ADS

Selasa, 29 Disember 2015

Trailer Deadpool Terbaru Telah Dikeluarkan!.Tonton Ia Di Sini


20th Century Fox telah mengeluarkan trailer terbaru Deadpool. Terdapat dua versi yang dikeluarkan untuk Trailer kedua Deadpool ini, iaitu Red Band dan Green Band trailer. Seperti yang anda ketahui Red Band trailer adalah merupakan klip trailer yang diklasifikasikan sebagai Rated-R manakala Green Band trailer pula telah ditapis dan diklasifikasikan sebagai U sesuai untuk tontonan umum. Terdapat babak yang baru dipaparkan di dalam klip trailer tersebut, dan anda dapat melihat Negasonic Tenage Warhead beraksi di dalam klip trailer tersebut. Lihat kedua-dua trailer tersebut di bawah,




RED BAND



GREEN BAND





Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang bersisi gelap serta twisted sense of humor, Deadpool bertekad untuk memburu orang yang telah memusnahkan hidupnya.

Filem Deadpool diarahkan oleh Tim Miller, dibintangi oleh Ryan Reynolds sebagai Deadpool / Wade Wilson, Morena Baccarin sebagai Vanessa / Copycat, dan TJ Miller sebagai Weasel. Skrip filem ini telah ditulis bersama oleh pencipta asal karakter Deadpool Rob Liefeld, Fabian Nicieza, Rhett Reese dan Paul Wernick.

Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan