ADS

Ahad, 12 Julai 2015

Lihat Leaked Trailer Deadpool Dari Panel Comic-Con San Diego Di Sini!


Semasa panel Fox Movies di Comic-Con International: San Diego 2015 dilansungkan, mereka telah memulakan program untuk slot mereka dengan filem Deadpool di Hall H Plaza Park, San Diago. Pelakon Ryan Reynolds (Deadpool-Wade Wilson) bersama pelakon yang lain dan pengarah filem tersebut Tim Miller telah hadir untuk sesi soal jawab dan perbincangan bersama media dan peminat serta mempromosikan filem mereka. Pada penghujung program, mereka telah mempertontonkan trailer yang pertama filem Deadpool kepada media dan peminat yang berada di dalam dewan Hall-H itu.




Seluruh Dewan H menjadi riuh rendah selepas trailer filem Deadpool ditayangkan dan membuatkan penonton teruja, kemudian kesemua penonton berteriak “one more time(sekali lagi)” membuat permintaan untuk menyaksikan trailer tersebut sekali lagi, akhirnya pihak Fox menayangkan trailer tersebut buat kali kedua. Trailer Deadpool yang telah ditayangkan semasa panel Comic-Con ini berkemungkinan tidak akan dikeluarkan online dalam pada masa terdekat, tetapi seorang penonton yang berada di dalam dewan Hall-H semasa panel filem Deadpool telah berjaya merakam dan memuat naik trailer tersebut. Anda boleh menyaksikan leaked trailer Deadpool di bawah




Untuk menyaksikan panel Comic-Con Deadpool yang penuh anda boleh melihat video di bawah yang berdurasi 18 minit. Tiada trailer Deadpool yang dirakamkan di dalam video ini oleh kerana isu Copyright. 




Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang gelap serta twisted sense of humor, Deadpool memburu orang yang hampir memusnahkan hidupnya.


Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan