ADS

Selasa, 7 April 2015

Lihat Deadpool Beraksi Pada Set Pengambaran




Beberapa orang awam telah merakam sebuah video Deadpool sedang beraksi ketika pengambaran Deadpool dijalankan di Vancouver, video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan Anti-Hero Deadpool yang memakai kostum dengan membawa pedang dan senjara api sedang beraksi pada set pengambarannya. Filem yang telah disahkan Rated-R tersebut diarahkan oleh Tim Miller. Berikut adalah merupakan gambar terbaru Deadpool yang diambil pada set filem tersebut,



Orang yang merakam video tersebut dikenali sebagai dylanbyth, dia telah memuat naik video tersebut pada rangkaian social Instagramnya. Lokasi pengambaran ini adalah menyerupai adegan dimana Deadpool menyerang hendap musuhnya disebuah lebuh raya dari video test footage yang tersebar di internet pada tahun lalu. Bermula dari 4 hingga 16 April, Penduduk Vancouver Georgia Viaduct akan dapat menyaksikan Deadpool lakonan Ryan Reynolds bersama pelakon yang lain menjalankan pengambaran filem di sana. Anda boleh menyaksikan video tersebut di bawah,




A video posted by Dylan Byth (@dylanbyth) on

A video posted by Dylan Byth (@dylanbyth) on

A video posted by Dylan Byth (@dylanbyth) on
Terdapat banyak spekulasi mengenai tentang SFX untuk mata putih Deadpool ( Ryan Reynolds ) bagaimana beliau dapat membuat ekspresi dirinya. Ada sesetengah pihak yang membuat spekulasi kemungkinan filem deadpool akan menggunakan effect animatronics untuk mata putihnya. Sekarang ianya telah disahkan bahawa mereka akan menggunakan CG effect untuk matanya. Anda boleh melihat di sekeliling mata Deadpool mempunyai titik-titik kecil yang digunakan untuk tracking. Kita akan dapat melihat mata putih Deapool seperti di dalam buku komik klasik dan ia dapat menunjukkan ekspresi dirinya.




Deadpool tiba di pawagam pada 12 Februari 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan