ADS

Isnin, 27 April 2015

Video : X -Men : Apocalypse - Pandangan Pertama Karakter Nightcrawler


Bryan Singer pengarah filem X-Men : Day Of Future Past dan juga untuk filem X-Men : Apocalypse yang akan datang telah berkongsi video pendek karakter Nightcrawler, Beliau telah memuat naik video tersebut pada laman twitternya. Pelakon remaja Kodi Smit McPhee telah dipilih untuk memegang peranan sebagai Nightcrawler untuk filem X-Men Apocalypse.


Beliau telah di solek sebagai Kurt Wagner atau lebih dikenali sebagai Nightcrawler di dalam siri komik X –Men. Bryan Singer telah memberitahu penggambaran filem itu baru sahaja bermula. X -Men : Apocalypse telah dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan.

X-Men : Apocalypse dikatakan akan mengambil latar belakang pada zaman 80-an dimana merupakan sambungan kepada filem X-Men : Days Of Future Past. Watak Nightcrawler akan dalam filem X-Men : Apocalypse akan memaparkan Nightcrawler yang lebih muda, manakala di dalam filem X-Men sebelum ini watak tersebut telah dibawakan oleh Alan Cumming dalam filem X-Men 2 : X -Men United.





Anda boleh melihat video tersebut di bawah

X -Men : Apocalypse akan berada di pawagam pada 27 Mei 2016. Diarahkan oleh Bryan Singer dan dibintangi oleh Michael Fassbender (Magneto), James McAvoy (Prof-X), Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast) dan Oscar Isaac (Apocalypse).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan