Daniel Brühl agak teruja dengan
peranannya akan datang di dalam filem Captain America : Civil War, di mana
beliau memegang peranan sebagai Baron Zemo musuh Captain America.
"Ia adalah besar bagi saya ,
" Brühl memberitahu Wall Street Journal. " Dari filem yang saya
pernah lakukan , ini adalah sesuatu yang besar - megalomania. Saya rasa pada
minggu yang pertama, saya akan berjalan-jalan di set berasa kagum dan teruja
seperti seorang kanak-kanak. Berada di dalam Marvel Sinematik Universe ianya hebat
dan sesuatu yang baru. Ini juga merupakan satu cabaran bagi saya."
Brühl adalah merupakan bintang yang semakin meningkat dan popular di Eropah ketika ini. Beliau bermula dengan peranannya sebagai pelarian di dalam Good Bye Lenin!, dan disusuli dengan peranannya sebagai pelakon utama dalam The Edukators . Dia menjadi terkenal di Amerika Syarikat apabila dia muncul di dalam filem Quentin Tarantino Inglorious Basterds, dan semakin menonjol lagi melalui prestasinya dalam filem Rush. Captain America : Civil War merupakan satu projek besar yang pernah dia terlibat setakat ini.
Walaupun dia disahkan untuk muncul dalam filem itu , peranan Brühl sebagai Zemo secara teknikalnya masih belum disahkan oleh Marvel . Kami tidak pasti sama ada dia akan memegang peranan sebagai Heinrich yang tua atau, keturunan beliau Helmut. Brühl masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang peranannya di dalam Civil War, kerana takut mendaratkan dirinya dalam " Penjara Marvel. "
Captain America : Civil War dijadualkan ditayangkan dipawagam pada 6 Mei 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan