Sebuah klip video terbaru filem Batman V Superman : Down Of Jusctice telah dikeluarkan, klip video tersebut memaparkan sedikit sedutan babak pertarungan diantara Man of Steel dan The Dark Knight. Klip terbaru ini telah dipaparkan secara lansung kepada penonton di rancangan Tv Talkshow Jimmy Kimmel Live – post-Oscar special semalam. Lihat klip video tersebut di bawah
Ben Affleck yang membintangi filem Batman v Superman : Down Of Justice sekali lagi muncul sebagai tetamu rancangan Talkshow Jimmy Kimmel pada malam itu, beliau juga turut berkongsikan sebuah video klip "deleted scene " dari filem Batman v Superman yang menampilkan beliau bersama pengacara rancangan tersebut Kimmel, Henry Cavill, Jesse Eisenberg serta surprise cameo daripada seorang pelakon terkenal Hollywood. Lihat klip video deleted scene Batman v Superman tersebut di bawah
Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice
"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."
Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.
Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan