ADS

Khamis, 4 Jun 2015

Lihat Perbandingan Skala Saiz ANT-MAN, Extender TV Trailer Serta Butiran Mengenai Pym Particles




Selepas filem Avengers : Age Of Ultron yang baru sahaja ditayangkan di pawagam baru-baru ini, tumpuan Marvel Studio telah beralih ke arah mempromosikan filem mereka seterusnya Ant–Man pada Julai ini dan juga termasuk melancarkan laman web rasmi untuk filem tersebut. Laman web tersebut memaparkan pelbagai maklumat mengenai Ant-Man serta galeri foto dan juga video.

Laman web tersebut juga turut menerangkan mengenai Pym Technologies, ia mendedahkan bahawa "Dr. Henry Pym (Michael Douglas ) adalah orang yang telah berjaya menemui dan mengasingkan sekumpulan zarah subatom yang unik dan jarang ditemui, zarah subatom tersebut telah dinamakan sebagai ' Pym Particles(Zarah)'. Zarah tersebut berkeupayaan meningkatkan atau mengurangkan saiz sesebuah jisim objek atau makhluk yang hidup. Untuk mengetahui lebih butiran atau maklumat mengenai Ant-Man, anda boleh melawat laman web rasmi Ant-Man. Lihat perbandingan skala saiz Ant-Man serta Extented TV trailer dan foto galeri di bawah


                               












Sinopsis rasmi filem Ant-Man

Evolusi daripada Marvel Sinematik Universe, membawakan pengasas asal dan anggota Avengers ke layar perak buat kali pertama dengan Ant-Man daripada Marvel Studios. Berbekalkan keupayaan untuk mengecil saiz tubuh badan tetapi dapat meningkatkan kekuatannya, pencuri berpengalaman Scott Lang (Paul Rudd) berubah menjadi wira dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas), untuk melindungi rahsia di sebalik suit luar biasa Ant-Man daripada ancaman dari generasi baru. Untuk melepasi segala halangan, Hank Pym dan Scoot Lang mesti merancang dan melakukan satu rompakan dengan tujuan untuk menyelamatkan dunia.

Turut dibintangi Judy Greer (Dawn Of The Planet Apes), Bobby Cannavale (Chef, Blue Jasmine), Michael Pena (End Of Watch, Fury), Martin Donovan (Inherent Vice, Insomnia), Wood Harris (Dredd), John Slattery (Mad Men, Iron Man 2), Gregg Turkington ("Gravity Falls," The Comedy), Abby Ryder Fortson (The Whispers), David Dastmalchian (The Dark Knight) dan TI (House of Lies).
Skrip Ant-Man oleh Edgar Wright, Joe Cornish, Andrew Barrer, Gabriel Ferrari dan Adam McKay.

Ant-Man akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan