ADS

Isnin, 23 Mac 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Thor.


1. Chris Hemsworth adalah bukan pilihan yang pertama untuk peranan Thor
Antara pelakon pernah dicalonkan untuk memegang peranan Thor termasuk Brad Pitt, Kevin McKidd, Channing Tatum dan juga ahli gusti Triple H atau nama sebenar beliau Daniel Craig. Triple H berkata , " Siapa saya dengan kuasa petir yang bodoh ? Saya tidak boleh bayangkan . Berambut perang dan memegang tukul besar, " semasa dia pernah ditawarkan peranan Thor  pada tahun 2008.
2. Tom Hiddleston pernah menguji bakat untuk peranan Thor.

Pada asalnya Tom Hiddleston mahukan peranan Thor sebelum dia mendapat peranan sebagai adik angkatnya , Loki . Beliau telah mengambil inspirasi oleh Cassius dari Shakespeare Julius Caesar. Dia mengamalkan diet yang ketat untuk memastikan dia mempunyai rupa paras yang kurus dan tanpa lemak.

3. Thor pertama kali muncul dalam komik pada tahun 1962, dan ini adalah Cover komik pertama Thor.
4. Jalan cerita asal termasuk alter ego Thor iaitu Donald Blake untuk filem adaptasi Thor telah dibatalkan
Pada asalnya, rancangan untuk filem adaptasi Thor adalah termasuk alter ego nya sebagai manusia , Donald Blake ( seperti gambar di atas ). Dalam komik , Donald Blake adalah seorang doktor yang cacat . Blake telah menjumpai sebuah tongkat dalam sebuah gua di Norway dan membuatkannya mendapat kuasa dewa petir iaitu Thor. Di dalam filem Thor, Jane Foster memberikan Thor identiti palsu ' Donald Blake ' kepada Agen Shield Phil Coulson.
5. Penduduk Asgardians memakan epal untuk menjaga tenaga dan kuasa mereka
Thor dan Asgardian yang lain adalah bukan Tuhan sebenarnya. Mereka adalah makhluk yang memiliki kelebihan dan kekuatan serta menganggap diri mereka seperti Tuhan. Mereka boleh mati dan tidak kekal abadi. Dalam komik, Thor dan Asgardians yang lain menjaga tenaga dan kuasa mereka dengan memakan Epal Emas Idunn .
6. Chris Hemsworth terpaksa makan seperti orang gila untuk peranan Thor
Untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang sasa Chris Hemsworth telah makan dengan banyak dengan memakan makanan yang terdiri daripada telur, ayam, beras perang, stik dan minuman protein. 

7. Kenderaan yang dinaiki Thor yang di tarik oleh Kambing seperti di dalam komik tidak di adaptasikan di dalam filem Marvel
Penulis skrip menyedari tentang kenderaan yang dinaiki Thor dari komik, ianya tidak sesuai di adaptasikan pada filem. Ia agak pelik dan mungkin juga melucukan jika Chris Hemsworth menaiki kenderaan yang di tarik oleh kambing.
8. Khabar angin menyatakan Jim Carrey memegang peranan Loki
Adakah dia sesuai untuk peranan itu?.. 9. Mereka telah membina keseluruhan bandar New Mexico untuk set filem Thor
Dalam filem Thor pertama , bandar di mana Thor bertemu dengan Jane Foster, Erik Selvig, dan Darcy Lewis adalah bukan sebuah bandar yang sebenar - ia dibina oleh pereka set di Galisteo, New Mexico untuk menghasilkan lokasi fiksyen untuk filem itu. 10. Kenneth Branagh melakukan teknik penggambaran menggunakan sudut yang condong menyerupai Panel Buku Komik
" Satu perkara yang saya terpaksa melakukan adalah bermain dengan sudut, saya telah mengubah sudut kamera sedikit. Untuk pemandangan di Asgard menghala ke atas dan di bumi menghala ke bawah. Ianya untuk mengikut gaya seperti di dalam buku komik.” Kata Kenneth Branagh pengarah filem Thor pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan