ADS

Rabu, 25 Mac 2015

Adakah Tyrese Gibson Telah Mendapat Peranan Green Lantern?.



Tyrese Gibson sekali lagi memberi klu berkemungkinan bahawa dia akan menjadi Green Lantern, kali ini dia telah memuat naik gambar dirinya yang telah di edit memakai kostum Green Lantern versi Ryan Reynolds dengan kapsyen " See You Soon .... " .


Pada beberapa minggu yang lalu dia telah memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen “ I don’t talk….I move….” . Rumor menyatakan Tyrese Gibson telah bertemu dengan pihak pengurusan Warner Bros dan berunding untuk mendapatkan peranan Green Lantern.

Persoalannya sekarang, adakah pihak Warner Bros Studio telah mengambilnya untuk memegang peranan Green Lantern?.

Dengan kesibukan promosi dan sidang akhbar Furious 7 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, mungkin kita akan mendapat penjelasan daripadanya.

Selepas kempen yang singkat, agresif diikuti dengan perjumpaannya dengan pihak studio, ianya satu mesej yang berani mungkin bermakna dia telah mempunyai jawapan, dan ini adalah pengesahan dari Tyrese Gibson tentang sesuatu yang berlaku atau cara yang pasif-agresif untuk mendapatkan kembali peranan tersebut jika pihak Warner Bros Studio tidak menerimanya. Khabar angin menyatakan Tyrese Gibson akan memegang peranan John Stewart, salah satu daripada ahli Green Lantern yang berkulit hitam dari komik.

Peminat dan wartawan masih menantikan jawapan mengenai sama ada filem solo Green Lantern yang bakal di tayangkan pada tahun 2020 adalah samada versi Hal Jordan atau John Stewart. Green Lantern versi John Stewart adalah karakter yang terkenal di dalam kebanyakannya siri animasi Justice League dan manakala Filem Green Lantern yang pernah dilakonkan oleh Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan gagal di box office sebelum ini.

Filem solo Green Lantern dijangka mula ditayangkan di pawagam pada tahun 2020, kebanyakan khabar angin menyatakan bahawa Green Lantern yang baru akan diperkenalkan dalam filem Justice League – Part 1 pada 2017. Pada masa ini pihak Warner Studio masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang aktor yang akan memegang peranan sebagai Green Lantern.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan