ADS

Rabu, 5 Ogos 2015

Easter Eggs dan References dalam Batman V Superman Comic-Con Trailer




Seperti yang anda telah lihat dalam trailer Comic-Con Batman v Superman : Down Of Justice, terdapat banyak babak serta momen yang cool dan mengujakan yang dapat disaksikan dari trailer tersebut.




Setelah melihat dan meneliti trailer tersebut berulang-ulang kali, terdapat beberapa Easter Eggs serta rujukan kepada komik yang terdapat di dalam klip trailer tersebut. Juga terdapat banyak perkara yang dapat kita lihat daripada trailer yang berdurasi tiga minit tiga puluh empat saat itu. Berikut adalah Easter Eggs yang terdapat di dalam trailer ke-2 Batman v Superman : Down Of Justice


Menara Wayne Financial

Di dalam trailer ini memaparkan kejadian yang berlaku semasa kemuncak Man of Steel , kita dapat melihat Menara Wayne telah musnah disebabkan oleh pertempuran antara Superman dan General Zod. Bruce Wayne kelihatan tidak gembira dengan kemusnahan yang berlaku dan Superman dilihat tidak menghiraukan keselamatan orang awam. Seperti yang kita telah lihat Bruce Wayne berlari ke arah runtuhan bangunan dan telah menyelamatkan seorang kanak-kanak. Beliau kelihatan serius, daripada reaksi wajahnya menunjukkan perasaan marah,geram membuatkan motivasi hero dalam dirinya sebagai Batman membuak-buak. 


Wayne Manor

Seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas, Rumah Agam Keluarga Wayne. Ianya jelas kelihatan tidak terurus dan musnah seperti sesuatu tragedi telah berlaku di rumah tersebut, Bruce Wayne telah membuat keputusan untuk berpindah dan meninggalkan rumah keluarga lamanya.



Bat Cave


Di sini kita dapat melihat Bat Cave seperti yang kita ketahui yang mana adalah merupakan markas operasi Batman. Rekaan dalaman Bat Cave di dalam filem ini mendapat sentuhan versi moden - Ia kelihatan seperti versi Batman Inc, apabila Batman berpindah markas operasinya dari Bat Cave asal di bawah Wayne Manor.

You Let Your Family Die


Mesej You Let Your Family Die ‘Awak membiarkan keluarga awak mati’ yang tertulis pada keratan akhbar pada berita kemusnahan Wayne Tower ketika peristiwa Superman menentang General Zod dalam Man Of Steel mungkin adalah merupakan ejekan atau sindiran yang sinis dari Joker. Salah satu daripada dua babak yang dapat kita lihat dalam trailer ini adalah Thomas Wayne bapa kepada Bruce Wayne (Batman) atau mungkin kostum yang dilihat oleh Bruce Wayne ...


Bat-Gadgets!



Batarang, check!. Batmobile, check!!. Batjet (Batwing?) check!, dan Grappling Gun seperti yang dapat kita lihat pada scene yang cool di mana Batman menggunakan Grappling Gun untuk beralih dari sebuah bangunan ke tempat yang lain untuk mengelak heat vision dari Superman atau Doomsday? Che-freakin-Eck!.


Mayat General Zod

General Zod telah mati terbunuh ketika menentang Superman, dalam situasi yang kritikal General Zod telah menggunakan Heat Vision cuba untuk membunuh orang awam yang kebetulannya berada berdekatan di tempat kejadian menyebabkan Superman terpaksa merentap leher General Zod untuk menghentikan tindakannya. General Zod telah terbunuh selepas itu, tetapi ada mayatnya tidak dipaparkan pada penghujung filem Man Of Steel. Seperti yang dapat dilihat di dalam trailer, mayat General Zod dibuka dari beg mayat, mungkin oleh Lex Luthor, dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan Penyakit Berjangkit Tentera Amerika Syarikat (USAMRIID) untuk ujikaji. Mungkin DNA General Zod telah digunakan untuk menghasilkan Doomsday atau untuk menghasilkan sesuatu yang berpotensi untuk melemahkan Superman?.


Kostum Robin 


Daripada yang dipaparkan pada trailer ini menjelaskan bahawa Robin yang merupakan rakan seperjuangan Batman memerangi jenayah yang berleluasa di bandar Gotham telah meninggal dunia, Kostum Robin telah diconteng dengan cat berwarna kuning yang bertulis HAHAHA Joke’s On You Batman(HAHAHA Lawak Adalah Pada Anda Batman). Tulisan pada kostum Robin itu adalah petunjuk bahawa Joker (Jared Leto) adalah bertanggungjawab di atas kematian Robin, ini membuatkan gangguan dan kemelut emosi dalaman dalam diri Bruce Wayne dan telah menyimpan kostum Robin sebagai peringatan kegagalan peribadinya.


Diana Prince - Wonder Woman

Sebelum kita dapat melihat Wonder Woman beraksi, kita juga telah dapat melihat Wonder Woman berpakaian kasual, beliau memakai bodysuit berwarna putih dan kelihatan sophisticated dan elegan. Daripada shot ini adalah mungkin sebagai penghormatan atau rujukan Wonder Women Lynda Carter pada era 70-an kerana fesyennya kelihatan sama seperti Diana Prince versi Lynda Carter, mungkin?. Spoiler alert!..Menurut Journalis Umberto Gonzalez Wonder Women Gal Gadot adalah berusia lebih ratusan tahun.Boom!!..



Tentera Superman  


Sekumpulan Askar yang terdapat simbol "S " pada bahagian tepi bahu mereka dan tunduk melutut apabila kehadiran Superman seperti gambar di atas. Ia mengingatkan kepada permainan video Injustice : God Among Us, di mana Superman menjadi pemerintah kuku besi, dan merekrut tentera askar untuk melaksanakan perintahnya yang menguasai dunia.


Kematian Thomas Wayne Dan Martha Wayne 

Thomas dan Martha Wayne adalah merupakan ibubapa kandung kepada Bruce Wayne. Ketika Bruce Wayne berusia lebih kurang 6 tahun beliau telah menyaksikan kedua ibubapanya telah dibunuh oleh perompak dihadapan matanya sendiri. Selepas kejadian itu Bruce Wayne tekad untuk membersihkah Gotham City yang penuh dengan jenayah, rasuah dan korupsi dengan menjadi satu simbol dan persona iaitu sebagai Batman. Seperti yang dipaparkan di dalam trailer ini mungkin adalah babak imbasan Bruce Wayne yang tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Nampaknya kita akan melihat kedua ibubapanya terbunuh lagi seperti yang pernah dipaparkan di dalam filem Batman sebelum ini.


Senjata Wonder Women

Pose dan gaya ikonik oleh Wonder Woman yang menyilangkan lengannya menghentak gelang pelindung tangannya untuk menghasilkan gelombang dan letupan yang besar adalah merupakan momen yang mengujakan di dalam trailer ini. Ianya menjadi satu persoalan, dengan siapakah Wonder Women bertarung?, walaubagaimanapun ianya adalah shot yang menarik. Selain itu kita dapat menyaksikan pedang dan perisai digunakan oleh Wonder Women, serta Golden Lasso (Tali Emas) yang membuatkan seseorang itu bercakap benar jika diikat dengan Golden Lasso tersebut.

Batman Membunuh?

Seperti gambar di atas, Batman kelihatan terdesak dan telah merentap leher seorang askar ketika diserang oleh sekumpulan askar Superman. Dari spekulasi dan rumor menyatakan bahawa sekuen di padang pasir ini adalah merupakan mimpi Bruce Wayne. Ianya menjadi satu persoalan, adakah Batman membunuh di dalam DC sinematik universe ini?. Bagaimana dengan polisi dan kod etikanya yang tidak membunuh?.


Kryptonite Fragment


Laporan dari journalist Ben Kendrick menyatakan Lex Luthor ingin menyediakan Bruce Wayne satu mineral asing untuk digunakan untuk menentang Superman. Lex Luthor bertujuan untuk melaga-lagakan dua wira terhadap satu sama lain untuk kepentingannya sendiri dan mungkin serpihan Kryptonite akan digunakan oleh Batman dalam pertempuran terakhir. Tetapi sudah tentu Lex Luthor tidak perlu menyerahkan sampel kryptonite, kerana Batman yang berkelengkapan gadget yang canggih sendiri mampu mencuri sampel Kryptonite tersebut dari pejabat LexCorp dalam persediaan untuk bertarung dengan Superman. Batman Robotik Armor mungkin bersalut dengan kryptonite membuatkan Superman lemah dan Batman mampu bertarung dengan Superman.



The Dark Knight Returns 


Jika anda perasan di dalam scene Batman beralih ke satu bangunan ke tempat yang lain dengan menggunakan grapple gun menyerupai cover komik The Dark Knight Returns oleh Frank Miller, salah satu karya yang mempunyai pergaduhan terbesar dalam sejarah antara Batman dan Superman. Pengarah Zack Snyder telah mengambil The Dark Knight Returns sebagai inspirasi kepada banyak aspek di dalam filem ini.



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice

"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."

Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan