ADS

Jumaat, 11 Disember 2015

X-Men: Apocalypse Trailer Telah Dikeluarkan.


20th Century Fox telah mengeluarkan treler rasmi filem box office mereka tahun hadapan X-Men: Apocalypse di internet.



X-Men: Apocalypse adalah merupakan filem kesembilan dalam francais X-Men, dan merupakan filem keempat yang diarahkan oleh Bryan Singer. Filem ini dibintangi oleh James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Oscar Isaac, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Olivia Munn, Evan Peters, Kodi Smit-McPhee, Sophie Turner, Tye Sheridan, Alexandra Shipp, Lucas Till Josh Helman, Lana Condor dan Ben Hardy.


Lihat klip treler tersebut di bawah.



Sinopsis Rasmi X-Men Apocalypse


Sejak dari tamadun awal, beliau telah disembah sebagai tuhan. Apocalypse, merupakan mutan yang pertama di dunia dan paling berkuasa dalam Marvel X -Men Universe, mengumpul banyak mutan lain yang berkuasa, menjadi kekal abadi dan kebal. Selepas terjaga dari beribu-ribu tahun, beliau tidak menyukai dengan keadaan dunia pada ketika ini dan merekrut satu pasukan mutan yang berkuasa, termasuk Magneto (Michael Fassbender ) yang kecewa dengan manusia, untuk menghapuskan manusia dan mewujudkan satu pemerintahan dunia baru, di mana dunia akan berada di bawah pemerintahan beliau. Nasib Bumi bergantung kepada, Raven-Mystique (Jennifer Lawrence) dengan bantuan Profesor X ( James McAvoy ) perlu membimbing dan mengetuai satu pasukan X -Men muda untuk menghentikan musuh terbesar mereka dan menyelamatkan manusia dari kemusnahan.

X-Men : Apocalypse diarahkan oleh Bryan Singer, ditulis oleh penulis veteran X-Men Simon Kinberg, Michael Dougherty dan Dan Harris.

X-Men: Apocalypse telah dijadualkan tayangannya pada 27 Mei 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan