ADS

Rabu, 25 Mac 2015

Avengers : Age Of Ultron Video Disebalik Tabir Menara Avengers

Akses Hollywood dan Marvel Studios telah bekerjasama hari ini untuk mengeluarkan video disebalik tabir yang singkat di dalam Menara Avengers dari Avengers : Age Of Ultron , yang bakal ditayangkan di pawagam pada penghujung bulan April.Jeremy Renner dan Mark Ruffalo telah menjadi pemandu pelancong dan membawa reporter Access Hollywood di sekitar set Avengers : Age Of Ultron di dalam Quinjet dan Avengers Tower, Mark Ruffalo bergurau dengan memberitahu dia sedang berdiri pada set yang paling mahal kosnya daripada kebanyakan filem yang pernah dia berlakon .
Anda boleh melihat video klip di bawah.




Marvel Avengers: Age of Ultron dibintangi Robert Downey Jr, yang membawa peranan sebagai Iron Man, bersama Chris Evans sebagai Captain America, Chris Hemsworth sebagai Thor dan Mark Ruffalo sebagai The Hulk . Bersama dengan Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Jeremy Renner sebagai Hawkeye, dan bantu oleh Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan Cobie Smulders sebagai Agen Maria Hill , pasukan Avengers bergabung tenaga semula untuk mengalahkan James Spader sebagai Ultron, sebuah robot A.I yang mempunyai falsafah keamanan hanya akan tercapai dengan kepupusan manusia, dan Ultron membawa misi untuk menghapuskan manusia. Sepanjang perjalanan, mereka bakal menghadapi dua pendatang baru misteri dan kuat, Wanda Maximoff(Scarlet Witch) , dimainkan oleh Elizabeth Olsen, dan Pietro Maximoff(Quicksilver), dimainkan oleh Aaron Taylor Johnson, dan pembantu Iron Man iaitu Jarvis dalam bentuk baru apabila menjadi Vision dimainkan oleh Paul Bettany.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan