ADS

Rabu, 2 Disember 2015

Trailer Rasmi Ke-2 Batman V Superman : Down Of Justice Telah Dikeluarkan. Lihat Di Sini!


Warner Bros telah mengeluarkan sneak preview trailer Batman V Superman pada hari Isnin yang lalu, yang mana memaparkan Superman membuka topeng Batman. Kini Trailer Rasmi ke-2 Batman V Superman : Down Of Justice telah dikeluarkan di internet. Trailer penuh tersebut telah ditayangkan di dalam rancangan Tv Talk Show Jimmy Kimmel Live sebelum dikeluarkan online di internet. Lihat klip trailer tersebut di bawah.



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice


"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."


Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan