ADS

Isnin, 30 November 2015

Video : Superman Membuka Topeng Batman Dalam Teaser Terbaru Batman V Superman


Sebuah klip video sneak preview untuk trailer rasmi Batman V Superman yang kedua telah dikeluarkan. Trailer rasmi kedua Batman V Superman bakal dikeluarkan semasa tayangan rancangan tv Jimmy Kimmel Live pada Rabu ini, Warner Bros telah mengeluarkan satu teaser sneak preview video dari Batman v Superman: Dawn of Justice yang memaparkan Man of Steel membuka topeng Batman dan mendedahkan identitinya.  Lihat video teaser trailer tersebut di bawah.


.



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice


"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."


Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Selasa, 24 November 2015

Video : Captain America: Civil War Official Trailer Telah Dikeluarkan.Lihat Di Sini!


Marvel Studio telah mengeluarkan trailer rasmi filem sekuel superhero merdeka Captain America : Civil War. Trailer tersebut telah ditayangkan di dalam rancangan talk show Jimmy Kimmel Live malam tadi. Kini trailer tersebut telah Dikeluarkan online. Lihat kill trailer tersebut dibawah





SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.
Captain America: Civil War akan menjadi filem yang pertama di dalam fasa ke-3 Marvel, telah dijadualkan tayangannya pada 6 Mei 2016, diikuti dengan Dr.Strange yang merupakan debut pertama yang telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Rabu, 11 November 2015

Pelakon Pom Klementieff Bakal Membintangi Guardian Of The Galaxy Vol.2

.

Guardian Of The Galaxy Vol. 2 bakal membawakan kembali karakter kegemaran intergalactic Marvel Peter Quill aka Star Lord (Chris Pratt ), Gamora (Zoe Saldana ) , Rocket Raccoon (Bradley Cooper) , Groot ( Vin Diesel ), dan Drax Destroyer ( Dave Bautista ). Penulis / pengarah James Gunn telah merancang untuk menambah ahli Guardian Of The Galaxy dengan memperkenalkan satu watak yang baru.


Pelakon kelahiran Kanada, Pom Klementieff telah diumumkan secara rasminya bakal membintangi Guardian Of The Galaxy Vol.2 arahan James Gunn baru-baru ini. Menurut laporan dari Deadline beliau akan memainkan peranan sebagai Mantis. Pom Klementieff pernah membintangi filem Oldboy yang turut dibintangi oleh Josh Brolin yang memainkan peranan sebagai Thanos di dalam MCU.


Watak Mantis telah dicipta oleh Steve Englehart dan Don Heck, dan Mantis diperkenalkan buat pertama kali dalam Avengers # 112 pada tahun 1973. Mantis adalah merupakan anak kacukan Vietnam dan Jerman, iaitu anak kepada antihero Libra. Mantis adalah seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri, mempunyai kebolehan psikik dan mempunyai kaitan dengan makhluk asing Kree. Beliau juga mempunyai kaitan dengan Avengers dan Thanos dalam komik .



" Mantis mempunyai kelebihan mengadaptasi kuasa daripada Cotati membolehkan beliau berkomunikasi secara telepathy dengan tumbuh-tumbuhan, hidup di angkasa, dan berkeupayaan memindahkan dirinya dari suatu tumbuhan kepada tumbuhan yang lain merentasi jarak antara bintang atau interdimensionally. Setelah dilahirkan semula, dia berkemampuan menghasilkan serangan letupan tenaga yang kuat, membentuk perisai pertahanan, berkomunikasi secara langsung dengan makhluk kosmik seperti Eternity dan Death. Fikirannya adalah merupakan campuran hibrid manusia dan tumbuhan, kalis kepada serangan mental atau metafizik, dan ketahanan fizikalnya semakin kuat selepas bertarung. Beliau juga handal dalam seni mempertahan diri, memanipulasi sendi atau saraf melalui pressure point. Kekuatannya boleh dikatakan setanding dengan Thor.”



Guardian Of The Galaxy Vol. 2 telah dijadualkan tayangannya pada 5 Mei 2017

Selasa, 10 November 2015

Doctor Strange : Foto & Video Pertama Benedict Cumberbatch Di Set Penggambaran Doctor Strange


Penggambaran filem Marvel yang akan datang Doctor Strange telah bermula. Foto dan video Benedict Cumberbatch sedang menjalani penggambaran untuk filem Doktor Strange telah tersebar di internet. Beliau telah dilihat berdekatan di Kuil Swayambhunath di Kathmandu, Nepal. Foto dan video high quality ini daripada sumber Dutourdumonde Photography. Di dalam klip video ini memaparkan pelakon Inggeris Benedict Cumberbatch melakonkan babak di mana Doctor Strange yang sedang mengembara mencari penawar untuk merawat penyakitnya. Dan kemudian seorang beridentiti misteri yang berpakaian jubah serta menutup kepala dilihat berjalan ke arah yang bertentangan. Berkemungkinan ianya adalah Ancient One.

Pengarah Doctor Strange Scott Derrickson dan pelakon Chiwetel Ejiofor turut dapat dilihat dalam video tersebut. Scott Derrickson dilihat memakai topi sedang memberi arahan kepada pelakon dan krew. Manakala Chiwetel Ejiofor dilihat memakai jubah, beliau memegang peranan sebagai Baron Mordo seorang villain yang gilakan kuasa dan merupakan pesaing kepada Dr.Strange. Seperti yang dapat dilihat Benedict Cumberbatch (Dr.Strange) berjalan bersebelahan dengan Chiwetel Ejiofor (Baron Mordo) ianya kelihatan seperti Dr.Strange sedang dilatih oleh Baron Mordo. Di dalam komik Baron Mordo adalah merupakan mentor kepada Dr.Strange, tetapi hubungan persahabatan antara mereka mula retak apabila Ancient One memilih Dr.Strange sebagai penggantinya.

 Lihat foto dan video di set penggambaran Dr.Strange di bawah.











                                                                                                   
Terima kasih kepada Latino-Review, kini kita mempunyai sedikit maklumat mengenai plot filem ini. Menurut Latino-Review maklumat berikut adalah dari sumber dalaman di studio:

"Filem Doktor Strange sebenarnya bermula lebih awal dari yang dijangkakan, bermula pada tahun 1968 di Kathmandu terdapat beberapa fanatik dark magic berjaya membuka portal ke dimensi lain. Watak yang bernama Kaecilius yang mengetuai kumpulan tersebut, Kaecilius merupakan watak yang mempunyai kaitan dengan Baron Mordo dalam Komik Marvel.”

"Di zaman masa kini, Dr. Stephen Strange seorang pakar bedah yang sombong dan bongkak terkenal di New York telah tercedera akibat kemalangan jalan raya, semasa beliau menjawab panggilan telefon semasa memandu menyebabkan kereta yang pandunya terbabas, tangan beliau tercedera kesan daripada kemalangan tersebut. "

"Selepas menjalani beberapa pembedahan daripada Dr. Nikodemus Barat, tangan Dr.Strange masih tidak sembuh untuk beliau kembali menjadi seorang doktor pakar bedah. Penemuan dengan sihir (dan zarah sub-atom) membawa beliau mengembara untuk mencari The Ancient One (Tilda Swinton), dan apabila dia berjaya menemuinya, The Ancient One enggan untuk mengajarnya. Tetapi akhirnya beliau diterima sebagai anak murid.”


Majoriti keseluruhan penggambaran akan dilakukan di London, England dan dijangka bermula pada bulan Disember. Scott Derrickson sebagai pengarah dengan pelakon yang turut serta termasuk Benedict Cumberbatch sebagai Stephen Strange, Tilda Swinton sebagai The Ancient One, Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo, Rachel McAdams dikhabarkan akan memegang peranan Christine Palmer, yang juga dikenali sebagai Night Nurse dan Mads Mikkelsen akan memainkan peranan villain, tetapi identiti peranannya dirahsiakan.


Marvel Dr.Strange telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Isnin, 2 November 2015

Hulk Bakal Muncul Di Dalam Thor : Ragnarok



Bos Marvel Studios Kevin Feige, Mark Ruffalo, atau penulis-pengarah Guardian Of The Galaxy James Gunn sering kali ditanyakan soalan mengenai filem solo Hulk dalam Marvel Cinematic Universe, mereka tetap bertegas menyatakan bahawa tiada rancangan untuk filem solo Hulk atau sebarang adaptasi dari Planet Hulk dan World War Hulk. Manakala pengarah filem Guardian Of The Galaxy turut menyatakan Hulk tidak akan muncul dalam sequel Guardian Of The Galaxy.

Jadi di manakah Bruce Banner aka Hulk berada sekarang?. Seperti yang anda ketahui, pada pengakhiran Avengers : Age Of Ultron, Hulk telah pergi membawa dirinya dengan menaiki Quin Jet, tetapi apakah kesudahan nasib Bruce Banner/Hulk?. Sebelum Avengers : Age Of Ultron ditayangkan, terdapat rumor mengenai Hulk akan terbang ke angkasa dengan Quin Jet. Tetapi pada penghujung Age Of Ultron, Quin Jet yang dinaiki Hulk dikatakan telah melakukan pendaratan kecemasan berhampiran Fiji.

Ini adalah jawapan Mark Ruffalo semasa beliau diwawancara oleh The Huffington Post baru-baru ini, Beliau telah disoal tentang peranannya dalam Thor : Ragnarok, "Saya memainkan peranan sebagai Dr.Bruce Banner, dan kadang-kadang saya bertukar menjadi raksasa hijau besar, raksasa yang garang. " Mark Ruffalo menjawab dengan nada berseloroh.

Kemudian beliau menyatakan bahawa dia amat teruja untuk memainkan kembali peranan ini dan menyatakan terdapat banyak ruang untuk mengembangkan wataknya. " Malah, Ruffalo turut mencadangkan pemisahan antara dua persona, jadi Bruce Banner boleh bersemuka dengan Hulk. Ianya tidak mustahil

"Saya rasa terdapat banyak perkara yang menarik untuk diterokai, terutamanya hubungan antara Banner dan Hulk, " katanya. "Harap kita akan dapat melihat kedua-dua mereka bersama di dalam sebuah scene. Itu adalah mengujakan! " Peminat komik, sudah tentu mengetahui kejadian sebegini sering kali berlaku di dalam komik.


Beliau juga menjangkakan Hulk dan Thor bakal bertarung, “Saya fikir mungkin mereka akan berlawan. Tidak ada keraguan lagi, semua orang mahukan kami bertarung di atas suatu sebab yang tertentu”. Mark Ruffalo berkata.


Bercakap tentang plot, “Tidak banyak perkara yang saya tahu mengenainya, tetapi saya fikir ia akan menjadi wayang gambar persahabatan dengan Thor dan Bruce Banner.” Tambah Mark Ruffalo. Masih tiada banyak maklumat mengenai plot Thor : Ragnarok yang dapat diperolehi buat masa ini, tetapi daripada rumor menyatakan ia akan membawakan cerita kembara kosmik Thor bersama Hulk.

Mark Ruffalo tidak dapat memberi sebarang jaminan mengenai Bruce Banner dan Hulk akan bersemuka dalam filem Marvel di masa hadapan, tetapi beliau menjelaskan dia berminat untuk memainkan watak miliknya itu selama yang mungkin. 



Thor: Ragnarok telah dijadualkan tayangannya di pawagam pada 3 November 2017