - 3 mei)
- Vivo CITY, SINGAPURA (15 April-3 Mei)
- SM CITY Utara Edsa, FILIPINA (27 April - 16 Mei)
- ROYAL PARAGON HALL @ SIAM PARAGON, BANGKOK, THAILAND (1-3 Mei)
- Roppongi Izumi GARDEN Gallery, TOKYO, JEPUN (04-20 Julai)

Selain itu, patung koleksi direka khas Avengers : Age Of Ultron akan disediakan untuk Pre-Order Eksklusif semasa pameran Hot Toys berlansung.

Dalam pada itu, lihat dulu gambar Sneak Peek patung 
Life-Size Hulk & Hulkbuster di bawah.