ADS

Selasa, 12 Mei 2015

Avengers : Age Of Ultron : Karakter Mana Yang Mendapat Lebih Masa Skrin Time?.



Avengers : Age Of Ultron, hasil dari penulis dan pengarah Joss Whedon membawa kembali enam Superhero yang dikenali sebagai " Earth Mightiest Hero ". Kini karakter Avengers semakin bertambah dengan beberapa watak-watak baru dari Marvel Comics . Dengan watak-watak yang utama , watak sokongan , dan juga beberapa cameo khas, bagaimana pengarah Joss Whedon membahagikan skrin time antara pelakon yang begitu banyak?



Ini adalah sebahagian daripada masalah dan merupakan perkara yang biasa berlaku dalam sesebuah filem. Selepas menyaksikan Avengers : Age Of Ultron, tidak dinafikan bahawa Joss Whedon adalah seorang yang berbakat. Walau bagaimanapun, berapakah jumlah masa skrin time untuk penampilan setiap karakter dalam filem tersebut?.



Terima kasih kepada Vulture. Mereka telah menggunakan stop watch dengan mengambil dan mencatatkan masa untuk penampilan setiap karakter dalam filem Avengers : Age Of Ultron. Mungkin masa yang dicatatkan oleh mereka tidak begitu tepat, tetapi kita dapat mengetahui perbezaan skrin time untuk setiap karakter dengan lebih jelas:

Captain America: 50:25
Iron Man : 45:34
Black Widow : 33:07
Quicksilver : 26:43
Bruce Banner / Hulk : 23:55
Scarlet Witch : 20:59
Hawkeye : 19:56
Thor : 14:18
Vision : 08:41
Malangnya , tiada masa yang direkodkan untuk Ultron .

Apa yang menarik, walaupun Joss Whedon berusaha yang besar untuk memberi tumpuan kepada tiga hero Avengers yang tidak mempunyai filem solo mereka sendiri ( Black Widow , Hawkeye dan Hulk ), Cap dan Stark masih mendominasi skrin sebagai pemimpin pasukan. Perlu diingat bagaimanapun, apabila Iron Man muncul pada skrin (dalam suit Iron Man), Robert Downey Jr sebenarnya tiada pada set. Jadi jumlah masa skrin timenya bertambah, terima kasih kepada CGI. Manakala bagi Hulk , Mark Ruffalo sendiri telah melakonkan sendiri hampir kesemua scene Hulk dengan pakaian motion capture. Walaubagaimana pun skrin time untuk Hulk kali ini agak sedikit berbanding dengan filem pertama Avengers.


Namun, latar belakang Hawkeye dan sejarah Black Widow telah diterokai dalam filem ini dan kita dapat menyaksikan hubungan Black Widow dengan Bruce Banner. Bagi Thor pula mengejutkan, kurang skrin time untuk beliau. Ini dapat dijelaskan kerana kita telah mengetahui banyak scene Thor telah dipotong dalam filem tersebut. Seperti yang kita telah lihat Thor pergi berjumpa seorang sahabat lama, Erik Selvig , dan untuk mendapatkan jawapan setelah mendapat bayangan daripada kuasa Scarlet Witch, tetapi banyak scene Thor telah dipotong dari filem dan juga termasuk Loki sebagai cameo juga telah dipotong. Ini membuatkan cerita dan plot sedikit mengelirukan dan tidak lengkap, seolah-olah ianya adalah setup untuk peristiwa masa hadapan dalam Fasa ke-3 daripada Marvel Sinematik Universe dan filem akan datang, Thor : Ragnarok. Walaupun terdapat segelintir peminat yang mengkritik pengarah Joss Whedon, tetapi beliau layak mendapat pujian untuk filem tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan