ADS

Isnin, 20 April 2015

Video After Credits Avengers : Age Of Ultron, Adakah Ini Spider Man Yang Baru??..





Baru-baru ini pengarah Joss Whedon dan Kevin Feige  telah mengeluarkan kenyataan semasa sedang mempromosikan filem Avengers : Age Of Ultron, mereka telah menyatakan bahawa tiada after credits scene selepas filem Avengers : Age Of Ultron tetapi hanya ada post credits scene sahaja. Tetapi terdapat sebuah video telah dimuat naik ke laman Youtube, iaitu video after credits scene filem Avengers : Age Of Ultron. Adakah ini merupakan penampilan pertama Spider-Man di dalam Marvel Cinematic Universe. Tetapi masih tidak disahkan kesahihannya. Adakah ianya benar atau palsu?. Untuk mengetahuinya kita perlu menyaksikan filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 23 hb ini.



Klip video ini memaparkan seorang pencuci tingkap sedang membersihkan tingkap di sebuah bangunan pencakar langit New York City. Anda dapat melihat di latar belakang pekerja pencuci tingkap tersebut bangunan Avengers Tower Tony Stark pada sebelah kiri dan pada bahagian kanan Spider-Man berada di sebelah bangunan pencuci tingkap itu, kemudian Spider-Man menegurnya pencuci itu “Hey!, You miss a spot!..I said, You miss a spot!!..


Anda boleh melihat klip video tersebut di bawah.




Avengers : Age Of Ultron akan mula ditayangkan pada hari rabu ini!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan