ADS

Selasa, 11 Ogos 2015

5 Perkara Yang Menjadi Persoalan Dalam Trailer Deadpool



Selepas trailer pertama untuk filem Deadpool dari Comik-Con International : San Diego telah dikeluarkan kepada orang ramai, menerusi rancangan tv talk show Conan. Trailer Red Band Deadpool yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox itu telah ditonton lebih 17 juta kali di YouTube sehingga kini. Ianya telah mendapat reaksi positif dari peminat. Daripada trailer tersebut terdapat beberapa persoalan yang menarik mengenai plot cerita, watak dan karakter di dalam filem itu dan kaitan dengan X-Men sinematic universe.



Berikut adalah merupakan perkara yang menjadi persoalan di dalam trailer Deadpool

1) Adakah Vanessa merupakan Copycat?

Kita tahu bahawa Morena Baccarin memainkan watak bernama Vanessa, dan Vanessa adalah merupakan kekasih Wade Wilson sebelum menjadi Deadpool . Andaian telah dibuat bahawa Vanessa adalah Vanessa Carlyle, a.k.a Copycat, mutant yang mempunyai kelebihan untuk berubah rupa bentuk (Shape Shifter) dari komik. Ini seolah-olah disahkan oleh pencipta watak dan penulis komik Rob Liefeld dari isu komik The New Mutant #98 tahun 1991 yang membawakan penampilan pertama karakter Deadpool dan juga turut menampilkan karakter Copycat di dalam komik tersebut. Walau bagaimanapun, dari trailer pertama Deadpool tidak memaparkan Vanessa dengan kebolehannya yang berkemampuan untuk berubah rupa bentuk. Berkemungkinan pihak Studio tidak mahu Copycat diperkenalkan di dalam X-Men Sinematik Universe kerana kebolehannya menyerupai Mystique, atau juga mungkin asal-usul(origin) bagaimana beliau memperolehi kuasa telah ditukar dengan terlibat dengan program Weapon-X ? Atau mungkin mereka ingin merahsiakan perkara ini sebagai satu kejutan untuk titik plot penting dalam filem.

2) Adakah kita akan dapat menyaksikan lebih banyak karakter Weapon-X?

Asal usul (Origin) Deadpool adalah hasil daripada program Weapon-X. Kita juga telah mengetahui bahawa pelakon Ed Skrein akan memegang peranan sebagai Ajax, yang merupakan salah satu produk Weapon-X yang agak ganas. Seperti yang dapat dilihat pada trailer ini menunjukkan seolah-olah bahawa Weapon-X adalah sebuah organisasi elit. Adakah kita akan dapat melihat watak-watak Weapon-X yang lain akan muncul di dalam filem ini?. Rob Liefeld telah memberikan bayangan berkemungkinan terdapat mutant Weapon-X yang lain bakal muncul di dalam filem tersebut.


3) Apakah permasalahan X-Men dengan Deadpool?

Dalam trailer, kita dapat melihat Colossus yang merupakan salah seorang ahli kumpulan X-Men dan anak didik beliau , Negasonic Teenage Warhead bersemuka dan menyerang Deadpool, tetapi mengapa?. Adakah Wade Wilson mempunyai kaitan dengan X-Men? Apakah urusan antara X-Men dan Deadpool?Adakah ia akan melibatkan Wolverine? Jika Worlverine turut tampil sebagai cameo di dalam filem tersebut ianya akan membuatkan peminat lebih teruja, Hugh Jackman telah disahkan bahawa beliau akan melakonkan watak Wolverine buat kali terakhir dalam filem solo Wolverine ke-3 yang dikatakan bakal mengambil storyline dari siri Oldman Logan. Rumor juga menyatakan Wolverine hanya membawa peranan kecil atau cameo di dalam filem X-Men : Apocalypse, ianya agak mengecewakan.


4) Bagaimanakah Deadpool akan dimuatkan dalam timeline filem X-Men

Bercakap mengenai X-Men, masih tiada penjelasan mengenai perbezaan garisan masa(timeline) di mana sebenarnya filem Deadpool dengan filem X-Men. Kita tahu bahawa Deadpool mempunyai kaitan dengan X -Men Sinematic Universe. Tetapi filem X-Men : Days Of Future Past tidak memberikan sebarang petunjuk dan status quo mengenai pasukan itu masih lagi tidak diketahui. Berkemungkinan Deapdool akan mengambil timeline di antara filem X-Men : Days Of Future Past dan X-Men : Apocalypse atau mungkin juga timeline selepas X-Men : Apocalypse. Walau bagaimanapun ianya masih tidak diketahui.


5) Apakah yang membuatkan Deadpool dan Weasel bekerjasama?


Seperti yang dapat dilihat dalam Trailer yang memaparkan perbualan lucu antara Wade Wilson dan Weasel di mana Weasel tidak berhenti-henti mengutuk rupa wajah Wade Wilson yang mengerikan selepas menjalani eksperimen program Weapon-X, tetapi mengapakah Wade Wilson bertemu dengan Weasel? Apakah urusan mereka? Adakah Weasel adalah salah satu sasaran Deadpool? Atau menjadi sekutunya?. Berkemungkinan Wade Wilson berurusan dengan Weasel untuk mendapat senjata api seperti di dalam komik di mana Weasel adalah merupakan pembekal senjata api kepada Wade Wilson aka Deadpool.


Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang bersisi gelap serta twisted sense of humor, Deadpool bertekad untuk memburu orang yang telah memusnahkan hidupnya.

Filem Deadpool diarahkan oleh Tim Miller, dibintangi oleh Ryan Reynolds sebagai Deadpool / Wade Wilson, Morena Baccarin sebagai Vanessa / Copycat, dan TJ Miller sebagai Weasel. Skrip filem ini telah ditulis bersama oleh pencipta asal karakter Deadpool Rob Liefeld, Fabian Nicieza, Rhett Reese dan Paul Wernick.

Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan