ADS

Selasa, 28 April 2015

Video : Lihat Prank Cubaan Mengangkat Hammer Mjlionir Thor




Sekumpulan humorists Vloger Trollstation telah memuat naik sebuah video prank mereka iaitu cubaan mengangkat hammer Mjolnir milik Thor. Vloger tersebut telah melekatkan hammer props Mjolnir tersebut dengan gam Gorilla bergred tinggi pada lantai di tengah-tengah dataran awam. Ianya telah menarik perhatian orang awam yang berada disitu, dengan melihat beberapa orang cuba mengangkat Mjolnir Thor. Seperti di dalam komik atau filem marvel hanya yang layak sahaja berkemampuan untuk mengangkat hammer Mjolnir. Beberapa orang telah mencuba untuk mengangkat Mjolnir tersebut, tetapi gagal. Anda boleh menyaksikan gelagat lucu orang awam cuba untuk mengangkat hammer Mjolnir Thor tersebut di bawah.





Mjolnir adalah merupakan sebuah senjata fiksyen yang terdapat dalam buku- komik yang diterbitkan oleh Marvel Comics dan adalah merupakan senjata kepunyaan superhero Thor. Mjolnir, pertama kali diperkenalkan dalam siri Journey into Mystery # 83 (Ogos 1962) , telah dicipta oleh penulis Stan Lee dan direka oleh artis Jack Kirby dan Joe Sinnott.

Mjolnir telah dihasilkan oleh seorang tukang besi dikenali sebagai Dwarven , dan Mjolnir diperbuat daripada logam " uru " Asgardian. Di sisi tukul Mjolnir terdapat tulisan " Barangsiapa yang memegang tukul ini, jika dia layak, dia akan mendapat kuasa Thor.

Sudahkah anda menyaksikan Avengers : Age Of Ultron?. Spoiler alert! Ada orang boleh mengangkat hammer Mjolnir Thor!. :3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan