ADS

Jumaat, 30 Oktober 2015

Temubual Serta Photo Esklusif Karakter Suicide Squad Bersama Majalah Empire


Majalah Empire telah mengeluarkan cover khas majalah yang menarik dari adaptasi layar perak komik DC iaitu Suicide Squad. Menampilkan watak utama di dalam Suicide Squad sebagai penghias muka hadapan majalah. Suicide Squad merupakan filem adaptasi komik DC unik yang dinanti-nantikan oleh peminat komik DC. Seperti di dalam komik ianya bakal menampilkan karakter villain DC komik sebagai watak utama di dalam filem tersebut. 

Cover majalah Empire menampilkan Joker (Jared Leto), Harley Quinn (Margot Robie), Deadshot (Will Smith), dan Enchantress (Cara Delevingne) sebagai penghias muka hadapan. Anda boleh melihat cover majalah Empire serta temubual bersama pelakon serta pengarah Suicide Squad di bawah,







Menurut producer Suicide Squad Charles Roven, ianya suatu kejutan besar apabila pihak Warner Bros Studio menyalakan lampu hijau untuk projeknya itu, tetapi apa yang meyakinkan studio adalah pengarah David Ayer yang menjadi pengarah filem ini.

"Kami baru sahaja memulakan pengambaran Batman v Superman, kami memikirkan jalan untuk mengembangkan DC Extended Universe," Jelas Charles Roven, "kemudian David Ayer datang dengan idea tentang Suicide Squad. Ia mempunyai kelebihan dan sisi gelap ini, sesuai dengan tone DCEU yang kita cuba lakukan dengan filem ini. Dan ia adalah mustahil anda boleh mendapatkan kelulusan projek serta dana untuk projek besar dalam masa terdekat seperti kami yang telah memulakan pengambaran dengan cepat selepas rangka produksi. "



Jared Leto menerangkan tentang memegang peranan Joker. "Saya benar-benar mendalaminya. Tetapi ini adalah satu peluang yang unik dan saya tidak dapat bayangkan melakukannya dengan cara lain. Ia adalah menyeronokkan , bermain dengan permainan psikologi. Tetapi pada masa yang sama ia adalah sangat menyakitkan, rasanya seperti mahu beranak. "

"Saya berasakan bahawa Joker mungkin lebih berusia daripada orang sangkakan. Ia adalah sesuatu yang berbeza. Jika anda tidak melanggar peraturan, anda tidak akan dapat pengalaman yang baru. Saya rasa saya akan tenang sepanjang hidup saya. "

"Pengarah Suicide Squad, David Ayer telah memberikan pendapatnya tentang pembikinan sebuah filem seperti Suicide Squad adalah berbeza daripada standard filem superhero. "Anda tahu, semua filem adalah mengenai mengalahkan robot alien jahat dari f *cking Planet X, dunia diambang kemusnahan. Dan siapa f *cking peduli?" kata David Ayer. "Tetapi anda buat cerita mengenai perjuangan dan pengasingan dan orang yang dianggap sampah tiba-tiba dibuang dan kehidupannya dirampas ... ianya tidaklah begitu teruk ... Pada pandangan saya ini adalah Movie Buku Komik 2.0"


"Harley adalah yang paling bermasalah, tetapi sebenarnya Deadshot cuba mengurat beliau," kata Will Smith "berlaku percintaan tiga segi yang agak kasar di sana.

David Ayer menyambung kenyataan Will Smith di atas "Ia adalah mengenai [ Harley ] membebaskan diri daripada The Joker dan menjadi seorang yang dapat berdiri di atas kaki sendiri sepenuhnya," jelas David Ayer. " Sebenarnya ia adalah metafora untuk perjalanan semua orang di sini."


Photo Yang dikeluarkan oleh Empire








































Pelakon filem Suicide Squad adalah Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Cara Delevingne sebagai Enchantress , Karen Fukuhara sebagai Katana , Adewale Akinnuoye sebagai Killer Croc , Jay Hernandez sebagai El-Diablo, Adam Beach sebagai Slipknot. Viola Davis sebagai Amanda Waller, dan penampilan khas Ben Affleck sebagai Batman.


Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan