ADS

Selasa, 25 Ogos 2015

Teori Gila Peminat Mengenai Identiti Sebenar Joker Dalam DC Extended Universe


Sejak dari foto pertama Jared Leto sebagai Joker didedahkan di internet,ianya telah menjadi perbualan dan topik hangat dari pelbagai pihak, dan ada juga yang mempersoalkan tentang penampilan serta pembawakan karakter Joker oleh pelakon Jared Leto. Penampilan dan paras rupa Joker yang baru ini tampak radikal dan kelihatan berbeza dengan Joker sebelum ini, dengan silver grill di giginya serta penuh tatu diseleruh tubuh badannya.


Selepas menonton trailer untuk filem Suicide Squad dan Batman v Superman dikeluarkan di internet, seorang peminat (Reddit User ID Jason-G169) telah menjumpai butiran kecil daripada trailer Batman V Superman dan beliau telah membuat satu andaian mengenai identiti sebenar Joker di dalam DC Enxtended Universe ini. Jason-G169 telah mendedahkan teorinya di laman sosial Reddit bahawa Joker ini adalah merupakan bukan Joker yang sebenar. Bagaimana jika watak Joker yang dimainkan oleh Jared Leto ini adalah Joker generasi yang kedua? Dan bagaimana jika identiti sebenar Joker adalah Robin yang merupakan bekas teman seperjuangan Batman dalam memerangi jenayah telah berubah menjadi musuh utamanya?.

Ianya adalah merupakan suatu teori yang telah menarik perhatian banyak pihak dan juga para peminat. Teori mengenai Joker – Jason Todd Robin ini sedang menjadi topik perbualan hangat di laman sosial Reddit. Teori ini boleh dibuktikan dengan gambar Joker Suicide Squad dari pengarah David Ayer serta Screenshot dari trailer Batman V Superman. Anda boleh menyaksikan bekas luka parut kesan tembakan pada badan Joker dengan lubang kesan tembakan pada bahagian bahu kostum Robin adalah hampir sama. Adakah ianya kebetulan? Atau ianya adalah satu petunjuk?.



Kesan Parut Luka Dan Kesan Tembakan Pada Kostum Robin Hampir Serupa

Dalam komik, Jason Todd adalah merupakan Robin kedua yang diambil oleh Batman selepas Dick Grayson, dan Jason Todd telah menjadi protege kepada Bruce Wayne dan mengambil peranan Robin sebagai sidekick kepada Batman, sehingga suatu ketika beliau telah mati dipukul dengan kejam oleh Joker. Kemudian, beliau dibangkitkan semula dari Lazarus Pit(sebuah kolam yang biasa digunakan oleh Ra’s al Ghul untuk memulihkan kuasanya serta membuatkan beliau kekal abadi, kolam ini dapat menghidupkan semula orang yang telah mati dan dapat menyembuhkan tubuh badan sesiapa sahaja yang memasukinya), dan menjadi antihero dengan mengambil identiti Red Hood. Redditor Jason-G169 telah menulis bahawa Joker Jared Leto adalah merupakan Robin yang telah mati dibunuh dan kemudiannya dihidupkan kembali, dan beliau mengambil identiti Joker kerana marah serta berdendam dengan Batman kerana tidak menyelamatkannya dan membiarkan dia mati dibunuh oleh Joker asal.



Redditor Jason-G169 juga mendakwa bahawa terdapat beberapa petunjuk lain yang terdapat di dalam trailer Batman v Superman yang membuktikan bahawa Joker adalah Robin. Klu yang pertama adalah dari surat khabar yang telah diconteng dengan tulisan "Anda membiarkan keluarga anda mati" ia seolah-olah merujuk kepada Robin, Jason Todd adalah merupakan anak angkat kepada Batman di dalam komik. Beliau juga telah menyusun dan mengedit gambar Joker serta tatu yang dapat dilihat pada tubuhnya. Antara tatu yang terdapat pada tubuh badan Joker adalah sayap burung Robin boleh dilihat jelas di bahunya dan juga tatu atau parut huruf "J" di bawah mata kiri Joker. Dalam permainan video Arkham Knight yang baru dikeluarkan tahun ini, Jason Todd mempunyai parut "J" untuk Jason di bawah mata kirinya.

Tatu J pada wajah Joker dan Sayap Burung Robin

Perbandingan Tatu/Parut pada wajah Joker dan Jason Todd
Bruce Wayne melihat surat khabar yang diconteng





Ada juga peminat lain yang menyuarakan idea serta pendapat mereka tentang Robin Jason Todd telah membunuh Joker yang asal. Robin Jason Todd berada di dalam situasi yang memaksa, disebabkan oleh tekanan dan tidak dapat mengawal perasaan telah membuatkan Robin membunuh Joker. Walaupun pun Joker yang asal telah mati tetapi Joker berjaya membuatkan Robin korup, dan menyerahkan legasinya kepada orang lain. Selepas Robin membunuh Joker beliau mengalami tekanan jiwa dan emosi yang tidak stabil, kemudian membuat keputusan untuk mengambil identiti Joker. Dari pada penampilan Joker seperti yang dilihat di dalam gambar serta trailer Suicide Squad, Joker yang dibawakan oleh Jared Leto kelihatan seperti seseorang yang obses personaliti Joker dengan mencacah tatu hampir diseluruh tubuh badannya.

Namun teori daripada Jason-G169 sememangnya telah menjadi topik hangat perbualan orang ramai, tetapi rata-rata peminat tidak bersetuju dan tidak menyukai jika Joker lakonan Jared Leto adalah merupakan Robin Jason Todd, kerana rata-rata peminat lebih menyukai Robin Jason Todd yang telah mati dibunuh kemudian kembali menjadi seorang antihero dengan identiti Red Hood seperti di dalam komik. Red Hood membanteras jenayah di Gotham dengan menggunakan senjata api, sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh. Cara dan prinsip yang menjadi peganggannya adalah bertentangan dengan Batman. 





Walaubagaimanapun ianya adalah merupakan teori yang menarik dan boleh diterima, hingga setakat ini masih tiada sebarang klu mengenai Robin yang manakah yang bakal muncul di dalam DC Extended Universe ini. Tetapi yang pasti, untuk mengetahui kesahihan tentang teori oleh 
Jason-G169, kita perlu menonton kedua-dua filem DC Extended Universe Batman V Superman : Down Of Justice dan Suicide Squad yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.






Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice

"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."

Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.


Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan