ADS

Khamis, 11 Jun 2015

Poster Dan TV Spot Terbaru Ant-Man Mengaitkan Kaitan Dengan Avengers



Marvel Studios telah mengeluarkan satu set poster baru untuk filem Ant -Man yang mengaitkannya dengan Avengers. 3 Poster baru telah dikeluarkan oleh Marvel Studios dengan cameo Iron Man, Captain America dan Thor dengan bersertakan tagline " Tiada Shield . Tiada Armor . Tiada Hammer . Tiada Masalah . " Ini adalah merupakan satu strategi teknik pemasaran yang baik. Marvel juga telah mengeluarkan TV Spot baru yang berjudul Ant-Man bangkit menentang Yellow Jacket. Di dalam video trailer Tv Spot tersebut terdapat satu babak di mana Scott Lang mencadangkan mereka memanggil Avengers untuk mendapatkan bantuan, dan kemudianya beliau mengakui ianya adalah seperti sesuatu yang tidak masuk akal. Ianya melucukan.



Anda boleh melihat Poster dan Tv Spot tersebut di bawah,





Poster Ant-Man untuk  Russia



Sinopsis rasmi filem Ant-Man

Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal dan anggota Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man daripada Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri berpengalaman Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan dengan tujuan untuk menyelamatkan dunia.

Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).
Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.

Ant-Man akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan