ADS

Sabtu, 11 Julai 2015

Lihat Trailer Kedua Batman V Superman : Down Of Justice telah dikeluarkan!!.



Warner Bros telah mengeluarkan satu trailer baru untuk filem mereka yang akan datang Batman V Superman : Dawn of Justice. Bertepatan Masanya dengan upacara karnival tahunan di America iaitu Comic-Con International : San Diego, Batman V Superman adalah merupakan filem kedua di dalam DC Sinematik Universe dari Warner Bros Studio dan bakal mengembangkan lagi Sinematik Universe mereka dengan filem Suicide Squad serta filem karakter dari DC komik yang lain yang telah dijadualkan tayangannya sehingga tahun 2020. Trailer ini telah ditayangkan di hadapan orang ramai di dalam Dewan Hall H dalam slot panel mereka.

Di dalam trailer tersebut memaparkan Superman (Henry Cavill) telah memulakan pergaduhan dengan menyerang Batman (Ben Affleck) setelah Superman dimapulasikan oleh Lex Luthor (Jesse Eisenberg), serta Wonder Woman (Gal Gadot) itu Wonder Woman seperti terperangkap di tengah-tengah krisis Batman dan Superman.


Anda boleh melihat video trailer tersebut di bawah.





Terdapat banyak berita dan perkembangan terbaru yang telah kami perolehi dari karnival Comic-Con, kami akan menyampaikan berita pada entri yang akan datang. Follow kami di FB page BukuKomikKu atau pada blog ini untuk mengetahui sebarang perkembangan terbaru. Read, Share and spread untuk membantu kami, Thanks to all followers and readers !!.. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.



Sinopsis rasmi Batman V Superman : Down Of Justice

"Gusar dengan tindakan Super Hero yang berkuasa seperti tuhan dibiarkan tanpa kawalan, seorang vigilante yang paling geruni daripada Gotham City itu sendiri terpaksa mengambil tindakan menentang wira penyelamat moden yang paling dihormati dari Metropolis, manakala dunia menjadi kalut dan tidak bersefahaman dengan wira jenis apakah ia benar-benar memerlukan. Ketika Batman dan Superman berperang di antara satu sama lain, satu ancaman baru mulai timbul dan meletakkan manusia dalam bahaya yang lebih besar daripada ia pernah diketahui sebelum ini."

Batman V Superman : Dawn Of Justice diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio, screenplay oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder sebagai producer, dengan Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns berkhidmat sebagai executive producer.

Batman V Superman : Down Of Justice telah dijadualkan tayangannya pada 25 March 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan