ADS

Sabtu, 13 Jun 2015

Lihat Poster Parodi Ant-Man




Baru sahaja semalam Marvel Studios telah mengeluarkan tiga poster Ant-Man semalam yang memaparkan superhero bersaiz kecil itu berkostum lengkap dengan cameo beberapa ahli Avengers. Tetapi dalam tempoh masa yang tidak lama selepas Marvel Studios mengeluarkan poster tersebut, seorang peminat telah membuat poster parodi untuk Ant-Man bersama ahli Avengers yang lain. Pada poster yang dibuat oleh peminat tersebut memaparkan Scott Lang lengkap memakai kostum Ant-Man berdiri pada tubuh Black Widow berdekatan dengan " aset" Black Widow. Poster yang kedua memaparkan Ant-Man sedang duduk di atas anak panah milik Hawkeye. Walaubagaimana pun hasil poster tersebut adalah mengagumkan, ianya kelihatan seperti sebuah poster yang sebenar.


Poster parodi Ant-Man tersebut adalah hasil daripada C. Anderson / razorwerk yang telah dimuat naik pada Laman sosial Facebooknya. Mungkin poster tersebut boleh mengundang kontroversi dan membuatkan persepsi yang negatif dari pelbagai pihak, tetapi ianya terpulang kepada persepsi sesiapa yang melihatnya. Walaubagaimana pun ianya hanya sekadar suka-suka. 

Anda boleh melihatnya poster tersebut di bawah 





Sinopsis rasmi filem Ant-Man

Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal dan anggota Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man daripada Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri berpengalaman Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan dengan tujuan untuk menyelamatkan dunia.


Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).
Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.

Ant-Man akan ditayangkan dipawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan