ADS

Selasa, 10 November 2015

Doctor Strange : Foto & Video Pertama Benedict Cumberbatch Di Set Penggambaran Doctor Strange


Penggambaran filem Marvel yang akan datang Doctor Strange telah bermula. Foto dan video Benedict Cumberbatch sedang menjalani penggambaran untuk filem Doktor Strange telah tersebar di internet. Beliau telah dilihat berdekatan di Kuil Swayambhunath di Kathmandu, Nepal. Foto dan video high quality ini daripada sumber Dutourdumonde Photography. Di dalam klip video ini memaparkan pelakon Inggeris Benedict Cumberbatch melakonkan babak di mana Doctor Strange yang sedang mengembara mencari penawar untuk merawat penyakitnya. Dan kemudian seorang beridentiti misteri yang berpakaian jubah serta menutup kepala dilihat berjalan ke arah yang bertentangan. Berkemungkinan ianya adalah Ancient One.

Pengarah Doctor Strange Scott Derrickson dan pelakon Chiwetel Ejiofor turut dapat dilihat dalam video tersebut. Scott Derrickson dilihat memakai topi sedang memberi arahan kepada pelakon dan krew. Manakala Chiwetel Ejiofor dilihat memakai jubah, beliau memegang peranan sebagai Baron Mordo seorang villain yang gilakan kuasa dan merupakan pesaing kepada Dr.Strange. Seperti yang dapat dilihat Benedict Cumberbatch (Dr.Strange) berjalan bersebelahan dengan Chiwetel Ejiofor (Baron Mordo) ianya kelihatan seperti Dr.Strange sedang dilatih oleh Baron Mordo. Di dalam komik Baron Mordo adalah merupakan mentor kepada Dr.Strange, tetapi hubungan persahabatan antara mereka mula retak apabila Ancient One memilih Dr.Strange sebagai penggantinya.

 Lihat foto dan video di set penggambaran Dr.Strange di bawah.











                                                                                                   
Terima kasih kepada Latino-Review, kini kita mempunyai sedikit maklumat mengenai plot filem ini. Menurut Latino-Review maklumat berikut adalah dari sumber dalaman di studio:

"Filem Doktor Strange sebenarnya bermula lebih awal dari yang dijangkakan, bermula pada tahun 1968 di Kathmandu terdapat beberapa fanatik dark magic berjaya membuka portal ke dimensi lain. Watak yang bernama Kaecilius yang mengetuai kumpulan tersebut, Kaecilius merupakan watak yang mempunyai kaitan dengan Baron Mordo dalam Komik Marvel.”

"Di zaman masa kini, Dr. Stephen Strange seorang pakar bedah yang sombong dan bongkak terkenal di New York telah tercedera akibat kemalangan jalan raya, semasa beliau menjawab panggilan telefon semasa memandu menyebabkan kereta yang pandunya terbabas, tangan beliau tercedera kesan daripada kemalangan tersebut. "

"Selepas menjalani beberapa pembedahan daripada Dr. Nikodemus Barat, tangan Dr.Strange masih tidak sembuh untuk beliau kembali menjadi seorang doktor pakar bedah. Penemuan dengan sihir (dan zarah sub-atom) membawa beliau mengembara untuk mencari The Ancient One (Tilda Swinton), dan apabila dia berjaya menemuinya, The Ancient One enggan untuk mengajarnya. Tetapi akhirnya beliau diterima sebagai anak murid.”


Majoriti keseluruhan penggambaran akan dilakukan di London, England dan dijangka bermula pada bulan Disember. Scott Derrickson sebagai pengarah dengan pelakon yang turut serta termasuk Benedict Cumberbatch sebagai Stephen Strange, Tilda Swinton sebagai The Ancient One, Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo, Rachel McAdams dikhabarkan akan memegang peranan Christine Palmer, yang juga dikenali sebagai Night Nurse dan Mads Mikkelsen akan memainkan peranan villain, tetapi identiti peranannya dirahsiakan.


Marvel Dr.Strange telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan