ADS

Khamis, 2 April 2015

Avengers : Age Of Ultron Fakta Menarik Tentang Senjata, Kuasa Dan Plot Cerita






Baru-baru ini Disney Studios telah mengeluarkan tiga belas fakta menarik tentang filem Avengers : Age Of Ultron yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Diantara fakta tersebut adalah tentang kuasa Scarlet Witch, senjata baru dan perubahan pakaian untuk ahli pasukan Avengers. Anda boleh membaca semua fakta tersebut di bawah.



1. Hulk telah mendapat kostum yang telah dinaik taraf iaitu seluar elastik, Bruce Banner memakai seluar elastic tersebut di dalam seluarnya. Bruce Banner mungkin tidak akan berada di dalam situasi memalukan lagi, dimana seluarnya koyak selepas transfomasi Hulk. Seluar elastic itu diperbuat daripada kain microfiber berteknologi tinggi yang membolehkan kain tersebut meregang.




2. Terima kasih kepada kemahiran kejuruteraan Tony Stark , Hawkeye telah mendapat senjata baru yang telah dinaik taraf. Kini beliau mempunyai pelbagai jenis anak panah baru, bergantung kepada tujuan kegunaannya. Tabung anak panah Hawkeye juga telah berubah - ia adalah automatik loading, pantas, dan mampu menyimpan sembilan anak panah.




3. Busur panah Hawkeye juga telah diperbaharui, daripada warna hitam klasik bertukar kepada merah dan telah dinaik taraf dengan menambah peranti infrared sighting dan peranti sonik sighting.




4. Satu perubahan yang menarik itu juga telah dibuat untuk perisai Capten America. Ia kini mempunyai keupayaan untuk menarik kembali, sama seperti sut Iron Man. Daripada dua tempat pemegang di belakang, perisai kini telah diubah suai dengan menambah unsur magnet yang menghubungkan perisai dan sarung tangan Captain America.




5. Black Widow telah mendapat cota pertempuran baru ciptaan Tony Stark, yang berasaskan Sticks Escrima . Tetapi fungsi dua batang cota terbaru Black Widow ini sama seperti peranti stingers beliau. Cota ini mampu menghasilkan kejutan elektrik berkuasa tinggi.



6. Pada filem ini, Production designer Charles Wood dan pasukannya telah membina set baru yang besar iaitu set di dalam Avengers Tower yang merupakan set terbesar pernah dibina untuk filem Marvel. Terdapat banyak babak yang berlaku di sana pada setiap tingkat yang berbeza, juga terdapat tingkap kaca yang besar dan luas yang mempunyai pemandangan berlatar belakang bandaraya New York dan juga hangar untuk Quinjet.



7. Avengers Tower set telah direka dengan pelbagai bahagian di dalam bangunan tersebut. Menara di dalam filem itu telah direka dan dibina oleh Tony Stark, adalah merupakan tempat ahli Avengers berkumpul,tempat untuk merancang, menjalankan perniagaan, berehat atau kajian. Terdapat ruang tamu, tiga bidang makmal serta bilik mesin, gimnasium, kawasan rehat dan bilik persalinan. Avengers Tower juga merupakan tempat Tony Stark bekerja dan menjalankan kajiannya.



8. Karakter baru akan muncul di dalam filem ini, iaitu Wanda (Scarlet Witch) dan Pietro Maximoff (Quicksilver) , yang mempunyai kuasa yang belum pernah dilihat pada skrin filem. Pietro berkebolehan berlari dan bergerak dengan pantas dan Wanda mempunyai kuasa telekinesis, dan dia mampu membaca fikiran manusia dan mampu memanipulasi fikiran sesiapa sahaja.



9. Satu lagi watak baru di dalam pasukan Avengers adalah Vision, dimainkan oleh Paul Bettany, yang sebelum ini telah menyumbangkan suara sebagai Jarvis dalam filem Iron Man. Vision adalah merupakan bentuk kehidupan buatan yang unik. Kuasa Vision adalah menakjubkan dan dia merupakan asas kuasa baru untuk Pasukan Avengers.



10. Hulkbuster merupakan salah satu suit armor ikonik Iron Man yang direka untuk mengalahkan Hulk. Hulkbuster Armor telah dihasilkan oleh Tony Stark bersama Bruce Banner, selepas mereka mengkaji tindakan fizikal Hulk dan tahap kekuatannya dalam usaha untuk mencari jalan untuk mengawal dan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh kemarahan Hulk. Sebuah satelit pada orbit rendah sentiasa mengesan pergerakan Bruce Banner dan jika Hulk tidak dapat mengawal dirinya, Tony Stark boleh melancarkan perisai Hulkbuster itu, masuk ke dalam dan menghentikan Hulk secara teorinya.



11. Quinjet direka semula dengan mempunyai reka bentuk yang lebih kepada ketenteraan dan juruterbang kini boleh mempunyai melihat pemandangan persekitaran yang lebih luas di sekeliling semasa terbang. Reka bentuk kanopi adalah berdasarkan pada kokpit helikopter dengan kaca di hadapan dan di bawah, yang akan dapat memberikan penonton mengalami dan merasakan kelajuan semasa Quinjet terbang melalui ruang udara bandar.



12. Sebahagian babak ketika pengambaran di Seoul telah dilakukan dengan menggunakan kapal terbang drone dan kereta kawalan jauh untuk meletakkan kamera di tempat-tempat yang tidak dapat dicapai oleh pengendali kamera atau helikopter. Production telah mendapatkan khidmat kepakaran adik beradik Menstru Pa yang merupakan Juara Kebangsaan Korea dalam kejohanan kapal terbang drone, dan Pak Min Keu yang merupakan Juara Kebangsaan Korea dalam lumba kereta kawalan jauh.



13. Pereka kostum veteran Alexandra Byrne telah ditugaskan untuk menghasilkan rekaan pakaian untuk Super Heroes dalam adegan parti pada Avengers Tower. Oleh kerana ia adalah kali pertama bahawa Thor pernah dilihat dalam pakaian untuk ke parti, Byrne telah bekerjasama dengan Chris Hemsworth untuk mencari kombinasi yang tepat untuk jeans, jaket dan baju yang sesuai dengan susuk tubuhnya. Pakaian untuk Tony Stark adalah lebih mudah, kerana Tony Stark sering kelihatan berpakaian kemas dan sophisticated di dalam filem-filem sebelum ini. Pakaiannya telah dibuat oleh Savile Row yang merupakan butik terkenal di London untuk jahitan. Selepas lima kali mencuba pakaian, Robert Downey Jr muncul dengan pakaian yang elegan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan