ADS

Isnin, 2 November 2015

Hulk Bakal Muncul Di Dalam Thor : Ragnarok



Bos Marvel Studios Kevin Feige, Mark Ruffalo, atau penulis-pengarah Guardian Of The Galaxy James Gunn sering kali ditanyakan soalan mengenai filem solo Hulk dalam Marvel Cinematic Universe, mereka tetap bertegas menyatakan bahawa tiada rancangan untuk filem solo Hulk atau sebarang adaptasi dari Planet Hulk dan World War Hulk. Manakala pengarah filem Guardian Of The Galaxy turut menyatakan Hulk tidak akan muncul dalam sequel Guardian Of The Galaxy.

Jadi di manakah Bruce Banner aka Hulk berada sekarang?. Seperti yang anda ketahui, pada pengakhiran Avengers : Age Of Ultron, Hulk telah pergi membawa dirinya dengan menaiki Quin Jet, tetapi apakah kesudahan nasib Bruce Banner/Hulk?. Sebelum Avengers : Age Of Ultron ditayangkan, terdapat rumor mengenai Hulk akan terbang ke angkasa dengan Quin Jet. Tetapi pada penghujung Age Of Ultron, Quin Jet yang dinaiki Hulk dikatakan telah melakukan pendaratan kecemasan berhampiran Fiji.

Ini adalah jawapan Mark Ruffalo semasa beliau diwawancara oleh The Huffington Post baru-baru ini, Beliau telah disoal tentang peranannya dalam Thor : Ragnarok, "Saya memainkan peranan sebagai Dr.Bruce Banner, dan kadang-kadang saya bertukar menjadi raksasa hijau besar, raksasa yang garang. " Mark Ruffalo menjawab dengan nada berseloroh.

Kemudian beliau menyatakan bahawa dia amat teruja untuk memainkan kembali peranan ini dan menyatakan terdapat banyak ruang untuk mengembangkan wataknya. " Malah, Ruffalo turut mencadangkan pemisahan antara dua persona, jadi Bruce Banner boleh bersemuka dengan Hulk. Ianya tidak mustahil

"Saya rasa terdapat banyak perkara yang menarik untuk diterokai, terutamanya hubungan antara Banner dan Hulk, " katanya. "Harap kita akan dapat melihat kedua-dua mereka bersama di dalam sebuah scene. Itu adalah mengujakan! " Peminat komik, sudah tentu mengetahui kejadian sebegini sering kali berlaku di dalam komik.


Beliau juga menjangkakan Hulk dan Thor bakal bertarung, “Saya fikir mungkin mereka akan berlawan. Tidak ada keraguan lagi, semua orang mahukan kami bertarung di atas suatu sebab yang tertentu”. Mark Ruffalo berkata.


Bercakap tentang plot, “Tidak banyak perkara yang saya tahu mengenainya, tetapi saya fikir ia akan menjadi wayang gambar persahabatan dengan Thor dan Bruce Banner.” Tambah Mark Ruffalo. Masih tiada banyak maklumat mengenai plot Thor : Ragnarok yang dapat diperolehi buat masa ini, tetapi daripada rumor menyatakan ia akan membawakan cerita kembara kosmik Thor bersama Hulk.

Mark Ruffalo tidak dapat memberi sebarang jaminan mengenai Bruce Banner dan Hulk akan bersemuka dalam filem Marvel di masa hadapan, tetapi beliau menjelaskan dia berminat untuk memainkan watak miliknya itu selama yang mungkin. 



Thor: Ragnarok telah dijadualkan tayangannya di pawagam pada 3 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan