ADS

Rabu, 10 Jun 2015

Fantastic Four 2015 : Sedikit Fakta Mengenai Filem Ini



Filem Fantastic Four reboot adalah merupakan hasil terbitan daripada Fox Studios yang bakal ditayangkan di pawagam dalam beberapa bulan lagi. Terdapat pelbagai kontroversi yang berlaku sepanjang pengambaran filem itu. Ketika trailer pertama Fantastic Four dikeluarkan, terdapat banyak kritikan dan reaksi yang negative daripada peminat, tetapi selepas trailer kedua Fantastic Four dikeluarkan ianya telah mendapat perhatian ramai peminat dan sekali gus melenyapkan segala kontroversi. Tetapi daripada kedua-dua trailer Fantastic Four yang telah dikeluarkan, rasanya tidak banyak maklumat yang dapat kita ketahui. 


Di sini kami ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai segala yang telah kami ketahui tentang filem Fantastic Four 2015.



Originnya Adalah Berlainan

Dalam komik, Fantastic Four mendapatkan kuasa mereka selepas ekspedisi ke angkasa mendedahkan mereka kepada radiasi kosmik. Manakala origin di dalam filem ini, mereka telah pergi ke suatu dimensi alternatif, dianggap sebagai Zon negatif . Mereka mendapat kuasa setelah terdedah dengan radiasi pada Zon Negatif ketika ekspedisi ke dimensi alternative.








Sue Storm Adalah Merupakan Anak Angkat Dan Bukan Kakak Kandung Johnny Storm

Dengan melakukan sedikit perubahan dari komik, Susan Storm ( Kate Mara ) dan Johnny Storm (Michael B. Jordan) tidak mempunyai kaitan biologi. Secara teorinya Susan Storm adalah merupakan anak angkat, kerana kedua-dua Johnny dan Dr. Franklin Storm ( Reg E. Cathey ) berkulit hitam.

Ya, Human Torch adalah berkulit hitam. Mungkin banyak peminat tidak dapat menerima perubahan yang telah dilakukan, tetapi perkara ini tidak mempunyai kesan terhadap kualiti filem itu atau mungkin ianya adalah lebih baik, dan Michael B. Jordan juga telah memberi respons kepada kritikan secara profesional. Jadi just get over it.






DOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOM

Toby Kebbell memegang peranan sebagai Victor Domashev, adalah merupakan Dr Doom versi baru. Fox Studios tidak mendedahkan banyak butiran mengenai Doom, tetapi khabar angin mengatakan bahawa beliau adalah seorang programmer anti -sosial yang menggunakan " Doom " sebagai identitinya dalam internet.

Seperti yang telah dipaparkan dalam trailer filem itu seolah-olah mengambarkan bahawa Doom dan Reed Richards ( Miles Teller ) adalah sahabat kolej dan mereka bekerjasama dalam penghasilan di projek yang membuka laluan kepada dunia Zon negatif. Dari trailer itu juga memaparkan semasa Fantastic Four kembali ke Bumi dengan kuasa baru mereka, selepas perjalanan ke Zon Negatif telah mengubah fizikal Domashev kepada persona villain selepas dia ditinggalkan.







Sekuel Untuk Filem Ini Telah Dirancang

Fox telah merancang filem Fantastic Four 2 mengikut jadual filem mereka dan telah dijadualkan tayangnya pada 9 Jun 2017, jadi filem Fantastic Four 2015 adalah merupakan permulaan Sinematik Universe mereka. Khabar angina juga menyatakan bahawa Fantastic Four dengan X-Men berkongsi di dalam Sinematik Universe yang sama.








The Thing Tidak Memakai Seluar

Errr...Rasanya The Thing memerlukan seluar getah seperti Hulk. Pakai laa seluar..Malu kat orang tu.. Heheh








Fantastic Four telah dijadualkan tayangannya pada 6 Ogos 2015





Tiada ulasan:

Catat Ulasan