ADS

Rabu, 15 April 2015

Lihat Teaser Trailer Batman V Superman: Dawn Of Justice!!




Teaser trailer ini telah dimuat naik di Twitter halaman peribadi pengarah Batman V Superman : Dawn Of Justice,Zack Snyder, Trailer penuh pertama berdurasi dua minit enam saat filem tersebut akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Ianya telah disahkan oleh British Board of Film Classification (BBFC).

Jadi apa sebenarnya yang kita dapat lihat dalam rakaman ini? Well, sedih jawapannya dan tidak banyak. Ia cuma sebagai satu tarikan. Kita tidak dapat melihat Henry Cavill atau Ben Affleck dalam teaser tersebut, tetapi hanya kostum Batman dan Superman. Anda boleh lihat video tersebut di bawah,




Nampaknya kedua syarikat gergasi komik DC dan Marvel telah mula bersaing diantara satu sama lain. Dengan trailer pertama Batman V Superman : Dawn Of Justice akan mula dikeluarkan sebelum filem Marvel Avengers : Age Of Ultron mula ditayangkan . Memandangkan pembukaan filem Marvel pada minggu hadapan, ini merupakan pendedahan besar untuk filem DC Batman V Superman : Dawn Of Justice. Ianya merupakan satu strategi promosi yang bagus!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan