ADS

Jumaat, 17 April 2015

Cepat..Tengok Leaked Trailer Batman V Superman : Down Of Justice!!..





Pada asalnya Warner Bros Studio akan mengadakan program pra-tonton klip trailer filem Batman V Superman bersama IMAX pada 20 hb April Isnin minggu hadapan, tetapi dengan tersebarnya klip trailer filem Batman V Superman : Down Of Justice itu pagi tadi mungkin akan menjejaskan sedikit majlis pra-tonton tersebut.

Rumor daripada Indie Revolver menyatakan bahawa durasi trailer pra-tonton IMAX untuk filem Batman V Superman : Down Of Justice pada Isnin minggu hadapan adalah lebih panjang dan tidak akan dikeluarkan online sehingga Selasa pada pukul 9 pagi waktu US.

Trailer yang tersebar di internet ini berdurasi 2 minit 18 saat, dan dikatakan ianya telah dimuat naik oleh peminat dari Brazil. Walaubagaimana pun gambar video ini agak sedikit gelap kerana ia telah dirakam dari dalam panggung wayang. Di dalam video tersebut kita dapat menyaksikan sedikit sedutan Bat Mobile, Bruce Wayne dan Batman lengkap berkostum mempunyai mata putih, kostum Batman menyerupai seperti di dalam 



Komik The Dark Knight Returns – Frank Miller. Dipenghujung video Batman seperti mengugut Superman dengan nada yang garang. “Tell me..Do you bleed?..You Will!!..”. Superman pula tampak ganas datang menghampiri Batman dengan matanya kemerahan.

Lihat trailer tersebut di bawah sebelum di block!..



Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan