ADS

Rabu, 22 April 2015

Adakah Batmobile Terbang Dalam Teaser Trailer Batman V Superman ?





Beberapa bulan yang lalu, terdapat khabar angin tentang bahawa pengarah filem Batman V Superman : Down Of Justice, Zack Snyder akan mencipta sebuah Batmobile generasi baru di mana kenderaan Batmobile milik Batman boleh bertukar kepada mode terbang di dalam filem tersebut - dan ia tidak mustahil bahawa teaser trailer yang baru sahaja dikeluarkan pada minggu lepas, kita dapat melihat sebuah pesawat tersebut di dalam teaser trailer itu. Ia juga dapat memberikan sedikit klu mengenai khabar angin itu.

Anda boleh melihat gambar pesawat tersebut di atas, lengkap dengan panel Batwing – yang terletak dibahagian atasnya. Ianya menyerupai reka bentuk Batmobile. Anda boleh lihat gambar di bawah.


Jadi ... adakah ini adalah kenderaan yang sama?

Bahagian yang paling meyakinkan adalah bukan di bahagian panel Batwing, tetapi pada axel di belakang kapal terbang tersebut, rekabentuk axel itu menyerupai rekabentuk axel seperti yang terdapat pada belakang Batmobile, seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Seterusnya, saiz pesawat itu kelihatan kecil dan tidak mempunyai gear pendaratan dan juga tayar Batmobile tidak kelihatan. Mungkin bentuk Batmobile berubah ketika berada di mode terbang?.

Cuma pada bahagian depan kapal terbang nampak kecil dan tidak kelihatan seperti bahagian depan Batmobile, tetapi bahagian cockpit dan cermin depan menyerupai bentuk Batmobile. Seperti yang anda tahu Batman mempunyai banyak kelengkapan dan kenderaan seperti bot, kapal terbang, motosikal dan seumpamanya dalam adaptasi filem sebelumnya atau di dalam komik. Ianya tidak mustahil, seperti filem The Dark Knight Christopher Nolan, di mana Batmobile yang telah rosak bertukar kepada mode Batpod (motosikal). Anda boleh lihat gambar analisis Batmobile di bawah,
















Apa-apa pun ini semua hanya spekulasi awal, mungkin kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut pada masa hadapan. Kami akan melaporkan jika terdapat sebarang perkembangan. Jika anda ingin melihat Batmobile dengan lebih dekat, lihat video di bawah pemain NBA DeAndre Jordan telah mendapat VIP Studio Tour dari pihak Warner Bros Studio. Anda juga dapat melihat kostum Batman, Superman dan Wonderwoman dengan lebih dekat dalam video tersebut.



Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan