ADS

Jumaat, 24 April 2015

Video Klip Pertama Ant-Man - Paul Rudd Mencuri Kostum Ant-Man.





Pelakon Paul Rudd telah menjadi tetamu dalam rancangan David Letterman talk show baru-baru ini dan beliau telah membawa klip yang pertama dari filem Ant -Man untuk mempromosikan filem tersebut.


Dalam klip video tersebut memaparkan pencuri handal dan berpengalaman Scott Lang lakonan Paul Rudd memecah masuk ke dalam bilik simpanan besi kebal kepunyaan Doktor Hank Pym lakonan Michael Douglas dan beliau tidak menemui sebarang barangan yang berharga di dalam bilik tersebut, cuma hanya terdapat barang penyelidikan Dr. Hank Pym dan kostum Ant-Man sahaja di dalam bilik kebal itu. Scott Lang adalah seorang pencuri yang licik.

Lihat video di bawah.




Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal anggota The Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man dari Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecilkan saiz tubuh badan tetapi kekuatannya semakin meningkat, pencuri handal Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan bertujuan untuk menyelamatkan dunia.

Ant-Man akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan