ADS

Ahad, 29 Mac 2015

Hugh Jackman Akan Memainkan Watak Wolverine Untuk Kali Terakhir





Beberapa tahun kebelakangan ini, khabar angin mengenai Hugh Jackman akan berhenti memegang peranan Wolverine dalam filem X-Men telah menjadi subjek perdebatan pelbagai pihak.

Hugh Jackman pernah menyatakan bahawa dia ingin memegang peranan Wolverine untuk sepanjang hidupnya dan juga menyatakan bahawa dia berminat untuk bekerjasama dengan Spider-Man dan Avengers. Kenyataan dari Hugh Jackman ini telah menjadi teori dan spekulasi daripada peminat dan media yang tidak berkesudahan.

Sementara itu, pengarah X-Men: First Class Matthew Vaughn sebelum ini mahu menggantikan peranan Wolverine dengan pelakon yang lain, dan ia tidak berlaku kerana memandangkan betapa pentingnya watak Wolverine di dalam francais X-Men. Tetapi akhirnya Hugh Jackman telah membuat keputusan bahawa dia akan mengikut langkah Jennifer Lawrence (Mystique) dan Nicholas Hoult (Beast) keluar daripada francais X-Men.

Walaupun Hugh Jackman menyatakan minatnya untuk memainkan peranan Wolverine selama yang mungkin, tetapi dia harus menerima hakikat pada suatu masa nanti dia pasti akan berhenti memegang perana tersebut. Daripada gambar yang telah dimuat naik oleh Hugh Jackman di Instagram menyatakan seolah-olah dia akan memainkan watak Wolverine untuk kali yang terakhir. Kenyataan tersebut telah menimbulkan banyak persoalan dan apakah maksud kenyataan tersebut.




Selepas lima belas tahun memainkan watak Wolverine dan kini umurnya menghampiri 50 tahun, nampaknya Hugh Jackman mungkin terpaksa berhenti memainkan peranan itu. Lagipun dia tidak seperti Iron Man atau Batman, yang sentiasa memakai kostum dan topeng yang boleh menutup dan menyembunyikan wajah yang semakin berusia. Worlverine adalah karakter yang mempunyai tubuh badan yang sasa, mungkin Hugh Jackman tidak mampu untuk mengekalkan bentuk tubuh badannya dalm jangka masa yang panjang, ianya adalah satu perkara yang sukar.

Sebelum ini dia pernah berkata bahawa Wolverine filem solo ketiga boleh menjadi filem yang terakhir, dan ia mungkin mengikuti jalan cerita Old Man Logan dari komik. Sesetengah peminat telah membuat spekulasi bahawa filem Solo ke-3 Wolverine ini adalah adaptasi daripada komik The Death Of Wolverine yang ditulis oleh Charles SOULE. Ceritanya adalah berakhir dengan kematian Wolverine, dimana Wolverine telah terperangkap di dalam beberapa tan adamantium yang lebur manakala kelebihan faktor penyembuhannya tidak aktif. Tetapi masih belum ada pengesahan dari mana-mana pihak tentang cerita komik yang manakah yang akan di adaptasikan di dalam filem solo Wolverine itu. Tetapi telah disahkan bahawa Profesor X yang sudah berusia dilakonkan oleh Patrick Stewart akan turut serta memainkan peranan utama dalam filem solo Wolverine ke-3. Yang menjadikan persoalan ketika ini, bagaimanakah untuk filem sekuel X-Men : Apocalypse 2016?. Adakah Hugh Jackman tidak akan turut serta di dalam filem tersebut?. Daripada khabar angin baru-baru ini membayangkan bahawa Wolverine hanya akan muncul sebagai Cameo dalam X-Men : Apocalypse. Ianya masih tidak jelas, kerana Apocalypse adalah merupakan musuh yang terkuat X-Men. Dan ianya juga adalah sesuatu yang besar besar yang pernah terjadi di dalam komik. Agak pelik jika watak Wolverine tidak mempunyai peranan yang penting di dalam filem itu.

Baru-baru ini pelakon Ryan Renolds telah mendedahkan kostum Deadpool yang mana kostum tersebut adalah menyerupai kostum seperti di dalam komik, para peminat sudah tentu ingin melihat Wolverine dengan kostum kuning klasik seperti di dalam komik. 


Gambar dibawah adalah merupakan daripada delete scen di dalam filem Wolverine ke-2
dimana Yukio memberikan hadiah berupa kostum kepada Logan. Tetapi kostum itu tidak digunakan di dalam X-Men : Days Of Future Past.



Adakah kita akan dapat melihat Wolverine memakai kostum seperti di dalam komik untuk filem terakhirnya?. Segalanya akan terjawab di masa hadapan.


Jumaat, 27 Mac 2015

Ryan Reynolds Mendedahkan Kostum Deadpool





Pelakon Ryan Reynolds telah mendedahkan imej pertama kostum rasmi filem Deadpool yang memegang peranan watak utama di dalam filem tersebut.

Lihat gambar di bawah


Seperti yang dapat kita lihat pada gambar tweet Ryan Reynold di bawah, Deadpool sedang ber‘posing’ dengan gaya menggoda di atas permaidani kulit beruang. Deadpool adalah merupakan salah satu daripada karakter mutan X-Men yang berpewatakan lucu dan mempunyai mulut yang celupar.

Pada tahun lepas video test footage untuk filem Deadpool telah tersebar, atas permintaan peminat akhirnya Fox Picture telah meluluskan projek untuk filem tersebut. Anda boleh melihat test footage di bawah.






Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Feb 2016

Khamis, 26 Mac 2015

Batman V Superman : Rumor Punca Perbalahan Diantara Batman dan Superman




Pada tahun hadapan peminat akan disajikan dengan filem terbaru arahan Zack Snyder iaitu Batman V Superman : Dawn Of Justice, yang merupakan susulan untuk filem Man of Steel dan juga langkah pertama dalam perkembangan Filem DC Universe. Banyak peminat yang telah menantikan apa sahaja maklumat termasuk teaser trailer mengenai filem itu. Dalam pada itu , kebanyakan peminat berpuas hati dengan imej pertama Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor yang telah didedahkan semalam.

Adegan pertarungan antara Superman dan Batman adalah salah satu aspek yang dinanti-nantikan dalam filem itu. Kita tahu bahawa pada pengakhirannya mereka akan membentuk kumpulan Justice League, tetapi konfrontasi antara Superman dan Batman telah menjadi perdebatan diantara peminat-peminat. Ianya boleh jadi Lex Luthor adalah menjadi punca perbalahan Batman dan Superman.

Daripada spekulasi awal, kemusnahan Bandar Metropolis di dalam filem Man of Steel menjadi titik plot penting dalam filem ini, dan Batman yang memulakan pergaduhan dengan Superman. Walaubagaimanapun, baru-baru ini Badass Digest telah melaporkan bahawa Superman adalah orang yang akan memulakan pergaduhan.



Berikut adalah laporan daripada Badass Digest

“Superman telah yang pergi ke Gotham atas perintah Lex Luthor dan memulakan konfrontasi dengan Batman ... Dan tidak sama seperti di dalam komik The Dark Knight Returns, Superman telah datang dan menghancurkan Batmobile dengan satu pukulan . Kenapa Superman mengikut arahannya Lex Luthor? Apakah motif Lex Luthor?. Tetapi apabila perbalahan diantara Superman dan Batman berakhir, Batman boleh menuding jari dan menyalahkan Superman dan berkata , " Beliau yang memulakannya ! "



Jadi kita berharap akan dapat mengetahui tentang segalanya yang berlaku tidak lama lagi untuk membantu memisahkan fakta daripada fiksyen. Dalam pada masa itu, pihak Warner Bros juga perlu memaikan peranan dengan memberi perkembangan terbaru mengenai filem itu supaya peminat dapat mengetahui tentang rancangan pengarah Zack Snyder dan tentang apakah maknanya semua ini untuk masa depan francais filem DC Universe.

Sumber : Badass Digest

Rabu, 25 Mac 2015

Gambaran Pertama Lex Luthor Di Dalam Batman V Superman : Down Of Justice



Tanda seorang penjahat yang baik adalah bagaimana dia tahu untuk menghentikan monolog sebelum dia memberikan dari terlalu banyak tentang rancangan jahatnya. Itu juga merupakan satu petanda baik daripada pengarah francais superhero DC. Berikut adalah butiran wawancara Zack Snyder bersama Entertainment untuk filemnya yang akan datang Batman V Superman : Dawn Of Justice ( 25 Mac 2016). Kita tahu Wonder Woman mempunyai peranan yang cukup besar di dalam Batman V Superman dan begitu juga Aquaman akan muncul sebagai cameo di dalam Batman V Superman yang mana merupakan setup untuk filem seterusnya Justice League pada tahun 2017 dan. Dan sekarang kita mempunyai gambaran pertama watak Lex Luthor yang merupakan musuh utama Superman lakonan Jesse Eisenberg. "Dia bukan mana-mana Lex Luthor yang pernah anda lihat, itu yang pasti," kata Zack Snyder, "selain daripada beliau menjadi kapten industri dan satu orang kepada dunia dan orang lain untuk dirinya sendiri. Dan botak, sudah tentu. " Jesse Eisenberg mungkin tidak menjadi orang yang pertama anda akan berfikir daripada memegang watak supervillain, tetapi dari segi moral, dia mempunyai pengalaman menjadi seorang jutawan cabaran dalam The Social Network. Dan di dalam edisi ini cabarannya adalah sebagai jutawan yang megalomaniac dan hyperintelligence(gila kuasa dan mempunyai kebijaksaan yang tinggi). "Lex adalah seorang lelaki yang tenang dan dia tidak berpura-pura," . Beliau berkata apa yang dia percaya dan dia berkata apa yang ada di fikirannya. Jika anda boleh membongkar dan mentafsirkan apa yang dimaksudkannya, itu semua di sana. " kata Zack Snyder lagi.



Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Wajah The Thing Dalam Fantastic Four Reboot Didedahkan.



Seorang peminat telah memuat naik gambarnya di hadapan banner Fantastic Four yang akan mula ditayangkan pada bulan ogos, Peminat tersebut telah menjumpai banner tersebut disebuah pawagam di Brazil ketika ingin menonton wayang. Daripada banner tersebut memaparkan kesemua karaker utama Fantastic Four iaitu Mr.Fantastic aka Reed Richards, The Thing aka Ben Grimm, Invisible Woman aka Susan Storm dan Human Torch aka Johnny Storm. Filem Fantastic Four ini adalah di bawah arahan pengarah Josh Trank yang terkenal dengan filem found footage Chronicle arahannya sebelum ini. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Miles Teller, Kate Mara, Jamie Bell, Michael B Jordan, Toby Kebbell.

Fantastic Four mengisahkan tentang empat saintis muda mendapat kebolehan luar biasa melalui eksperimen teleportation yang menjadi kacau bilau. Kini mereka perlu menggunakan kebolehan masing-masing untuk menyelamatkan dunia daripada seorang pemberontak yang kejam.

Apa pendapat anda mengenai versi baru The Thing ?



Fantastic Four telah dijadualkan tayangannya pada 6 Ogos 2015

Adakah Tyrese Gibson Telah Mendapat Peranan Green Lantern?.



Tyrese Gibson sekali lagi memberi klu berkemungkinan bahawa dia akan menjadi Green Lantern, kali ini dia telah memuat naik gambar dirinya yang telah di edit memakai kostum Green Lantern versi Ryan Reynolds dengan kapsyen " See You Soon .... " .


Pada beberapa minggu yang lalu dia telah memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen “ I don’t talk….I move….” . Rumor menyatakan Tyrese Gibson telah bertemu dengan pihak pengurusan Warner Bros dan berunding untuk mendapatkan peranan Green Lantern.

Persoalannya sekarang, adakah pihak Warner Bros Studio telah mengambilnya untuk memegang peranan Green Lantern?.

Dengan kesibukan promosi dan sidang akhbar Furious 7 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, mungkin kita akan mendapat penjelasan daripadanya.

Selepas kempen yang singkat, agresif diikuti dengan perjumpaannya dengan pihak studio, ianya satu mesej yang berani mungkin bermakna dia telah mempunyai jawapan, dan ini adalah pengesahan dari Tyrese Gibson tentang sesuatu yang berlaku atau cara yang pasif-agresif untuk mendapatkan kembali peranan tersebut jika pihak Warner Bros Studio tidak menerimanya. Khabar angin menyatakan Tyrese Gibson akan memegang peranan John Stewart, salah satu daripada ahli Green Lantern yang berkulit hitam dari komik.

Peminat dan wartawan masih menantikan jawapan mengenai sama ada filem solo Green Lantern yang bakal di tayangkan pada tahun 2020 adalah samada versi Hal Jordan atau John Stewart. Green Lantern versi John Stewart adalah karakter yang terkenal di dalam kebanyakannya siri animasi Justice League dan manakala Filem Green Lantern yang pernah dilakonkan oleh Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan gagal di box office sebelum ini.

Filem solo Green Lantern dijangka mula ditayangkan di pawagam pada tahun 2020, kebanyakan khabar angin menyatakan bahawa Green Lantern yang baru akan diperkenalkan dalam filem Justice League – Part 1 pada 2017. Pada masa ini pihak Warner Studio masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang aktor yang akan memegang peranan sebagai Green Lantern.














Avengers : Age Of Ultron Video Disebalik Tabir Menara Avengers

Akses Hollywood dan Marvel Studios telah bekerjasama hari ini untuk mengeluarkan video disebalik tabir yang singkat di dalam Menara Avengers dari Avengers : Age Of Ultron , yang bakal ditayangkan di pawagam pada penghujung bulan April.Jeremy Renner dan Mark Ruffalo telah menjadi pemandu pelancong dan membawa reporter Access Hollywood di sekitar set Avengers : Age Of Ultron di dalam Quinjet dan Avengers Tower, Mark Ruffalo bergurau dengan memberitahu dia sedang berdiri pada set yang paling mahal kosnya daripada kebanyakan filem yang pernah dia berlakon .
Anda boleh melihat video klip di bawah.




Marvel Avengers: Age of Ultron dibintangi Robert Downey Jr, yang membawa peranan sebagai Iron Man, bersama Chris Evans sebagai Captain America, Chris Hemsworth sebagai Thor dan Mark Ruffalo sebagai The Hulk . Bersama dengan Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Jeremy Renner sebagai Hawkeye, dan bantu oleh Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan Cobie Smulders sebagai Agen Maria Hill , pasukan Avengers bergabung tenaga semula untuk mengalahkan James Spader sebagai Ultron, sebuah robot A.I yang mempunyai falsafah keamanan hanya akan tercapai dengan kepupusan manusia, dan Ultron membawa misi untuk menghapuskan manusia. Sepanjang perjalanan, mereka bakal menghadapi dua pendatang baru misteri dan kuat, Wanda Maximoff(Scarlet Witch) , dimainkan oleh Elizabeth Olsen, dan Pietro Maximoff(Quicksilver), dimainkan oleh Aaron Taylor Johnson, dan pembantu Iron Man iaitu Jarvis dalam bentuk baru apabila menjadi Vision dimainkan oleh Paul Bettany.

Isnin, 23 Mac 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Thor.


1. Chris Hemsworth adalah bukan pilihan yang pertama untuk peranan Thor
Antara pelakon pernah dicalonkan untuk memegang peranan Thor termasuk Brad Pitt, Kevin McKidd, Channing Tatum dan juga ahli gusti Triple H atau nama sebenar beliau Daniel Craig. Triple H berkata , " Siapa saya dengan kuasa petir yang bodoh ? Saya tidak boleh bayangkan . Berambut perang dan memegang tukul besar, " semasa dia pernah ditawarkan peranan Thor  pada tahun 2008.
2. Tom Hiddleston pernah menguji bakat untuk peranan Thor.

Pada asalnya Tom Hiddleston mahukan peranan Thor sebelum dia mendapat peranan sebagai adik angkatnya , Loki . Beliau telah mengambil inspirasi oleh Cassius dari Shakespeare Julius Caesar. Dia mengamalkan diet yang ketat untuk memastikan dia mempunyai rupa paras yang kurus dan tanpa lemak.

3. Thor pertama kali muncul dalam komik pada tahun 1962, dan ini adalah Cover komik pertama Thor.
4. Jalan cerita asal termasuk alter ego Thor iaitu Donald Blake untuk filem adaptasi Thor telah dibatalkan
Pada asalnya, rancangan untuk filem adaptasi Thor adalah termasuk alter ego nya sebagai manusia , Donald Blake ( seperti gambar di atas ). Dalam komik , Donald Blake adalah seorang doktor yang cacat . Blake telah menjumpai sebuah tongkat dalam sebuah gua di Norway dan membuatkannya mendapat kuasa dewa petir iaitu Thor. Di dalam filem Thor, Jane Foster memberikan Thor identiti palsu ' Donald Blake ' kepada Agen Shield Phil Coulson.
5. Penduduk Asgardians memakan epal untuk menjaga tenaga dan kuasa mereka
Thor dan Asgardian yang lain adalah bukan Tuhan sebenarnya. Mereka adalah makhluk yang memiliki kelebihan dan kekuatan serta menganggap diri mereka seperti Tuhan. Mereka boleh mati dan tidak kekal abadi. Dalam komik, Thor dan Asgardians yang lain menjaga tenaga dan kuasa mereka dengan memakan Epal Emas Idunn .
6. Chris Hemsworth terpaksa makan seperti orang gila untuk peranan Thor
Untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang sasa Chris Hemsworth telah makan dengan banyak dengan memakan makanan yang terdiri daripada telur, ayam, beras perang, stik dan minuman protein. 

7. Kenderaan yang dinaiki Thor yang di tarik oleh Kambing seperti di dalam komik tidak di adaptasikan di dalam filem Marvel
Penulis skrip menyedari tentang kenderaan yang dinaiki Thor dari komik, ianya tidak sesuai di adaptasikan pada filem. Ia agak pelik dan mungkin juga melucukan jika Chris Hemsworth menaiki kenderaan yang di tarik oleh kambing.
8. Khabar angin menyatakan Jim Carrey memegang peranan Loki
Adakah dia sesuai untuk peranan itu?.. 9. Mereka telah membina keseluruhan bandar New Mexico untuk set filem Thor
Dalam filem Thor pertama , bandar di mana Thor bertemu dengan Jane Foster, Erik Selvig, dan Darcy Lewis adalah bukan sebuah bandar yang sebenar - ia dibina oleh pereka set di Galisteo, New Mexico untuk menghasilkan lokasi fiksyen untuk filem itu. 10. Kenneth Branagh melakukan teknik penggambaran menggunakan sudut yang condong menyerupai Panel Buku Komik
" Satu perkara yang saya terpaksa melakukan adalah bermain dengan sudut, saya telah mengubah sudut kamera sedikit. Untuk pemandangan di Asgard menghala ke atas dan di bumi menghala ke bawah. Ianya untuk mengikut gaya seperti di dalam buku komik.” Kata Kenneth Branagh pengarah filem Thor pertama.

Ahad, 22 Mac 2015

Rumor : Barisan Ahli Kumpulan Avengers Dalam Fasa Ke-3 Marvel Didedahkan


[ AMARAN : post ini mungkin mengandungi SPOILER untuk Avengers : Age Of Ultron ]

Peminat filem buku komik telah lama menantikan filem Avengers : Age Of Ultron yang bakal ditayangkan pada hujung bulan depan, tetapi Marvel Studios - seperti biasa - melihat lima langkah ke depan dan cuba untuk merangka masa depan alam sinematik mereka. Tahun lepas, Marvel Studio telah mengumumkan filem-filem terbitan mereka di dalam slot Fasa Ke-3, dan baru-baru ini Marvel Studio telah membuat kolaborasi dengan Sony Pictures yang akan membolehkan Spider-Man untuk mengambil bahagian di dalam alam sinematik Marvel. Ini adalah merupakan satu perkembangan yang baik untuk masa depan francais Marvel Studio dan Sony Picture. Tetapi apa yang pasti ianya berjaya menarik perhatian para peminat filem.

Plot selepas Avengers Age Of Ultron sudah pasti telah dirancang dalam pelan induk Marvel, dengan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di dalam filem Avengers : Age Of Ultron membawa ke dalam Captain America: Civil War serta memperkenalkan unsur-unsur dan kaitan yang boleh menyambung kepada filem solo Black Panther. Juga dipercayai pada penghujung filem Age Of Ultron, Ahli kumpulan Avengers akan berubah, dari khabar angin menunjukkan Captain America bakal merekrut satu pasukan yang baru. 

Walaupun maklumat berikut boleh diklasifikasikan sebagai khabar angin , kepada sesiapa yang tidak menyukai Spoiler dan mengelakkan daripada mengetahui plot yang mungkin berkaitan dengan filem Age Of Ultron dinasihatkan untuk berhenti disini..

-
-
-
-
-
-




Superhero News melaporkan bahawa barisan baru kumpulan Avengers 2.0 terdiri daripada Falcon, Scarlet Witch, Vision, dan War Machine. Captain America dan Black Widow akan memegang peranan sebagai pemimpin pasukan. Tetapi masih belum ada apa-apa pengesahan tentang kesemua watak-watak ini akan muncul dalam Captain America : Civil War, tetapi kita telah mengetahui bahawa beberapa daripada mereka akan membuat penampilan dalam filem itu.

Menurut Badass Digest, Pada penghujung Filem Avengers : Age Of Ultron, Thor telah kembali ke Asgard untuk menangani peristiwa-peristiwa dalam filem Thor akan datang : Ragnarok, Iron Man seperti mahu bersara dan Hulk telah hilang. Daripada sumber mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak akan muncul dalam Avengers : Infinity War 2018 - Bahagian 1 tetapi mereka akan berkumpul semula pada Avengers : Infinity War 2019 – Bahagian 2.

Pertama, mari kita lihat pada ahli Avengers yang lama. Perkara yang paling menarik di sini adalah nasib Hulk. Walaupun pelakon Avengers seperti Jeremy Renner telah disahkan untuk mengambil bahagian dalam filem akan datang, tiada berita tentang apa yang akan terjadi pada Bruce Banner lakonan Mark Ruffalo. Filem solo Hulk masih belum diumumkan di dalam slot Fasa Ke-3 Marvel. Raksasa gergasi hijau  Hulk dikatakan akan hilang dari muka bumi untuk tempoh masa yang panjang.



Pada bulan lalu, terdapat spekulasi bahawa pada pengakhiran filem Age Of Ultron, Hulk telah di perangkap memasuki Quinjet dan dibawa terbang meninggalkan orbit Bumi dan tiada cara untuk menghentikan atau mengubah haluan Quinjet tersebut, secara teorinya Hulk aka Bruce Banner akan bertemu dengan Guardian Of The Galaxy dan menyediakan pentas bagi satu pertarungan epik dengan Thanos. Ianya tidak mustahil. Ruffalo masih mempunyai empat filem dalam kontraknya bersama Marvel.



Jika Captain America akan membentuk satu pasukan baru selepas peristiwa Age Of Ultron, Secara logiknya sudah tentu Steve Rogers akan merekrut orang yang telah beliau kenali dan berada dipihaknya. Di dalam The Winter Soldier tahun lepas Captain America rakan seperjuangan iaitu Black Widow dan Falcon. War Machine telah disahkan akan muncul di dalam Age Of Ultron dan begitu juga Vision. Dalam trailer terkini Age Of Ultron juga menampilkan Scarlet Witch bertempur bersama Avengers, tidak mustahil jika Captain America akan merekrut Scarlet Witch. Buat masa ini, Black Panther masih belum diperkenalkan di dalam Marvel Sinematik Universe, mungkin Black Panter tidak akan direkrut oleh Captain America. Peter Parker aka Spiderman yang baru dilaporkan akan membuat penampilan pertama di dalam Captain America : Civil War. Daripada rumor menyatakan bahawa Peter Parker berusia 14 tahun dan seorang pelajar High School.

Kita tahu bahawa Black Panther akan membuat penampilan sulungnya dalam War, begitu juga dengan Spider-Man. Rumor menyatakan Tony Stark akan menguji dan merekrut SpiderMan di dalam filem kolaborasi Marvel bersama Sony iaitu The Spectacular Spider-Man.
Akhir sekali, Seorang karakter yang mempunyai kelebihan berlari dengan pantas iaitu Quicksilver. Salah satu daripada karakter Marvel ini bakal membuat penampilan sulung di dalam Age Of Ultron, sehingga kini karakter Quicksilver masih belum disahkan akan muncul dalam filem Marvel Sinematik Universe yang lain. Rumor menyatakan Quicksilver akan mati di dalam Age Of Ultron, walaubagaimanapun ia hanya sekadar khabar angin. Kita hanya boleh menunggu dan melihat apa yang sebenarnya akan berlaku di dalam Marvel Sinematik Universe pada masa hadapan.


Avengers: Age Of Ultron mula ditayang  pada 23 April 2015 di pawagam.

Sabtu, 21 Mac 2015

Sinopsis Dan Tarikh Mula Penggambaran Captain America: Civil War

Marvel Studios telah mengesahkan tarikh mula penggambaran Captain America : Civil War(Perang Saudara), dan mendedahkan plot sinopsis filem itu .

Menurut Collider, filem itu akan memulakan penggambaran pada 1 April 2015 di Atlanta. Panggilan casting sebelum ini berkata tarikh penggambaran adalah pada April 27 2015.  Ia mungkin ini adalah panggilan casting untuk adegan tertentu, yang melibatkan banyak pelakon tambahan dan bukannya tarikh mula untuk filem secara keseluruhan.

Berikut adalah sinopsis yang disertakan adalah :
Selepas kejadian di dalam Avengers : Age Of Ultron , kerajaan dunia telah meluluskan satu akta yang direka untuk mengawal dan memantau semua aktiviti ‘Superhuman’ . Ini menyebabkan berlakunya perbalahan antara Tony Stark dan Steve Rogers dan juga ahli kumpulan Avengers, dua kumpulan telah terbentuk antara Iron Man dan Captain America , yang menyebabkan pertempuran epik antara bekas sekutu .
Plot Civil War di dalam buku komik adalah berdasarkan kepada Akta Pendaftaran Rahsia Indentiti berbeza sedikit dari filem Captain America : Civil War dengan memberikan penekanan terhadap Akta Peraturan Superhuman.

Captain America : Civil War akan mula ditayangkan pada 6 Mei 2016 .

Jumaat, 20 Mac 2015

Avengers : AgeOf Ultron Spot TV Pendek Mendedahkan Iron Man Terbang Bersama Komponen Hulkbuster.

Pada malam tadi, Marvel Entertainment telah mengeluarkan iklan Tv berdurasi  seminit untuk filem Joss Whedon, Avengers : Age Of Ultron dan sekarang kita dapat menyaksikan klip iklan TV yang lebih pendek .

Di dalam klip ini mengandungi banyak footage yang sama dengan klip sebelum ini, tetapi terdapat beberapa perbezaan , seperti babak perisai Hulkbuster terbang di belakang Iron Man sebelum dia mendarat dan memakai Hulkbuster Armor dan juga babak Tony Stark menggunakan imej holografik yang baru di dalam helmetnya.

Untuk menonton klip terbaru lihat di bawah,

5 Moments Yang Awesome Dari Avengers : Age Of Ultron March Madness Spot


NCAA kempen March Madness telah bermula semalam, iklan TV terbaru Avengers : Age Of Ultron telah dilancarkan semalam.  Klip video yang berdurasi satu minit itu sarat dengan footage yang baru , walaupun hanya berdurasi seminit tetapi klip itu mempunyai intipati yang padat penuh aksi dan tidak lupa juga humor.


Berikut adalah saat-saat yang Cool dan awesome dari klip iklan tersebut .

Thor melakukan pukulan home run
Thor telah menggunakan perisai Captain America sebagai senjata dengan menghayunkan tukul Mjolnir nya pada perisai Captain America untuk menyerang Ultron bots.

Aksi Black Widow 
Black Widow sememangnya handal berlawan, dia telah melompat dari tebing sambil menghayunkan siku dengan pantas kepada musuh dan menggulungkan tubuhnya ke hadapan.
Perisai bermagnet Captain America
Captain America telah mendapat kostum yang baru dan telah  di upgrade yang membolehkan perisainya melekat ditangan secara atomatik. Gadget di lengannya menyala dan perisai beliau terbang dan melekat pada gadget tersebut.
Groundwork Untuk Civil War
Tony Stark secara sinis dan sarkastiknya memberitahu kepada Agen Maria Hill bahawa Steve Rogers merupakan ketua dan dia hanya menyumbangkan duitnya, dia memberitahu dia membekalkan gadget dan segala kelengkapan kepada setiap ahli Avengers dan membuat semua orang kelihatan hebat . Tetapi Steve Rogers kelihatan tidak menyukai kenyataan Stark.
Flip Bike
Captain America melakukan aksi ekstrim seperti di dalam X-Games selepas melompat dari tebing dengan motosikal Harley Davidson Elektriknya, kemudian dia melakukan flip kehadapan dan terus melontarkan motosikalnya ke arah sebuah Truck yang penuh dengan Askar Hydra.  

Moment yang manakah anda suka?..


Khamis, 19 Mac 2015

Iklan TV terbaru!! Marvel Avengers : Age Of Ultron

Marvel Entertainment baru sahaja menghantar tweet iklan televisyen baru untuk filem blockbuster Joss Whedon Avengers  : Age Of Ultron .
 
Ada banyak footage baru anda boleh lihat. Ia bermula dengan Tony Stark menjelaskan kepada Maria Hill bahawa dia hanya menyumbangkan wang dan Steve Rogers adalah ketua operasi baru mereka dalam kumpulan Avengers.
 
Sila lihat video di bawah.

Daniel Brühl Teruja Untuk Menjadi Sebahagian Daripada Captain America : Civil War

Daniel Brühl agak teruja dengan peranannya akan datang di dalam filem Captain America : Civil War, di mana beliau memegang peranan sebagai Baron Zemo musuh Captain America.

"Ia adalah besar bagi saya , " Brühl memberitahu Wall Street Journal. " Dari filem yang saya pernah lakukan , ini adalah sesuatu yang besar - megalomania. Saya rasa pada minggu yang pertama, saya akan berjalan-jalan di set berasa kagum dan teruja seperti seorang kanak-kanak. Berada di dalam Marvel Sinematik Universe ianya hebat dan sesuatu yang baru. Ini juga merupakan satu cabaran bagi saya."
 
Brühl adalah merupakan bintang yang semakin meningkat dan popular di Eropah ketika ini. Beliau bermula dengan peranannya sebagai pelarian di dalam Good Bye Lenin!, dan disusuli dengan peranannya sebagai pelakon utama dalam The Edukators . Dia menjadi terkenal di Amerika Syarikat apabila dia muncul di dalam filem Quentin Tarantino Inglorious Basterds, dan semakin menonjol lagi melalui prestasinya dalam filem Rush. Captain America : Civil War merupakan satu projek besar yang pernah dia terlibat setakat ini.
 
Walaupun dia disahkan untuk muncul dalam filem itu , peranan Brühl sebagai Zemo secara teknikalnya masih belum disahkan oleh Marvel . Kami tidak pasti sama ada dia akan memegang peranan sebagai Heinrich yang tua atau, keturunan beliau Helmut. Brühl masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang peranannya di dalam Civil War, kerana takut mendaratkan dirinya dalam " Penjara Marvel. "
 

Captain America : Civil War dijadualkan ditayangkan dipawagam pada 6 Mei 2016.

Cool Fan Made Poster Untuk Captain America : Civil War


Peminat setia Marvel Sinematik Universe sudah mula berada selangkah dihadapan melangkaui Avengers: Age Of Ultron untuk filem epik seterusnya Captain America: Civil War.

Beberapa peminat MCU telah menghasilkan Fan Art untuk perang saudara antara Captain America dan Iron Man yang menempatkan Steve Rogers di sebelah kiri garis pemisah politik dan Tony Stark di sebelah kanan.

Pakaian kostum biru Captain America adalah di sebelah kiri dan Armor Suit merah Iron Man di sebelah kanan. Pakaian kostum Spiderman yang berwarna biru dan merah meletakkan Peter Parker tepat di tengah-tengah. (Sekarang anda sudah mengetahui asas bagi bahagian biru dan bahagian merah yang digunakan dalam peta geografi politik antara mereka bertiga.)

Satu poster yang radikal menterbalikkan jurang warna ini adalah penghormatan kepada Civil War, penuh dengan karya seni vektor khasnya. Merah adalah melambangkan warna yang menindas. Gambaran penghancuran tengkorak biru Captain America adalah sangat mendalam dan penuh dengan kekejaman. Tetapi ini tidak bermakna samada Captain America ataupun IronMan akan memainkan watak antagonis, manakala watak Spiderman pula tidak berpihak kepada mana-mana bahagian.

Anda akan berpihak pada bahagian siapa?
Lihat gambar Fan Art Di bawah. 

Captain America: Civil War telah dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2016.


Captain America: Civil War by Jean Pierre Llanos

Captain America: Civil War Movie Poster oleh Ancora Design


Captain America: Civil War (2016) Poster by Krallbaki

Marvel's Civil War Pilihan Spider-Man Poster Oleh Enoch16

Captain America: Civil War Poster Oleh AndrewSS7

Captain America: Civil War Poster Oleh Sahinduezguen

Captain America: Civil War Poster Oleh Sahinduezguen

Civil War Poster Oleh Orlando Arocena

Civil War Battle Oleh Vic55b