ADS

Jumaat, 20 Mac 2015

5 Moments Yang Awesome Dari Avengers : Age Of Ultron March Madness Spot


NCAA kempen March Madness telah bermula semalam, iklan TV terbaru Avengers : Age Of Ultron telah dilancarkan semalam.  Klip video yang berdurasi satu minit itu sarat dengan footage yang baru , walaupun hanya berdurasi seminit tetapi klip itu mempunyai intipati yang padat penuh aksi dan tidak lupa juga humor.


Berikut adalah saat-saat yang Cool dan awesome dari klip iklan tersebut .

Thor melakukan pukulan home run
Thor telah menggunakan perisai Captain America sebagai senjata dengan menghayunkan tukul Mjolnir nya pada perisai Captain America untuk menyerang Ultron bots.

Aksi Black Widow 
Black Widow sememangnya handal berlawan, dia telah melompat dari tebing sambil menghayunkan siku dengan pantas kepada musuh dan menggulungkan tubuhnya ke hadapan.
Perisai bermagnet Captain America
Captain America telah mendapat kostum yang baru dan telah  di upgrade yang membolehkan perisainya melekat ditangan secara atomatik. Gadget di lengannya menyala dan perisai beliau terbang dan melekat pada gadget tersebut.
Groundwork Untuk Civil War
Tony Stark secara sinis dan sarkastiknya memberitahu kepada Agen Maria Hill bahawa Steve Rogers merupakan ketua dan dia hanya menyumbangkan duitnya, dia memberitahu dia membekalkan gadget dan segala kelengkapan kepada setiap ahli Avengers dan membuat semua orang kelihatan hebat . Tetapi Steve Rogers kelihatan tidak menyukai kenyataan Stark.
Flip Bike
Captain America melakukan aksi ekstrim seperti di dalam X-Games selepas melompat dari tebing dengan motosikal Harley Davidson Elektriknya, kemudian dia melakukan flip kehadapan dan terus melontarkan motosikalnya ke arah sebuah Truck yang penuh dengan Askar Hydra.  

Moment yang manakah anda suka?..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan