ADS

Khamis, 11 Februari 2016

Final Trailer Batman V Superman : Down Of Justice telah dikeluarkan




Warner Bros Studio telah mengeluarkan final trailer untuk filem Batman v Superman : Dawn of Justice. Terdapat beberapa footage yang baru dipaparkan dalam final trailer ini, antara babak yang dipaparkan ialah Wonder Woman (Gal Gadot ) bercakap buat kali pertama di dalam trailer dan juga kita dapat menyaksikan kebolehan Batman (Ben Affleck ) dalam memerangi jenayah serta dapat melihat cara berlawan yang unik Batman bertarung dengan sekumpulan penjenayah yang bersenjata di Gotham. Daripada final trailer ini juga turut memaparkan sedikit sedutan babak pertarungan Batman dan Superman!.






Lihat final trailer tersebut di bawah



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice


"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."


Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan