ADS

Khamis, 25 Jun 2015

Robert Downey Jr. Memberitahu Mark Ruffalo Bahawa Hulk Akan Turut Serta Dalam Captain America: Civil War





Mengenai kehadiran Hulk di dalam Captain America : Civil War, Robert Downey Jr. seolah-olah lebih mengetahui banyak perkara daripada President Marvel Studio Kevin Feige.


Para Peminat dan Mark Ruffalo sendiri tidak sabar menantikan pengesahan rasmi bahawa The Hulk akan mempunyai tempat di dalam filem sekuel ketiga Captain America itu, baru-baru ini Mark Rurfalo telah mengatakan bahawa Downey Jr telah memberitahunya bahawa beliau akan turut serta dalam Civil War.


"Buat masa ini, saya telah mengetahui hal ini dari Robert Downey Jr, tetapi saya masih belum mendengar atau melihat berita daripada pihak produksi lagi," kata Mark Ruffalo kepada HitFix. "Jika Robert Downey, Jr . kata saya dalam 'Captain America,' saya dalam 'Captain America' dammit!. Dan saya akan menunggu hari panggilan tawaran untuk saya muncul di depan pintu saya atau skrip saya. "






Adalah sukar untuk mengatakan tentang berita dari Robert Downey Jr.kepada Ruffalo adalah serius, atau hanya berseloroh dengannya. Memandangkan bagaimana pihak Marvel Studios mengawal ketat rahsia mereka sebelum ini dan tidak membenarkan sebarang maklumat bocor, ianya sukar untuk dipercayai bahawa mereka akan membiarkan Downey Jr. atau Ruffalo mengeluarkan kenyataan begitu bersahaja. Walaubagaimana pun segalanya bakal terjawab di dalam Captain America: Civil War yang dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan.




Lihat komen penuh Mark Ruffalo pada video di bawah.




SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.



Captain America : Civil War telah dijadualkan tayangannya pada 6 May 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan