ADS

Ahad, 8 Mac 2015

Kenapa Origin asal Ultron berbeza dari komik di dalam filem Avengers 2 : Age Of Ultron


Sebelum Joss Whedon mengarahkan filem Avengers : Age Of Ultron , penulis dan pengarah itu mempunyai visi yang cukup jelas tentang cerita yang hendak disampaikan untuk sambungan cerita sekuel beliau. Malah, dia telah mempunyai idea untuk The Avengers 2 sebelum dia memulakan penggambaran filem The Avengers pertama.

Seperti setiap orang, Joss Whedon juga mempunyai karakter wira kegemarannya sendiri samada superhero ataupun penjahat, Pada set Avengers : Age Of Ultron musim panas lalu, dia telah memberitahu wartawan dia telah merancang untuk membuat filem di mana Paul Bettany (pelakon suara Jarvis Iron Man 1-3 dan Avengers) memainkan watak Vision sebelum dia mula mengarahkan filem The Avengers pertama. Joss Whedon juga mahu memasukkan watak adik beradik Quicksilver dan Scarlet Witch dan menambah watak-watak baru dalam filem Avengers : Age Of Ultron. Empat pendatang baru ini akan muncul di skrin dengan cerita asal(origin) yang berbeza daripada komik Marvel.

Di sini kita akan memfokuskan kepada karakter Ultron dan menerangkan kenapa cerita asal(origin) menjadi berbeza dalam Marvel sinematik Universe, mengapa dia berbeza?. Ini adalah susulan kepada pengenalan Ultron..

Konsep awal Ultron dalam Filem


Joss Whedon menjelaskan bahawa penjahat Ultron akan mempunyai cerita asal(origin) baru dalam filem itu. Dia berbuat sedemikian kerana watak Hank Pym aka Ant-Man(pengasas asal pasukan The Avengers) masih belum diperkenalkan sebelum filem Avengers pertama dan peminat filem hanya akan dapat melihat karakter Ant-Man aka Hank Pym selepas filem Avengers : Age Ultron ditayangkan di pawagam. Filem Ant-Man akan mula ditayangkan di pawagam pada 16 Julai 2015. "Tiada yang dapat diterjemahkan dengan tepat sama seperti di dalam komik, terutamanya Ultron, "Whedon mengeluarkan kenyataan pada tahun 2013 tentang pengenalan karakter Ultron mungkin berbeza dari origin di dalam komik.

Secara teori Tony Stark aka IronMan(Robert Downey Jr) akan mencipta Ultron. Seperti Hank Pym dan Bruce Banner(Mark Ruffal), Stark juga adalah seorang saintis yang genius, seorang pencipta yang khususnya pada teknologi, dan mengikut sambungan kisah filem Iron Man 3, dengan bangunan Stark Tower (musnah ketika diserang askar Chitauri dalam filem The Avengers) sekumpulan askar sut automatik Iron Man, ianya logik selepas kejatuhan SHIELD dalam Capten America 2: Winter Soldier, Tony Stark akan meneruskan program keamanan dunia bersama dengan pasukan Avengers yang lain.

Semuanya telah dirancang oleh Marvel dan Whedon sebelum ini dan ini adalah kenyataan Joss Whedon pada Jun 2014 " Sebelum saya mengambil tugas sebagai pengarah The Avengers, saya tidak tahu adakah saya layak untuk semua ini. Jika saya mahu atau samada anda mahukan saya menggalas tugas pengarah Avengers, tetapi dalam yang filem kedua watak penjahat itu mestilah Ultron, dan Ultron akan mencipta Vision, um dan kemudian Paul Bettany(pelakon suara Jarvis) akan memainkan watak Vision”. Kata Joss Whedon sambil ketawa.
“Maksud saya, ia mengambil masa tiga tahun sebelum saya boleh memberitahu kepada Paul Bettany bahawa saya telah merancang semua itu. Ultron, Scarlet Witch dan Quicksilver mereka adalah karakter dari zaman saya, karakter mereka dan kuasa mereka sangat berbeza.Ianya memberi impak yang berbeza, kita boleh melakukan perkara-perkara yang lebih menarik dan ia menyeronokkan.




Pada bulan April 2014, Whedon mengeluarkan kenyataan yang serupa dalam wawancara majalah Empire, juga menjelaskan mengapa James Spader adalah pilihan yang tepat untuk membawa watak Ultron dilayar perak.

"Sebelum saya mengambil tugas untuk filem pertama. Apa yang menarik ialah karakter Ultron adalah bengis, dan saya mengambil seorang pelakon Hollywood(James Spader) yang lemah lembut di dalam berbicara  dan pertuturan untuk membawa watak Ultron. Saya melakukannya dengan sengaja. James Spader adalah terbaik, dia benar-benar pandai membawa karakter itu dan juga komedi. Komedi adalah sentiasa satu perkara yang besar bagi saya Tom Hiddleston(Loki) adalah kelakar. Hiddleston berjaya mengambil hati peminat dan membuatkan Loki digemari. Walaupun kelakar tetapi beliau juga menakutkan, ' Um. Ultron mempunyai perkara yang sama. Tetapi beliau adalah sangat berbeza, bagi saya Ultron adalah seorang yang pemarah, sangat membencikan pasukan Avengers dan juga robot itu akan mempunyai isu dengan masalah kemanusian... terdapat banyak perkara boleh berlaku di sana. Bagi saya, dia adalah seorang tokoh ikonik ."

Bagi mengubah cerita asal(origin) Ultron, plot sinopsis rasmi Avengers : Age Of Ultron . Tony Stark cuba untuk menyambung program penjaga keamanan yang telah ditinggalkan dan tidak aktif " Bagi sesetengah pembaca komik Marvel berharap, kemungkinan bahawa Hank Pym yang sudah berusia (dimainkan oleh Michael Douglas) mungkin telah mencipta versi awal perisian program penjaga keamanan pada masa lalu dan kemudian Stark telah menyambung kembali program tersebut - cara yang menarik untuk mengikut sedikit persamaan dalam komik dan mengaitkan karakter Ant-Man. Tetapi synopsis pada barangan promosi dan permainan untuk Avengers 2 sedikit berbeza, yang menerangkan profil Ultron " sebagai sebuah program komputer tersembunyi yang ditemui di bawah runtuhan dan kemusnahan bandar New York selepas diserang oleh askar Chitauri dalam The Avengers,”.


Cerita asal usul(origin) Ultron yang terbaru


Whedon menjelaskan kepada majalah Empayar mengapa asal usul Ultron (yang mungkin sebahagiannya terhasil dari makhluk asing dalam penerangan barangan promosi dan permainan) berbeza dalam filem dan boleh diubah pada bila-bila masa.

"Risiko yang saya ambil, dimana tidak mengaitkan Ant-Man aka Hank Pym adalah salah satu perkara yang berbahaya. Tetapi hakikat perkara itu, Edgar Wright(bekas pengarah) mempunyai versi dia sendiri dan menurut apa yang telah Edgar lakukan, tiada jalan bagi saya untuk menggunakan versi dia dalam ini. Saya juga fikir ianya tidak sesuai. Ultron perlu menjadi hasil daripada pasukan Avengers, dan dalam dunia Marvel Sinematik Univers Avengers, Tony Stark dan Bruce Banner adalah yang paling sesuai sebagai pencipta Ultron.
Ianya sukar untuk memperkenalkan seorang saintis ketiga untuk melakukan itu. Ia adalah sukar bagi saya, kerana saya membesar bersama komik Marvel, untuk mengubah semua itu ia adalah idea yang lebih menarik antara Tony dan Ultron. Tony pernah berkata, 'Adakah anda tahu ianya akan akan menjadi satu idea yang menarik?, Mereka melakukan apa yang mereka sentiasa lakukan , kemudian mereka perlu tanggungjawab atas kesilapan daripada perbuatan mereka."
Jika Ultron telah diperkenalkan lebih awal atau di dalam Fasa Marvel ke-4 atau di luar daripada Marvel Sinematik Univers, Hank Pym akan pasti terlibat dalam penciptaannya . Sebaliknya Ultron yang mempunyai reka bentuk visual yang menarik dan motif dan misinya tersendiri di dalam komik telah diubah supaya lebih sesuai mengikut situasi dalam Marvel Sinematik Universe. Jika asal-usul watak itu terdapat kaitan dengan mahluk asing, selepas serangan askar Chitauri kita memerlukan beberapa penjelasan mengenainya di dalam filem Avengers : Age Of Ultron, ianya boleh menjadi pelan jangka panjang untuk sambungan dalam The Avengers 3&4 : Infinity Wars pada tahun 2018&2019 atau sesuatu yang lain. Kami tidak akan memberi tumpuan kepadanya buat masa ini, tetapi untuk pembaca komik, saya akan mengesyorkan supaya mengaitkan dengan komik Annihilation : Conquest hasil penulisan hebat Abnett dan Andy Lanning yang menghubungkan Ultron dengan pengembaraan angkasa dan permulaan Guardian Of The Galaxy yang moden.

Kuasa Ultron yang terbaru


The Avengers 2 : Age Of Ultron trailer mempamerkan salah satu kebolehan Ultron yang boleh membawa maut- mengeluarkan laser dari tapak tangannya. Semestinya, Ultron mempunyai lebih senjata berteknologi tinggi.Dalam Marvel Comics, Ultron sentiasa memperbaiki dan menambah kebolehan dirinya. Kita tahu daripada kata-kata Whedon dan Spader (dan dari imej dan trailer dari filem itu) bahawa aspek ini benar, terutama kepada fizikal watak itu. Separti sebuah perisian kecerdasan kepintaran(A.I) Ultron sentiasa mencari cara untuk memperbaiki kelemahan dirinya. Lihat sahaja berapa banyak suit IronMan milik Tony Stark yang telah dibina sepanjang empat filem dan menganggap Ultron boleh membina dan menaik taraf lebih cepat daripada itu.Selain daripada ciri-ciri asas fizikal yang boleh terbang dan mempunyai kekuatan yang luar biasa, tahan lama dan membaiki diri seperti di dalam komik, Ultron juga mempunyai pelbagai senjata, termasuk beberapa yang boleh meletakkan musuh dalam keadaan koma dan membenarkan Ultron mengawal fikiran seseorang. Sebuah komputer super yang mempunyai kecerdasan kepintaran(A.I), dan dia boleh bertindak balas, menganalisis dan menyusun strategi dan cepat.Dalam filem, dia mungkin juga mempunyai kelemahan. Jika tidak bagaimana pasukan Superhero terkuat bumi akan mengalahkan Ultron. Jadi mungkin Whedon akan melakukan sedikit perubahan dalam Avengers : Age Of Ultron.

"Ya, saya lakukan mengikut persamaan kuasa mereka dalam buku komik, mereka menyukainya. Kita juga perlu mengikut kesesuaian dan logik, kita perlu mengurangkan Ultron sedikit.Apabila Ultron berkata, dia mempunyai satu matlamat. Dia tidak menyukai Avengers kerana membawa dia ke dunia ini, dan dia tidak boleh menyatakan dengan jelas bahawa atau memahami betapa dia membenci manusia. Dia fikir kunci keamanan dunia adalah dengan menghapuskan manusia. Adalah sangat menyeronokkan untuk menulis Karakter Ultron. Beliau menggabungkan semua bahan yang ikonik. Kuasa milik Ultron mungkin sedikit berbeza - dia boleh mengawal perkara-perkara tertentu dam dia tidak hanya menembak repulsors dari tapak tangan seperti IronMan.

Power repulsors adalah senjata yang selalu digunakan sut Iron Man, tetapi serangan asas Ultron adalah letupan dengan mengawal perkara-perkara tertentu " Whedon yang mungkin merujuk kepada tentera Ultron dan keupayaan untuk berhubung dengan teknologi. Sebagaimana Stark mempunyai J.A.R.V.I.S. yang boleh mengawal sekumpulan askar IronMan dalam Iron Man 3 , Ultron mempunyai tentera ciptaannya sendiri. Kita hanya boleh menganggap bahawa teknologi dan kecerdasan kepintarannya(A.I) Ultron mampu menguasai teknologi yang membenarkan beliau untuk mengawal apa-apa teknologi yang boleh berinteraksi, mungkin juga mampu mengawal sut Iron Man ...

Tentera Ultron & Perisainya


Apa yang menarik tentang tentera Ultron adalah bahawa ia berfungsi sebagai sebagai satu jaringan keselamatan untuk Ultron Prime, Ultron Prime adalah satu robot yang paling berkuasa, The Ultron versi pertama mungkin menjadi seperti suit Iron Man dan versi Ultron Prime yang paling sempurna(seperti poster di atas) menggambarkan Ultron seperti salah satu daripada askar beliau(Ultron Centries) sebelum dia menaik tarafkan dirinya. Setiap kali Ultron hampir mati atau dikalahkan, beliau mampu memindahkan memorinya kepada askar Ultron yang lain, atau secara teorinya, seperti jenis peranti storan data. Dengan erti kata lain beliau mungkin mustahil dikalahkan. 
Rekaan awal Ultron adalah dalam bentuk seperti sut IronMan dan mungkin menaik taraf dirinya sekurang-kurangnya dua kali dengan caranya sendiri. Sebahagian daripada evolusi yang melibatkan senjatanya. Ini adalah di mana akan mengaitkan dengan karakter Black Panter - sama seperti di Marvel Comics - Ultron mencari besi dan logam aloi yang terkuat melindungi dirinya dan bererti sama seperti material logam fiksyen perisai Capten America iaitu vibranium.

Vibranium adalah sebuah logam yang jarang ditemui seperti dalam alam semesta Marvel ia hanya boleh didapati di Wakanda, sebuah Negara di dalam Afrika yang berteknologi tinggi, Wakanda adalah sebuah negara dimana karakter Black Panther adalah pemimpin Negara tersebut. Chadwick Boseman telah dipilih untuk memainkan watak Black Panther dan watak antagonis musuh kepada Black Panter iaitu Ulysses Klaw dimainkan oleh actor Andy Serkis akan turut serta di dalam filem Avengers : Age Of Ultron ianya telah disahkan oleh Disney, berkemungkinan bahawa plot Avengers : Age Of Ultron akan mengaitkan dengan negara Wakanda kerana Ultron perlu ke sana untuk mendapatkan aloi Vibranium bagi menaik taraf dirinya.

Ultron adalah musuh yang paling berbahaya. Pasukan Avengers Earth Mighties Heroes perlu bekerjasama untuk menewaskan Ultron Prime dan tenteranya.

" Naluri saya adalah , ' Mari kita keluar dari pintu gerbang yang mengatakan terdapat Avengers . ' Oleh itu, kita boleh mempunyai lebih banyak masa untuk memecah belahkan pasukan Avengers dan akhirnya memusnahkan mereka. Saya telah bekerja di banyak adegan Ultron, jadi saya sangat anti dengan ahli Avengers sekarang. " jelas Joss Whedon.

James Spader menerangkan Ultron sebagai seorang yang mempunyai emosi yang tidak stabil dan sangat berkuasa , dan Whedon menerangkan Ultron sebagai seorang yang mengalami gangguan emosi,monumental,lucu serta pelik dan di luar jangkaan .Whedon berharap penonton dapat memahami dan bersetuju dengan motif dan origin Ultron.

The Avengers : Age Of Ultron mula ditayangkan di pawagam pada 26 April 2015, diikuti dengan Ant -Man pada 16 Julai 2015, Capten America : Civil War pada 6 Mei 2016, Doktor Strange pada 4 November 2016, Guardian of the Galaxy 2 pada 5 Mei 2017 , Spider -Man pada 28 Julai, 2017, Thor : Ragnarok pada 3 November 2017, Avengers : Infinity Wars - Bahagian 1 pada 4 Mei 2018, Black Panther pada 6 Julai 2018, Capten Marvel pada 2 November 2018, Avengers : Infinity Wars - Bahagian 2 pada 3 Mei 2019 dan Inhumans pada 12 Julai 2019.


Sumber : Empire

Ultron poster oleh Eddie Holly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan