ADS

Rabu, 25 Mac 2015

Wajah The Thing Dalam Fantastic Four Reboot Didedahkan.



Seorang peminat telah memuat naik gambarnya di hadapan banner Fantastic Four yang akan mula ditayangkan pada bulan ogos, Peminat tersebut telah menjumpai banner tersebut disebuah pawagam di Brazil ketika ingin menonton wayang. Daripada banner tersebut memaparkan kesemua karaker utama Fantastic Four iaitu Mr.Fantastic aka Reed Richards, The Thing aka Ben Grimm, Invisible Woman aka Susan Storm dan Human Torch aka Johnny Storm. Filem Fantastic Four ini adalah di bawah arahan pengarah Josh Trank yang terkenal dengan filem found footage Chronicle arahannya sebelum ini. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Miles Teller, Kate Mara, Jamie Bell, Michael B Jordan, Toby Kebbell.

Fantastic Four mengisahkan tentang empat saintis muda mendapat kebolehan luar biasa melalui eksperimen teleportation yang menjadi kacau bilau. Kini mereka perlu menggunakan kebolehan masing-masing untuk menyelamatkan dunia daripada seorang pemberontak yang kejam.

Apa pendapat anda mengenai versi baru The Thing ?



Fantastic Four telah dijadualkan tayangannya pada 6 Ogos 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan