ADS

Ahad, 22 Mac 2015

Rumor : Barisan Ahli Kumpulan Avengers Dalam Fasa Ke-3 Marvel Didedahkan


[ AMARAN : post ini mungkin mengandungi SPOILER untuk Avengers : Age Of Ultron ]

Peminat filem buku komik telah lama menantikan filem Avengers : Age Of Ultron yang bakal ditayangkan pada hujung bulan depan, tetapi Marvel Studios - seperti biasa - melihat lima langkah ke depan dan cuba untuk merangka masa depan alam sinematik mereka. Tahun lepas, Marvel Studio telah mengumumkan filem-filem terbitan mereka di dalam slot Fasa Ke-3, dan baru-baru ini Marvel Studio telah membuat kolaborasi dengan Sony Pictures yang akan membolehkan Spider-Man untuk mengambil bahagian di dalam alam sinematik Marvel. Ini adalah merupakan satu perkembangan yang baik untuk masa depan francais Marvel Studio dan Sony Picture. Tetapi apa yang pasti ianya berjaya menarik perhatian para peminat filem.

Plot selepas Avengers Age Of Ultron sudah pasti telah dirancang dalam pelan induk Marvel, dengan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di dalam filem Avengers : Age Of Ultron membawa ke dalam Captain America: Civil War serta memperkenalkan unsur-unsur dan kaitan yang boleh menyambung kepada filem solo Black Panther. Juga dipercayai pada penghujung filem Age Of Ultron, Ahli kumpulan Avengers akan berubah, dari khabar angin menunjukkan Captain America bakal merekrut satu pasukan yang baru. 

Walaupun maklumat berikut boleh diklasifikasikan sebagai khabar angin , kepada sesiapa yang tidak menyukai Spoiler dan mengelakkan daripada mengetahui plot yang mungkin berkaitan dengan filem Age Of Ultron dinasihatkan untuk berhenti disini..

-
-
-
-
-
-




Superhero News melaporkan bahawa barisan baru kumpulan Avengers 2.0 terdiri daripada Falcon, Scarlet Witch, Vision, dan War Machine. Captain America dan Black Widow akan memegang peranan sebagai pemimpin pasukan. Tetapi masih belum ada apa-apa pengesahan tentang kesemua watak-watak ini akan muncul dalam Captain America : Civil War, tetapi kita telah mengetahui bahawa beberapa daripada mereka akan membuat penampilan dalam filem itu.

Menurut Badass Digest, Pada penghujung Filem Avengers : Age Of Ultron, Thor telah kembali ke Asgard untuk menangani peristiwa-peristiwa dalam filem Thor akan datang : Ragnarok, Iron Man seperti mahu bersara dan Hulk telah hilang. Daripada sumber mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak akan muncul dalam Avengers : Infinity War 2018 - Bahagian 1 tetapi mereka akan berkumpul semula pada Avengers : Infinity War 2019 – Bahagian 2.

Pertama, mari kita lihat pada ahli Avengers yang lama. Perkara yang paling menarik di sini adalah nasib Hulk. Walaupun pelakon Avengers seperti Jeremy Renner telah disahkan untuk mengambil bahagian dalam filem akan datang, tiada berita tentang apa yang akan terjadi pada Bruce Banner lakonan Mark Ruffalo. Filem solo Hulk masih belum diumumkan di dalam slot Fasa Ke-3 Marvel. Raksasa gergasi hijau  Hulk dikatakan akan hilang dari muka bumi untuk tempoh masa yang panjang.



Pada bulan lalu, terdapat spekulasi bahawa pada pengakhiran filem Age Of Ultron, Hulk telah di perangkap memasuki Quinjet dan dibawa terbang meninggalkan orbit Bumi dan tiada cara untuk menghentikan atau mengubah haluan Quinjet tersebut, secara teorinya Hulk aka Bruce Banner akan bertemu dengan Guardian Of The Galaxy dan menyediakan pentas bagi satu pertarungan epik dengan Thanos. Ianya tidak mustahil. Ruffalo masih mempunyai empat filem dalam kontraknya bersama Marvel.



Jika Captain America akan membentuk satu pasukan baru selepas peristiwa Age Of Ultron, Secara logiknya sudah tentu Steve Rogers akan merekrut orang yang telah beliau kenali dan berada dipihaknya. Di dalam The Winter Soldier tahun lepas Captain America rakan seperjuangan iaitu Black Widow dan Falcon. War Machine telah disahkan akan muncul di dalam Age Of Ultron dan begitu juga Vision. Dalam trailer terkini Age Of Ultron juga menampilkan Scarlet Witch bertempur bersama Avengers, tidak mustahil jika Captain America akan merekrut Scarlet Witch. Buat masa ini, Black Panther masih belum diperkenalkan di dalam Marvel Sinematik Universe, mungkin Black Panter tidak akan direkrut oleh Captain America. Peter Parker aka Spiderman yang baru dilaporkan akan membuat penampilan pertama di dalam Captain America : Civil War. Daripada rumor menyatakan bahawa Peter Parker berusia 14 tahun dan seorang pelajar High School.

Kita tahu bahawa Black Panther akan membuat penampilan sulungnya dalam War, begitu juga dengan Spider-Man. Rumor menyatakan Tony Stark akan menguji dan merekrut SpiderMan di dalam filem kolaborasi Marvel bersama Sony iaitu The Spectacular Spider-Man.
Akhir sekali, Seorang karakter yang mempunyai kelebihan berlari dengan pantas iaitu Quicksilver. Salah satu daripada karakter Marvel ini bakal membuat penampilan sulung di dalam Age Of Ultron, sehingga kini karakter Quicksilver masih belum disahkan akan muncul dalam filem Marvel Sinematik Universe yang lain. Rumor menyatakan Quicksilver akan mati di dalam Age Of Ultron, walaubagaimanapun ia hanya sekadar khabar angin. Kita hanya boleh menunggu dan melihat apa yang sebenarnya akan berlaku di dalam Marvel Sinematik Universe pada masa hadapan.


Avengers: Age Of Ultron mula ditayang  pada 23 April 2015 di pawagam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan