ADS

Ahad, 28 Jun 2015

Reaksi Pertama Filem Marvel Ant-Man Dan Telah Disahkan Mempunyai 2 End Credit Scene.



Pada malam Khamis yang lalu, Marvel telah mengadakan press screening pertama untuk filem Ant-Man. Marvel Studio berasa yakin dengan hasil produk mereka dan memberitahu kepada wartawan yang hadir mereka dibenarkan untuk menulis tweet reaksi mereka selepas menonton filem tersebut.



Rata-ratanya yang telah menyaksikan filem Ant-Man memberikan komen yang positif tentang filem tersebut. Pengkritik telah memuji filem itu yang menyeronokkan dan penuh dengan humor. Kebanyakannya membandingkan filem Ant-Man dengan Ocean Eleven kerana filem tersebut mempunyai tema yang serupa cerita mengenai rompakan. Pelakon Michael Pena telah dipuji kerana berjaya meraih perhatian dengan prestasi lakonannya serta komedi yang boleh dikatakan menonjol.


Ant -Man adalah filem pertama yang merujukan SpiderMan di dalam Marvel Sinematik Universe!. Tetapi jangan mengharapkan cameo Spider-Man, mungkin hanya memaparkan bangunan Daily Bugle atau Oscorp Tower atau mungkin karakter yang berkaitan seperti Aunt May?.



Oh ya, dan pastikan anda tunggu sehingga penghujung kredit ! Ant -Man mempunyai dua klip pada mid kredit scene dan post kredit snece. Setakat ini, masih tiada orang yang mendedahkan apa-apa maklumat yang sebenar dan spoiler, tetapi komen kepada mereka telah bersemangat. 

Lihat komen mereka di twitter di bawah.





Sinopsis rasmi filem Ant-Man

Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal dan anggota Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man daripada Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri berpengalaman Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan dengan tujuan untuk menyelamatkan dunia.


Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).

Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.



Ant-Man akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan