ADS

Sabtu, 4 April 2015

Deadpool : Lihat Foto Rupa Deadpool Yang Ngeri Tanpa Topeng Pada Set Filem




Beberapa hari lalu kita telah melihat Deadpool memukul seorang wartawan hiburan Mario Lopez semasa pengumuman Rating untuk filem Deadpool pada post yang lepas, Jika ada yang masih belum melihat video tersebut klik sini : http://komikdinamik.blogspot.com/2015/04/filem-deadpool-secara-rasminya-adalah.html?spref=fb


Sementara itu, pelakon Ryan Reynolds mengesahkan bahawa filem ini tidak mempunyai kaitan dengan filem X -Men Origins : Wolverine dan akan menampilkan origin Deadpool dengan versi yang berbeza selepas sejarah berubah pada penghujung filem X-Men : Days Of Future Past.

Ryan Reynolds sebagai Wade Wilson dalam X-Men Origins : Wolverine

Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang gelap serta twisted sense of humor, Deadpool memburu orang yang hampir memusnahkan hidupnya.

Gambar pertama Reynolds dalam set pembikinan filem Deadpool telah di paparkan pada website Just Jared, termasuk gambar-gambar pelakon yang lain seperti Ed Skrein (Game Of Thrones) , Gina Carano (Fast and Furious 6) dan Morena Baccarin (Gotham). Skrein memainkan watak yang dikenali sebagai Ridge , Carano memainkan watak Angel Dust, dan Baccarin memegang watak Copycat iaitu mutan yang berkebolehan bertukar wajah dan rupa bentuk seperti Mystique Tidak banyak yang diketahui tentang watak Skrein, tetapi dia kelihatan seperti seorang watak penjahat dalam gambar ini .

Reynolds memakai hud dan seluruh tubuhnya ditutupi, wajahnya penuh berparut, mungkin dia memakai prostetik make up di wajahnya. Ini menunjukkan bahawa adegan ini berlaku selepas Wade Wilson menjalani eksperimen dan meninggalkan kesan teruk terhadapnya. Mungkin ini menjelaskan mengapa dia kelihatan begitu marah dalam adegan tersebut. Reynolds telah baru-baru ini telah dilihat berrambut pendek, mungkin adalah untuk memudahkannya untuk memakai prostetik make up dan botak. Anda boleh lihat gambar di bawah,






Gambar di bawah pula adalah gambar yang terbaru dipetik dari The Daily Mail, di sini kita dapat melihat dengan lebih jelas wajah Wade Wilson lakonan Ryan Reynolds dan memberikan kita gambar pertama tentang Weasel lakonan TJ Miller yang mana beliau merupakan sebagai penjual senjata api dan juga sahabat Wade Wilson, seperti yang dapat dilihat dia sedang berbual dengan seorang penari bogel di Orange Club Vancouver. Juga Copycat lakonan Morena Baccarin yang turut berada di set itu. 

Deadpool tiba di pawagam pada 12 Februari 2016. 
Sebagai pemanas badan kita layan klip video test footage Deadpool ini dulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan