ADS

Khamis, 10 Mac 2016

Lihat Penampilan Pertama SpiderMan Baru Dalam Trailer Ke-2 Captain America:Civil War!!!


Marvel Studios akhirnya telah mendedahkan penampilan SpiderMan yang baharu buat pertama kalinya dalam treler terkini filem Captain America: Civil War. Ini adalah merupakan kali pertama peminat dapat melihat gambaran mengenai SpiderMan yang baru yang dilakonkan oleh aktor Tom Holland. Tiada sekeping gambar atau concept art promo, barang dagangan, atau rakaman yang memperlihatkan karakter SpiderMan sebelum ini. Lihat trailer terbaru Captain America: Civil War di bawah,



Pada bulan Februari tahun 2015, pihak Sony dan Marvel menandatangi perjanjian di mana membolehkan Spider-Man untuk muncul di Captain America: Civil War, pada waktu itu penggambaran filem Captain America: Civil War di Georgia telah hampir bermula. Tom Holland telah dipilih untuk memegang peranan Peter Parker / SpiderMan dan beliau telah diumumkan bakal membuat penampilan pertama dalam Civil War sebelum filem standalone Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe pada bulan Julai 2017.

Daripada rumor sebelum ini menyatakan bahawa Spider-Man bakal menyertai pasukan Iron Man dalam Civil War. Seperti di dalam komik Marvel Civil War, Spider-Man menyertai kumpulan Iron Man pada permulaannya, tetapi pada pengakhirannya dia telah menyertai pasukan Captain America selepas diselamatkan oleh The Punisher. Tetapi ini tidak bermakna The Punisher akan muncul dalam Captain America: Civil War, kerana debut pertama The Punisher lakonan John Berthal adalah di dalam siri Netflix Daredevil musim kedua pada bulan ini.



Apakah pendapat anda mengenai kostum Spider Man MCU?.


SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.


Captain America: Civil War akan menjadi filem yang pertama di dalam fasa ke-3 Marvel, telah dijadualkan tayangannya pada 6 Mei 2016, diikuti dengan Dr.Strange yang merupakan debut pertama yang telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Isnin, 29 Februari 2016

Lihat Batman Dan Superman Bertarung Dalam Klip Video Terbaru Batman v Superman : Down Of Justice


Sebuah klip video terbaru filem Batman V Superman : Down Of Jusctice telah dikeluarkan, klip video tersebut memaparkan sedikit sedutan babak pertarungan diantara Man of Steel dan The Dark Knight. Klip terbaru ini telah dipaparkan secara lansung kepada penonton di rancangan Tv Talkshow Jimmy Kimmel Live – post-Oscar special semalam. Lihat klip video tersebut di bawah 



Ben Affleck yang membintangi filem Batman v Superman : Down Of Justice sekali lagi muncul sebagai tetamu rancangan Talkshow Jimmy Kimmel pada malam itu, beliau juga turut berkongsikan sebuah video klip "deleted scene " dari filem Batman v Superman yang menampilkan beliau bersama pengacara rancangan tersebut Kimmel, Henry Cavill, Jesse Eisenberg serta surprise cameo daripada seorang pelakon terkenal Hollywood. Lihat klip video 
deleted scene Batman v Superman  tersebut di bawah  



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice


"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."


Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.


Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Khamis, 11 Februari 2016

Final Trailer Batman V Superman : Down Of Justice telah dikeluarkan




Warner Bros Studio telah mengeluarkan final trailer untuk filem Batman v Superman : Dawn of Justice. Terdapat beberapa footage yang baru dipaparkan dalam final trailer ini, antara babak yang dipaparkan ialah Wonder Woman (Gal Gadot ) bercakap buat kali pertama di dalam trailer dan juga kita dapat menyaksikan kebolehan Batman (Ben Affleck ) dalam memerangi jenayah serta dapat melihat cara berlawan yang unik Batman bertarung dengan sekumpulan penjenayah yang bersenjata di Gotham. Daripada final trailer ini juga turut memaparkan sedikit sedutan babak pertarungan Batman dan Superman!.






Lihat final trailer tersebut di bawah



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice


"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."


Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Sabtu, 23 Januari 2016

Trailer Rasmi Ke 2 Suicide Squad Telah Dikeluarkan.





Warner Bros Studio telah mengeluarkan Trailer Rasmi ke-2 Suicide Squad di internet. Trailer terbaru untuk filem ini memaparkan lebih banyak babak penuh dengan aksi yang mengujakan, dengan muzik latar yang menarik membangkitkan mood bagi setiap babak yang dipamerkan. Suicide Squad adalah merupakan Pasukan Black Ops yang terdiri daripada watak vilian terkenal DC Comics yang membawa misi yang ditugaskan oleh badan rahsia kerajaan di bawah pengawasan Amanda Waller (Viola Davis) dan diketuai oleh Rick Flag (Joel Kinnaman).  



Trailer terbaru Suicide Squad ini menampilkan lagu "Bohemian Rhapsody" daripada kumpulan Queen yang digubah rangkap ke rangkap yang lain mengikut kesesuaian mood setiap babak yang dipamerkan. Sudah semestinya ianya adalah pilihan lagu yang tepat untuk soundtrack rasmi bagi filem tersebut serta membantu untuk lebih membezakan dunia dan juga karakter super-villain DC dalam filem tersebut. Pada ketika babak penuh aksi dalam trailer ini bahagian rangkap yang rancak lagu Bohemian Rhapsody telah digunakan sebagai muzik latar trailer ini. Walaubagaimanapun ianya membuatkan para peminat lebih teruja dengan pengembangan DC Extended Universe yang dimulai dengan filem Man Of Steel 2013 dan diikuti dengan Batman V Superman : Down Of Justice serta Suicide Squad yang telah dijadualkan tayangannya pada tahun ini. 


Lihat klip trailer tersebut di bawah;




Filem Suicide Squad juga turut dibandingkan dengan filem adaptasi komik Guardian Of The Galaxy daripada Marvel yang boleh dikatakan mempunyai tema yang hampir sama iaitu watak penyangak intergalaxy berubah menjadi wira serta menggunakan lagu muzik pop retro sebagai soundtrack rasmi filem. Persoalannya, dapatkah Suicide Squad menandingi atau menyaingi kejayaan Guardian Of The Galaxy?. 


Filem Suicide Squad adalah dibintangi oleh Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Cara Delevingne sebagai Enchantress , Karen Fukuhara sebagai Katana , Adewale Akinnuoye sebagai Killer Croc , Jay Hernandez sebagai El-Diablo, Adam Beach sebagai Slipknot. Viola Davis sebagai Amanda Waller, dan penampilan khas Ben Affleck sebagai Batman.


Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer dan telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.

Rabu, 30 Disember 2015

Lihat Penampilan Rasmi Benedict Cumberbatch Sebagai Doktor Strange Marvel


Majalah Entertainment Weekly telah menampilkan penampilan rasmi pertama pelakon Benedict Cumberbatch sebagai Doktor pelik .



Menurut laporan dalam artikel daripada majalah itu mendedahkan, bahawa Benedict Cumberbatch hanya beberapa kali sahaja berpeluang untuk memakai kostum di set pengambaran. Filem ini baru sahaja memulakan penggambaran pada November lalu, dan dijangka berakhir pada March 2016.

"Saya masih dalam peringkat awal dalam pembelajaran mengenai semua itu, " kata Cumberbatch . "Ia adalah seperti , okay , saya kerap melakukan pose serta gerakan tangan jari bermain mantra-mantra, perkara rutin di dalam casting, semua yang dilakukannya secara fizikal. Saya berfikir, akan ada banyak permainan dan pergerakan tangan dan jari dan saya masih berusaha berlatih melakukannya. Kami masih belum melakukan adegan sebegitu lagi. Saya menyedarinya. Tetapi, walaubagaimanapun ianya adalah hebat . Ia seperti anda hanya perlu bereksperimentasi. "


Majalah Entertainment Weekly juga turut menampilkan beberapa keping gambar terbaru dan serta konsep art "Doktor pelik". Sanctum Sanctorum , pangkalan operasi, dan menampilkan Benedict Cumberbatch dalam perananmya. (melalui Entertainment Weekly ).



Sanctum Sanctorum Dikatakan Sebagai Base Operation Dr.Strange

Scott Derrickson sebagai pengarah dengan pelakon yang turut serta termasuk Benedict Cumberbatch sebagai Stephen Strange, Tilda Swinton sebagai The Ancient One, Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo, Rachel McAdams dikhabarkan akan memegang peranan Christine Palmer, yang juga dikenali sebagai Night Nurse dan Mads Mikkelsen akan memainkan peranan villain, tetapi identiti peranannya dirahsiakan.



Marvel Dr.Strange telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Selasa, 29 Disember 2015

Trailer Deadpool Terbaru Telah Dikeluarkan!.Tonton Ia Di Sini


20th Century Fox telah mengeluarkan trailer terbaru Deadpool. Terdapat dua versi yang dikeluarkan untuk Trailer kedua Deadpool ini, iaitu Red Band dan Green Band trailer. Seperti yang anda ketahui Red Band trailer adalah merupakan klip trailer yang diklasifikasikan sebagai Rated-R manakala Green Band trailer pula telah ditapis dan diklasifikasikan sebagai U sesuai untuk tontonan umum. Terdapat babak yang baru dipaparkan di dalam klip trailer tersebut, dan anda dapat melihat Negasonic Tenage Warhead beraksi di dalam klip trailer tersebut. Lihat kedua-dua trailer tersebut di bawah,




RED BAND



GREEN BAND





Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang bersisi gelap serta twisted sense of humor, Deadpool bertekad untuk memburu orang yang telah memusnahkan hidupnya.

Filem Deadpool diarahkan oleh Tim Miller, dibintangi oleh Ryan Reynolds sebagai Deadpool / Wade Wilson, Morena Baccarin sebagai Vanessa / Copycat, dan TJ Miller sebagai Weasel. Skrip filem ini telah ditulis bersama oleh pencipta asal karakter Deadpool Rob Liefeld, Fabian Nicieza, Rhett Reese dan Paul Wernick.

Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.

Jumaat, 11 Disember 2015

X-Men: Apocalypse Trailer Telah Dikeluarkan.


20th Century Fox telah mengeluarkan treler rasmi filem box office mereka tahun hadapan X-Men: Apocalypse di internet.



X-Men: Apocalypse adalah merupakan filem kesembilan dalam francais X-Men, dan merupakan filem keempat yang diarahkan oleh Bryan Singer. Filem ini dibintangi oleh James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Oscar Isaac, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Olivia Munn, Evan Peters, Kodi Smit-McPhee, Sophie Turner, Tye Sheridan, Alexandra Shipp, Lucas Till Josh Helman, Lana Condor dan Ben Hardy.


Lihat klip treler tersebut di bawah.



Sinopsis Rasmi X-Men Apocalypse


Sejak dari tamadun awal, beliau telah disembah sebagai tuhan. Apocalypse, merupakan mutan yang pertama di dunia dan paling berkuasa dalam Marvel X -Men Universe, mengumpul banyak mutan lain yang berkuasa, menjadi kekal abadi dan kebal. Selepas terjaga dari beribu-ribu tahun, beliau tidak menyukai dengan keadaan dunia pada ketika ini dan merekrut satu pasukan mutan yang berkuasa, termasuk Magneto (Michael Fassbender ) yang kecewa dengan manusia, untuk menghapuskan manusia dan mewujudkan satu pemerintahan dunia baru, di mana dunia akan berada di bawah pemerintahan beliau. Nasib Bumi bergantung kepada, Raven-Mystique (Jennifer Lawrence) dengan bantuan Profesor X ( James McAvoy ) perlu membimbing dan mengetuai satu pasukan X -Men muda untuk menghentikan musuh terbesar mereka dan menyelamatkan manusia dari kemusnahan.

X-Men : Apocalypse diarahkan oleh Bryan Singer, ditulis oleh penulis veteran X-Men Simon Kinberg, Michael Dougherty dan Dan Harris.

X-Men: Apocalypse telah dijadualkan tayangannya pada 27 Mei 2016.