ADS

Ahad, 29 Mac 2015

Hugh Jackman Akan Memainkan Watak Wolverine Untuk Kali Terakhir





Beberapa tahun kebelakangan ini, khabar angin mengenai Hugh Jackman akan berhenti memegang peranan Wolverine dalam filem X-Men telah menjadi subjek perdebatan pelbagai pihak.

Hugh Jackman pernah menyatakan bahawa dia ingin memegang peranan Wolverine untuk sepanjang hidupnya dan juga menyatakan bahawa dia berminat untuk bekerjasama dengan Spider-Man dan Avengers. Kenyataan dari Hugh Jackman ini telah menjadi teori dan spekulasi daripada peminat dan media yang tidak berkesudahan.

Sementara itu, pengarah X-Men: First Class Matthew Vaughn sebelum ini mahu menggantikan peranan Wolverine dengan pelakon yang lain, dan ia tidak berlaku kerana memandangkan betapa pentingnya watak Wolverine di dalam francais X-Men. Tetapi akhirnya Hugh Jackman telah membuat keputusan bahawa dia akan mengikut langkah Jennifer Lawrence (Mystique) dan Nicholas Hoult (Beast) keluar daripada francais X-Men.

Walaupun Hugh Jackman menyatakan minatnya untuk memainkan peranan Wolverine selama yang mungkin, tetapi dia harus menerima hakikat pada suatu masa nanti dia pasti akan berhenti memegang perana tersebut. Daripada gambar yang telah dimuat naik oleh Hugh Jackman di Instagram menyatakan seolah-olah dia akan memainkan watak Wolverine untuk kali yang terakhir. Kenyataan tersebut telah menimbulkan banyak persoalan dan apakah maksud kenyataan tersebut.




Selepas lima belas tahun memainkan watak Wolverine dan kini umurnya menghampiri 50 tahun, nampaknya Hugh Jackman mungkin terpaksa berhenti memainkan peranan itu. Lagipun dia tidak seperti Iron Man atau Batman, yang sentiasa memakai kostum dan topeng yang boleh menutup dan menyembunyikan wajah yang semakin berusia. Worlverine adalah karakter yang mempunyai tubuh badan yang sasa, mungkin Hugh Jackman tidak mampu untuk mengekalkan bentuk tubuh badannya dalm jangka masa yang panjang, ianya adalah satu perkara yang sukar.

Sebelum ini dia pernah berkata bahawa Wolverine filem solo ketiga boleh menjadi filem yang terakhir, dan ia mungkin mengikuti jalan cerita Old Man Logan dari komik. Sesetengah peminat telah membuat spekulasi bahawa filem Solo ke-3 Wolverine ini adalah adaptasi daripada komik The Death Of Wolverine yang ditulis oleh Charles SOULE. Ceritanya adalah berakhir dengan kematian Wolverine, dimana Wolverine telah terperangkap di dalam beberapa tan adamantium yang lebur manakala kelebihan faktor penyembuhannya tidak aktif. Tetapi masih belum ada pengesahan dari mana-mana pihak tentang cerita komik yang manakah yang akan di adaptasikan di dalam filem solo Wolverine itu. Tetapi telah disahkan bahawa Profesor X yang sudah berusia dilakonkan oleh Patrick Stewart akan turut serta memainkan peranan utama dalam filem solo Wolverine ke-3. Yang menjadikan persoalan ketika ini, bagaimanakah untuk filem sekuel X-Men : Apocalypse 2016?. Adakah Hugh Jackman tidak akan turut serta di dalam filem tersebut?. Daripada khabar angin baru-baru ini membayangkan bahawa Wolverine hanya akan muncul sebagai Cameo dalam X-Men : Apocalypse. Ianya masih tidak jelas, kerana Apocalypse adalah merupakan musuh yang terkuat X-Men. Dan ianya juga adalah sesuatu yang besar besar yang pernah terjadi di dalam komik. Agak pelik jika watak Wolverine tidak mempunyai peranan yang penting di dalam filem itu.

Baru-baru ini pelakon Ryan Renolds telah mendedahkan kostum Deadpool yang mana kostum tersebut adalah menyerupai kostum seperti di dalam komik, para peminat sudah tentu ingin melihat Wolverine dengan kostum kuning klasik seperti di dalam komik. 


Gambar dibawah adalah merupakan daripada delete scen di dalam filem Wolverine ke-2
dimana Yukio memberikan hadiah berupa kostum kepada Logan. Tetapi kostum itu tidak digunakan di dalam X-Men : Days Of Future Past.



Adakah kita akan dapat melihat Wolverine memakai kostum seperti di dalam komik untuk filem terakhirnya?. Segalanya akan terjawab di masa hadapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan