ADS

Khamis, 26 Mac 2015

Batman V Superman : Rumor Punca Perbalahan Diantara Batman dan Superman




Pada tahun hadapan peminat akan disajikan dengan filem terbaru arahan Zack Snyder iaitu Batman V Superman : Dawn Of Justice, yang merupakan susulan untuk filem Man of Steel dan juga langkah pertama dalam perkembangan Filem DC Universe. Banyak peminat yang telah menantikan apa sahaja maklumat termasuk teaser trailer mengenai filem itu. Dalam pada itu , kebanyakan peminat berpuas hati dengan imej pertama Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor yang telah didedahkan semalam.

Adegan pertarungan antara Superman dan Batman adalah salah satu aspek yang dinanti-nantikan dalam filem itu. Kita tahu bahawa pada pengakhirannya mereka akan membentuk kumpulan Justice League, tetapi konfrontasi antara Superman dan Batman telah menjadi perdebatan diantara peminat-peminat. Ianya boleh jadi Lex Luthor adalah menjadi punca perbalahan Batman dan Superman.

Daripada spekulasi awal, kemusnahan Bandar Metropolis di dalam filem Man of Steel menjadi titik plot penting dalam filem ini, dan Batman yang memulakan pergaduhan dengan Superman. Walaubagaimanapun, baru-baru ini Badass Digest telah melaporkan bahawa Superman adalah orang yang akan memulakan pergaduhan.



Berikut adalah laporan daripada Badass Digest

“Superman telah yang pergi ke Gotham atas perintah Lex Luthor dan memulakan konfrontasi dengan Batman ... Dan tidak sama seperti di dalam komik The Dark Knight Returns, Superman telah datang dan menghancurkan Batmobile dengan satu pukulan . Kenapa Superman mengikut arahannya Lex Luthor? Apakah motif Lex Luthor?. Tetapi apabila perbalahan diantara Superman dan Batman berakhir, Batman boleh menuding jari dan menyalahkan Superman dan berkata , " Beliau yang memulakannya ! "



Jadi kita berharap akan dapat mengetahui tentang segalanya yang berlaku tidak lama lagi untuk membantu memisahkan fakta daripada fiksyen. Dalam pada masa itu, pihak Warner Bros juga perlu memaikan peranan dengan memberi perkembangan terbaru mengenai filem itu supaya peminat dapat mengetahui tentang rancangan pengarah Zack Snyder dan tentang apakah maknanya semua ini untuk masa depan francais filem DC Universe.

Sumber : Badass Digest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan