ADS

Selasa, 25 Ogos 2015

Teori Gila Peminat Mengenai Identiti Sebenar Joker Dalam DC Extended Universe


Sejak dari foto pertama Jared Leto sebagai Joker didedahkan di internet,ianya telah menjadi perbualan dan topik hangat dari pelbagai pihak, dan ada juga yang mempersoalkan tentang penampilan serta pembawakan karakter Joker oleh pelakon Jared Leto. Penampilan dan paras rupa Joker yang baru ini tampak radikal dan kelihatan berbeza dengan Joker sebelum ini, dengan silver grill di giginya serta penuh tatu diseleruh tubuh badannya.


Selepas menonton trailer untuk filem Suicide Squad dan Batman v Superman dikeluarkan di internet, seorang peminat (Reddit User ID Jason-G169) telah menjumpai butiran kecil daripada trailer Batman V Superman dan beliau telah membuat satu andaian mengenai identiti sebenar Joker di dalam DC Enxtended Universe ini. Jason-G169 telah mendedahkan teorinya di laman sosial Reddit bahawa Joker ini adalah merupakan bukan Joker yang sebenar. Bagaimana jika watak Joker yang dimainkan oleh Jared Leto ini adalah Joker generasi yang kedua? Dan bagaimana jika identiti sebenar Joker adalah Robin yang merupakan bekas teman seperjuangan Batman dalam memerangi jenayah telah berubah menjadi musuh utamanya?.

Ianya adalah merupakan suatu teori yang telah menarik perhatian banyak pihak dan juga para peminat. Teori mengenai Joker – Jason Todd Robin ini sedang menjadi topik perbualan hangat di laman sosial Reddit. Teori ini boleh dibuktikan dengan gambar Joker Suicide Squad dari pengarah David Ayer serta Screenshot dari trailer Batman V Superman. Anda boleh menyaksikan bekas luka parut kesan tembakan pada badan Joker dengan lubang kesan tembakan pada bahagian bahu kostum Robin adalah hampir sama. Adakah ianya kebetulan? Atau ianya adalah satu petunjuk?.



Kesan Parut Luka Dan Kesan Tembakan Pada Kostum Robin Hampir Serupa

Dalam komik, Jason Todd adalah merupakan Robin kedua yang diambil oleh Batman selepas Dick Grayson, dan Jason Todd telah menjadi protege kepada Bruce Wayne dan mengambil peranan Robin sebagai sidekick kepada Batman, sehingga suatu ketika beliau telah mati dipukul dengan kejam oleh Joker. Kemudian, beliau dibangkitkan semula dari Lazarus Pit(sebuah kolam yang biasa digunakan oleh Ra’s al Ghul untuk memulihkan kuasanya serta membuatkan beliau kekal abadi, kolam ini dapat menghidupkan semula orang yang telah mati dan dapat menyembuhkan tubuh badan sesiapa sahaja yang memasukinya), dan menjadi antihero dengan mengambil identiti Red Hood. Redditor Jason-G169 telah menulis bahawa Joker Jared Leto adalah merupakan Robin yang telah mati dibunuh dan kemudiannya dihidupkan kembali, dan beliau mengambil identiti Joker kerana marah serta berdendam dengan Batman kerana tidak menyelamatkannya dan membiarkan dia mati dibunuh oleh Joker asal.



Redditor Jason-G169 juga mendakwa bahawa terdapat beberapa petunjuk lain yang terdapat di dalam trailer Batman v Superman yang membuktikan bahawa Joker adalah Robin. Klu yang pertama adalah dari surat khabar yang telah diconteng dengan tulisan "Anda membiarkan keluarga anda mati" ia seolah-olah merujuk kepada Robin, Jason Todd adalah merupakan anak angkat kepada Batman di dalam komik. Beliau juga telah menyusun dan mengedit gambar Joker serta tatu yang dapat dilihat pada tubuhnya. Antara tatu yang terdapat pada tubuh badan Joker adalah sayap burung Robin boleh dilihat jelas di bahunya dan juga tatu atau parut huruf "J" di bawah mata kiri Joker. Dalam permainan video Arkham Knight yang baru dikeluarkan tahun ini, Jason Todd mempunyai parut "J" untuk Jason di bawah mata kirinya.

Tatu J pada wajah Joker dan Sayap Burung Robin

Perbandingan Tatu/Parut pada wajah Joker dan Jason Todd
Bruce Wayne melihat surat khabar yang diconteng





Ada juga peminat lain yang menyuarakan idea serta pendapat mereka tentang Robin Jason Todd telah membunuh Joker yang asal. Robin Jason Todd berada di dalam situasi yang memaksa, disebabkan oleh tekanan dan tidak dapat mengawal perasaan telah membuatkan Robin membunuh Joker. Walaupun pun Joker yang asal telah mati tetapi Joker berjaya membuatkan Robin korup, dan menyerahkan legasinya kepada orang lain. Selepas Robin membunuh Joker beliau mengalami tekanan jiwa dan emosi yang tidak stabil, kemudian membuat keputusan untuk mengambil identiti Joker. Dari pada penampilan Joker seperti yang dilihat di dalam gambar serta trailer Suicide Squad, Joker yang dibawakan oleh Jared Leto kelihatan seperti seseorang yang obses personaliti Joker dengan mencacah tatu hampir diseluruh tubuh badannya.

Namun teori daripada Jason-G169 sememangnya telah menjadi topik hangat perbualan orang ramai, tetapi rata-rata peminat tidak bersetuju dan tidak menyukai jika Joker lakonan Jared Leto adalah merupakan Robin Jason Todd, kerana rata-rata peminat lebih menyukai Robin Jason Todd yang telah mati dibunuh kemudian kembali menjadi seorang antihero dengan identiti Red Hood seperti di dalam komik. Red Hood membanteras jenayah di Gotham dengan menggunakan senjata api, sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh. Cara dan prinsip yang menjadi peganggannya adalah bertentangan dengan Batman. 





Walaubagaimanapun ianya adalah merupakan teori yang menarik dan boleh diterima, hingga setakat ini masih tiada sebarang klu mengenai Robin yang manakah yang bakal muncul di dalam DC Extended Universe ini. Tetapi yang pasti, untuk mengetahui kesahihan tentang teori oleh 
Jason-G169, kita perlu menonton kedua-dua filem DC Extended Universe Batman V Superman : Down Of Justice dan Suicide Squad yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.






Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice

"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."

Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.


Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.










Selasa, 18 Ogos 2015

Video: Captain America : Civil War Panel Di D23 Bersama Chris Evans Dan Anthony Mackie


Baru-baru ini telah berlansungnya konvensyen Expo D23 Disney di Anaheim Convention Center California, Marvel Studio telah menyertai slot panel untuk Live Action Movie bagi mempromosikan filem mereka yang akan datang. Ketika panel Live Action Movie filem Captain America, Executive Marvel Studio Kevin Feigi telah hadir dan membuat presentation untuk filem Captain America : Civil War, kemudian beliau menjemput pelakon Chris Evans dan Anthony Mackie untuk naik ke pentas, Apabila Chris Evans dan Anthony Mackie mengambil alih pentas untuk mempersembahkan video trailer pertama filem Captain America: Civil War di D23 Expo Disney, mereka membuatkan peminat teruja dan suasana di dalam dewan menjadi riuh dan gamat. Ia adalah salah satu momen yang dinanti-nantikan di D23 Live Action Movie panel.




Panel filem Captain America : Civil War ini telah diadakan selepas panel Live Action Movie Dr.Strange, peminat dan penonton yang telah mengikuti panel Dr.Strange sebelum ini telah ternanti-nantikan untuk melihat trailer pertama filem Marvel Captain America : Civil War yang bakal menjadi salah satu filem yang paling besar tahun depan. Sebelum menayangkan klip trailer,Chris Evans dan Anthony Mackie memberitahu bahawa mereka telah terbang daripada set penggambaran Captain America : Civil War di Jerman untuk menghadiri panel Live Action Movie di D23 sempena mempromosikan filem mereka. Mereka juga turut bergurau bahawa mereka telah belajar menyunting filem sendiri menggunakan iMovie untuk menghasilkan trailer yang bakal ditayangkan itu dan mereka juga turut berkongsi beberapa anekdot peribadi mereka tentang menjadi peminat besar Disney.



Tetapi agak mengecewakan trailer Captain America : Civil War yang telah ditayangkan di D23 itu masih belum dikeluarkan online. Tetapi kami telah mendapat sedikit gambaran mengenai trailer Captain America : Civil War yang telah ditayangkan semasa panel Live Action Movie D23.


 12 Ogos 2015 stuntman memakai kostum Captain America di set pengambaran Civil War di Berlin Germany

Menurut Akses Hollywood mengenai description trailer Captain America : Civil War, ia bermula dengan pertempuran epik Captain America bersama Falcon dan Black Widow bertarung dengan Crossbone. Dari trailer tersebut turut menampilkan Iron Man, Black Widow, Scarlet Witch, Vision, Hawkeye dan Ant –Man. The Winter Soldier aka Bucky Barnes yang merupakan rakan karib Steve Rogers telah pulih dari brainwash Hydra dan beliau dilihat bersama Scoot Lang aka AntMan. Quick shot Scarlett Witch bermain catur bersama Vision yang memakai tuxedo. Kemudian terdapat upacara pengebumian, bendera Union Jack dapat dilihat di atas keranda, Tony Stark melihat Steve Rogers dan berkata kepada Captain, "Kadang-kadang, aku teringin menumbuk kau serta gigi yang sempurna itu!, tanpa sempadan kita adalah lebih teruk daripada orang jahat " Ini mungkin bibit permulaan perbalahan mereka!. Juga terdapat penampilan Black Panther pertama yang dilihat sedang beraksi dengan lengkap memakai kostum. Selepas itu terdapat babak IronMan serta War Machine dan Captain America serta ahli Avengers yang lain berkumpul, mungkin ini adalah pertempuran terakhir. Kemudian Black Widow berbalah dengan Hawkeye "Kita masih kawan, bukan? " tanya Black Widow. "Ia bergantung kepada begaimana awak memukul saya! " balas Hawkeye. Dalam garaj tempat letak kereta, Falcon membuka sebuah pintu van. Scott Lang sedang tidur di dalam van tersebut, kemudian beliau melompat dan sangat teruja dapat bertemu dengan Steve Rogers. "Saya berjabat tangan anda terlalu lama, " katanya, gembira. "Saya kenal anda juga" kata Scoot Lang kepada Scarlet Witch , saya tidak dapat berhenti melihat kamu Cap, Awak adalah terbaik. " "Saya tahu anda tahu banyak orang yang mempunyai super power, " kata Scoot Lang lagi. "Jadi fikir untuk mengucapkan terima kasih kepada saya ! Maksud saya , terima kasih kerana memikirkan saya! ".


SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.

Captain America: Civil War akan menjadi filem yang pertama di dalam fasa ke-3 Marvel, telah dijadualkan tayangannya pada 6 Mei 2016, diikuti dengan Dr.Strange yang merupakan debut pertama yang telah dijadualkan tayangannya pada 4 November 2016.

Selasa, 11 Ogos 2015

5 Perkara Yang Menjadi Persoalan Dalam Trailer Deadpool



Selepas trailer pertama untuk filem Deadpool dari Comik-Con International : San Diego telah dikeluarkan kepada orang ramai, menerusi rancangan tv talk show Conan. Trailer Red Band Deadpool yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox itu telah ditonton lebih 17 juta kali di YouTube sehingga kini. Ianya telah mendapat reaksi positif dari peminat. Daripada trailer tersebut terdapat beberapa persoalan yang menarik mengenai plot cerita, watak dan karakter di dalam filem itu dan kaitan dengan X-Men sinematic universe.



Berikut adalah merupakan perkara yang menjadi persoalan di dalam trailer Deadpool

1) Adakah Vanessa merupakan Copycat?

Kita tahu bahawa Morena Baccarin memainkan watak bernama Vanessa, dan Vanessa adalah merupakan kekasih Wade Wilson sebelum menjadi Deadpool . Andaian telah dibuat bahawa Vanessa adalah Vanessa Carlyle, a.k.a Copycat, mutant yang mempunyai kelebihan untuk berubah rupa bentuk (Shape Shifter) dari komik. Ini seolah-olah disahkan oleh pencipta watak dan penulis komik Rob Liefeld dari isu komik The New Mutant #98 tahun 1991 yang membawakan penampilan pertama karakter Deadpool dan juga turut menampilkan karakter Copycat di dalam komik tersebut. Walau bagaimanapun, dari trailer pertama Deadpool tidak memaparkan Vanessa dengan kebolehannya yang berkemampuan untuk berubah rupa bentuk. Berkemungkinan pihak Studio tidak mahu Copycat diperkenalkan di dalam X-Men Sinematik Universe kerana kebolehannya menyerupai Mystique, atau juga mungkin asal-usul(origin) bagaimana beliau memperolehi kuasa telah ditukar dengan terlibat dengan program Weapon-X ? Atau mungkin mereka ingin merahsiakan perkara ini sebagai satu kejutan untuk titik plot penting dalam filem.

2) Adakah kita akan dapat menyaksikan lebih banyak karakter Weapon-X?

Asal usul (Origin) Deadpool adalah hasil daripada program Weapon-X. Kita juga telah mengetahui bahawa pelakon Ed Skrein akan memegang peranan sebagai Ajax, yang merupakan salah satu produk Weapon-X yang agak ganas. Seperti yang dapat dilihat pada trailer ini menunjukkan seolah-olah bahawa Weapon-X adalah sebuah organisasi elit. Adakah kita akan dapat melihat watak-watak Weapon-X yang lain akan muncul di dalam filem ini?. Rob Liefeld telah memberikan bayangan berkemungkinan terdapat mutant Weapon-X yang lain bakal muncul di dalam filem tersebut.


3) Apakah permasalahan X-Men dengan Deadpool?

Dalam trailer, kita dapat melihat Colossus yang merupakan salah seorang ahli kumpulan X-Men dan anak didik beliau , Negasonic Teenage Warhead bersemuka dan menyerang Deadpool, tetapi mengapa?. Adakah Wade Wilson mempunyai kaitan dengan X-Men? Apakah urusan antara X-Men dan Deadpool?Adakah ia akan melibatkan Wolverine? Jika Worlverine turut tampil sebagai cameo di dalam filem tersebut ianya akan membuatkan peminat lebih teruja, Hugh Jackman telah disahkan bahawa beliau akan melakonkan watak Wolverine buat kali terakhir dalam filem solo Wolverine ke-3 yang dikatakan bakal mengambil storyline dari siri Oldman Logan. Rumor juga menyatakan Wolverine hanya membawa peranan kecil atau cameo di dalam filem X-Men : Apocalypse, ianya agak mengecewakan.


4) Bagaimanakah Deadpool akan dimuatkan dalam timeline filem X-Men

Bercakap mengenai X-Men, masih tiada penjelasan mengenai perbezaan garisan masa(timeline) di mana sebenarnya filem Deadpool dengan filem X-Men. Kita tahu bahawa Deadpool mempunyai kaitan dengan X -Men Sinematic Universe. Tetapi filem X-Men : Days Of Future Past tidak memberikan sebarang petunjuk dan status quo mengenai pasukan itu masih lagi tidak diketahui. Berkemungkinan Deapdool akan mengambil timeline di antara filem X-Men : Days Of Future Past dan X-Men : Apocalypse atau mungkin juga timeline selepas X-Men : Apocalypse. Walau bagaimanapun ianya masih tidak diketahui.


5) Apakah yang membuatkan Deadpool dan Weasel bekerjasama?


Seperti yang dapat dilihat dalam Trailer yang memaparkan perbualan lucu antara Wade Wilson dan Weasel di mana Weasel tidak berhenti-henti mengutuk rupa wajah Wade Wilson yang mengerikan selepas menjalani eksperimen program Weapon-X, tetapi mengapakah Wade Wilson bertemu dengan Weasel? Apakah urusan mereka? Adakah Weasel adalah salah satu sasaran Deadpool? Atau menjadi sekutunya?. Berkemungkinan Wade Wilson berurusan dengan Weasel untuk mendapat senjata api seperti di dalam komik di mana Weasel adalah merupakan pembekal senjata api kepada Wade Wilson aka Deadpool.


Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang bersisi gelap serta twisted sense of humor, Deadpool bertekad untuk memburu orang yang telah memusnahkan hidupnya.

Filem Deadpool diarahkan oleh Tim Miller, dibintangi oleh Ryan Reynolds sebagai Deadpool / Wade Wilson, Morena Baccarin sebagai Vanessa / Copycat, dan TJ Miller sebagai Weasel. Skrip filem ini telah ditulis bersama oleh pencipta asal karakter Deadpool Rob Liefeld, Fabian Nicieza, Rhett Reese dan Paul Wernick.

Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.


Rabu, 5 Ogos 2015

Easter Eggs dan References dalam Batman V Superman Comic-Con Trailer




Seperti yang anda telah lihat dalam trailer Comic-Con Batman v Superman : Down Of Justice, terdapat banyak babak serta momen yang cool dan mengujakan yang dapat disaksikan dari trailer tersebut.




Setelah melihat dan meneliti trailer tersebut berulang-ulang kali, terdapat beberapa Easter Eggs serta rujukan kepada komik yang terdapat di dalam klip trailer tersebut. Juga terdapat banyak perkara yang dapat kita lihat daripada trailer yang berdurasi tiga minit tiga puluh empat saat itu. Berikut adalah Easter Eggs yang terdapat di dalam trailer ke-2 Batman v Superman : Down Of Justice


Menara Wayne Financial

Di dalam trailer ini memaparkan kejadian yang berlaku semasa kemuncak Man of Steel , kita dapat melihat Menara Wayne telah musnah disebabkan oleh pertempuran antara Superman dan General Zod. Bruce Wayne kelihatan tidak gembira dengan kemusnahan yang berlaku dan Superman dilihat tidak menghiraukan keselamatan orang awam. Seperti yang kita telah lihat Bruce Wayne berlari ke arah runtuhan bangunan dan telah menyelamatkan seorang kanak-kanak. Beliau kelihatan serius, daripada reaksi wajahnya menunjukkan perasaan marah,geram membuatkan motivasi hero dalam dirinya sebagai Batman membuak-buak. 


Wayne Manor

Seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas, Rumah Agam Keluarga Wayne. Ianya jelas kelihatan tidak terurus dan musnah seperti sesuatu tragedi telah berlaku di rumah tersebut, Bruce Wayne telah membuat keputusan untuk berpindah dan meninggalkan rumah keluarga lamanya.



Bat Cave


Di sini kita dapat melihat Bat Cave seperti yang kita ketahui yang mana adalah merupakan markas operasi Batman. Rekaan dalaman Bat Cave di dalam filem ini mendapat sentuhan versi moden - Ia kelihatan seperti versi Batman Inc, apabila Batman berpindah markas operasinya dari Bat Cave asal di bawah Wayne Manor.

You Let Your Family Die


Mesej You Let Your Family Die ‘Awak membiarkan keluarga awak mati’ yang tertulis pada keratan akhbar pada berita kemusnahan Wayne Tower ketika peristiwa Superman menentang General Zod dalam Man Of Steel mungkin adalah merupakan ejekan atau sindiran yang sinis dari Joker. Salah satu daripada dua babak yang dapat kita lihat dalam trailer ini adalah Thomas Wayne bapa kepada Bruce Wayne (Batman) atau mungkin kostum yang dilihat oleh Bruce Wayne ...


Bat-Gadgets!



Batarang, check!. Batmobile, check!!. Batjet (Batwing?) check!, dan Grappling Gun seperti yang dapat kita lihat pada scene yang cool di mana Batman menggunakan Grappling Gun untuk beralih dari sebuah bangunan ke tempat yang lain untuk mengelak heat vision dari Superman atau Doomsday? Che-freakin-Eck!.


Mayat General Zod

General Zod telah mati terbunuh ketika menentang Superman, dalam situasi yang kritikal General Zod telah menggunakan Heat Vision cuba untuk membunuh orang awam yang kebetulannya berada berdekatan di tempat kejadian menyebabkan Superman terpaksa merentap leher General Zod untuk menghentikan tindakannya. General Zod telah terbunuh selepas itu, tetapi ada mayatnya tidak dipaparkan pada penghujung filem Man Of Steel. Seperti yang dapat dilihat di dalam trailer, mayat General Zod dibuka dari beg mayat, mungkin oleh Lex Luthor, dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan Penyakit Berjangkit Tentera Amerika Syarikat (USAMRIID) untuk ujikaji. Mungkin DNA General Zod telah digunakan untuk menghasilkan Doomsday atau untuk menghasilkan sesuatu yang berpotensi untuk melemahkan Superman?.


Kostum Robin 


Daripada yang dipaparkan pada trailer ini menjelaskan bahawa Robin yang merupakan rakan seperjuangan Batman memerangi jenayah yang berleluasa di bandar Gotham telah meninggal dunia, Kostum Robin telah diconteng dengan cat berwarna kuning yang bertulis HAHAHA Joke’s On You Batman(HAHAHA Lawak Adalah Pada Anda Batman). Tulisan pada kostum Robin itu adalah petunjuk bahawa Joker (Jared Leto) adalah bertanggungjawab di atas kematian Robin, ini membuatkan gangguan dan kemelut emosi dalaman dalam diri Bruce Wayne dan telah menyimpan kostum Robin sebagai peringatan kegagalan peribadinya.


Diana Prince - Wonder Woman

Sebelum kita dapat melihat Wonder Woman beraksi, kita juga telah dapat melihat Wonder Woman berpakaian kasual, beliau memakai bodysuit berwarna putih dan kelihatan sophisticated dan elegan. Daripada shot ini adalah mungkin sebagai penghormatan atau rujukan Wonder Women Lynda Carter pada era 70-an kerana fesyennya kelihatan sama seperti Diana Prince versi Lynda Carter, mungkin?. Spoiler alert!..Menurut Journalis Umberto Gonzalez Wonder Women Gal Gadot adalah berusia lebih ratusan tahun.Boom!!..



Tentera Superman  


Sekumpulan Askar yang terdapat simbol "S " pada bahagian tepi bahu mereka dan tunduk melutut apabila kehadiran Superman seperti gambar di atas. Ia mengingatkan kepada permainan video Injustice : God Among Us, di mana Superman menjadi pemerintah kuku besi, dan merekrut tentera askar untuk melaksanakan perintahnya yang menguasai dunia.


Kematian Thomas Wayne Dan Martha Wayne 

Thomas dan Martha Wayne adalah merupakan ibubapa kandung kepada Bruce Wayne. Ketika Bruce Wayne berusia lebih kurang 6 tahun beliau telah menyaksikan kedua ibubapanya telah dibunuh oleh perompak dihadapan matanya sendiri. Selepas kejadian itu Bruce Wayne tekad untuk membersihkah Gotham City yang penuh dengan jenayah, rasuah dan korupsi dengan menjadi satu simbol dan persona iaitu sebagai Batman. Seperti yang dipaparkan di dalam trailer ini mungkin adalah babak imbasan Bruce Wayne yang tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Nampaknya kita akan melihat kedua ibubapanya terbunuh lagi seperti yang pernah dipaparkan di dalam filem Batman sebelum ini.


Senjata Wonder Women

Pose dan gaya ikonik oleh Wonder Woman yang menyilangkan lengannya menghentak gelang pelindung tangannya untuk menghasilkan gelombang dan letupan yang besar adalah merupakan momen yang mengujakan di dalam trailer ini. Ianya menjadi satu persoalan, dengan siapakah Wonder Women bertarung?, walaubagaimanapun ianya adalah shot yang menarik. Selain itu kita dapat menyaksikan pedang dan perisai digunakan oleh Wonder Women, serta Golden Lasso (Tali Emas) yang membuatkan seseorang itu bercakap benar jika diikat dengan Golden Lasso tersebut.

Batman Membunuh?

Seperti gambar di atas, Batman kelihatan terdesak dan telah merentap leher seorang askar ketika diserang oleh sekumpulan askar Superman. Dari spekulasi dan rumor menyatakan bahawa sekuen di padang pasir ini adalah merupakan mimpi Bruce Wayne. Ianya menjadi satu persoalan, adakah Batman membunuh di dalam DC sinematik universe ini?. Bagaimana dengan polisi dan kod etikanya yang tidak membunuh?.


Kryptonite Fragment


Laporan dari journalist Ben Kendrick menyatakan Lex Luthor ingin menyediakan Bruce Wayne satu mineral asing untuk digunakan untuk menentang Superman. Lex Luthor bertujuan untuk melaga-lagakan dua wira terhadap satu sama lain untuk kepentingannya sendiri dan mungkin serpihan Kryptonite akan digunakan oleh Batman dalam pertempuran terakhir. Tetapi sudah tentu Lex Luthor tidak perlu menyerahkan sampel kryptonite, kerana Batman yang berkelengkapan gadget yang canggih sendiri mampu mencuri sampel Kryptonite tersebut dari pejabat LexCorp dalam persediaan untuk bertarung dengan Superman. Batman Robotik Armor mungkin bersalut dengan kryptonite membuatkan Superman lemah dan Batman mampu bertarung dengan Superman.



The Dark Knight Returns 


Jika anda perasan di dalam scene Batman beralih ke satu bangunan ke tempat yang lain dengan menggunakan grapple gun menyerupai cover komik The Dark Knight Returns oleh Frank Miller, salah satu karya yang mempunyai pergaduhan terbesar dalam sejarah antara Batman dan Superman. Pengarah Zack Snyder telah mengambil The Dark Knight Returns sebagai inspirasi kepada banyak aspek di dalam filem ini.



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice

"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."

Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Selasa, 4 Ogos 2015

Deadpool Trailer Versi Red Band Secara Rasminya Dikeluarkan Online



20th Century Fox telah mengeluarkan trailer pertama filem Deadpool, yang diklasifikasikan sebagai R -rated. Berkisar tentang Askar upahan berani mati dan seperhero yang berkemampuan memecah dinding keempat (breaking forth wall-dunia realiti dan imiginasinya tidak terbatas). Kisah superhero komedi ini dibintangi oleh Ryan Reynolds dan dihasilkan dari studio francais X -Men.


Trailer pertama itu telah di pertontonkan di dalam rancangan talk show Conan O'Brien secara lansung malam tadi.


Anda boleh melihat trailer tersebut di bawah. Peringatan RedBand Trailer tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan yang berumur 18tahun ke bawah.






Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang gelap serta twisted sense of humor, Deadpool memburu orang yang hampir memusnahkan hidupnya.

Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.

Isnin, 3 Ogos 2015

Video : Teaser Trailer Untuk Trailer filem Deadpool



Twentieth Century Fox telah mengeluarkan teaser trailer untuk trailer untuk Deadpool.

Ia adalah teaser yang melucukan, Deadpool sendiri telah menjadi tukang naratif untuk trailer tersebut serta telah mengutuk pihak Fox Studio kerana telah merosakkan imej Deadpool dalam filem X-Men Origins : Wolverine. Ianya merupakan strategi promosi filem yang baik, dan sememangnya merupakan trend Hollywood mengeluarkan bahan promosi untuk bahan promosi lain, dan memberitahu peminat bahawa trailer penuh untuk filem Deadpool bakal dikeluarkan esok di internet.


Anda boleh melihat teaser trailer tersebut di bawah,






Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang bersisi gelap serta twisted sense of humor, Deadpool bertekad untuk memburu orang yang telah memusnahkan hidupnya.

Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.