ADS

Isnin, 13 April 2015

Lihat Klip Trailer Terbaru Ant -Man !


Walt Disney Pictures telah mengeluarkan klip trailer baru untuk filem Ant-Man daripada Marvel Studios.

Anda boleh menonton klip tersebut di bawah.


Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal anggota The Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man dari Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri handal Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan bertujuan untuk menyelamatkan dunia.


Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).
Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.





Ant-Man akan ditayangkan dipawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan