ADS

Rabu, 24 Jun 2015

Tom Holland Telah Dipilih Menjadi Spider-Man



Pelakon Tom Holland telah dipilih untuk memegang peranan sebagai Peter Parker aka Spider-Man dalam filem kolaborasi Marvel Studios bersama Sony Picture.


Tom Holland adalah berusia 19 tahun dan berasal dari United Kingdom. Beliau telah dikenali dengan filem lakonannya dalam filem The Impossible. Beliau juga pernah memainkan peranan sebagai Gregory Cromwell dalam siri Tv Wolf Hall.


Tom Holland akan menjadi pelakon ketiga yang memegang peranan Spider-Man pada layar perak, selepas Tobey Maguire dan Andrew Garfield. Tobey Maguire telah membintangi tiga filem pertama Spider-Man pada tahun 2002 di bawah arahan Sam Raimi, manakala Andrew Garfield hanya membintangi 2 filem iaitu The Amazing Spider-Man 2012 dan The Amazing Spider-Man 2014 di bawah arahan Marc Webb.


Tom Holland telah berkongsi beberapa video di Instagram miliknya pada awal minggu ini, mungkin meraikan kejayaan setelah mendapat peranan Spider-Man :



A video posted by ✌️ (@tomholland2013) on



A video posted by ✌️ (@tomholland2013) on


A video posted by ✌️ (@tomholland2013) on


Menurut kenyataan dari Executive Sony Amy Pascal kepada Marvel.Com, "Sony, Marvel, Kevin Feigi dan saya semua tahu untuk Peter Parker, kami terpaksa mencari, pelakon berbakat dan juga muda yang mampu membawakan salah satu watak yang paling terkenal di dunia, Dengan Tom Holland, kami telah menemui pelakon yang sempurna untuk membawa cerita Spider-Man ke dalam Marvel Sinematik Universe. "


Pada bulan Februari tahun ini, Marvel dan Sony Pictures telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk bekerja bersama-sama pada masa akan datang untuk filem Spider-Man. Sebahagian daripada perjanjian itu, Spider-Man yang baru dijangka akan turut serta dalam filem Captain America: Civil War, sebelum filem solo Spider-Man. Pengarah Jon Watts bakal mengarahkan filem Spider-Man terbaru yang telah dijadualkan tayangannya pada 28 Julai 2017. Rumor menyatakan filem terbaru Spider-Man akan diberi judul Spectacular Spider –Man atau The New Avenger.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan