ADS

Ahad, 31 Mei 2015

Ryan Reynolds Mengumumkan Penggambaran Deadpool Telah Tamat.



Sejak beberapa bulan yang lalu kita telah melihat video gambar dari set penggambaran filem Deadpool. Kita juga telah menyaksikan telatah dan gelagat lucu dari Merc(Askar upahan) yang bermulut celupar semasa pengumuman filem Deadpool diklasifikasikan sebagai Rated-R pada hari April Fool.




Selepas kegagalan filem X -Men Origins : Wolverine, kebanyakan peminat menjangkakan filem solo Deadpool tidak akan dibuat dan tidak akan dapat menyaksikan filem Deadpool pada layar perak. Walaubagaimanapun Pelakon Ryan Reynolds tidak pernah berputus asa bagi memastikan projek untuk filem Deadpool dapat dilaksanakan.



Penggambaran untuk filem Deadpool yang telah dilakukan di Vancouver pada awal tahun ini, filem ini telah lama dinanti-nantikan oleh peminat, selepas reaksi positif peminat melihat rakaman test footage yang tersebar di internet membuatkan 20th Century Fox Studio untuk meluluskan projek untuk filem tersebut. 



Baru-baru ini Ryan Reynolds telah mengumumkan penggambaran filem Deadpool telah selesai pada laman sosialnya. 


Adakah anda teruja untuk melihat karakter Deadpool yang paling digemari oleh rata-rata peminat komik Marvel dilayar perak?.


Sinopsis Rasmi Filem Deadpool

Berdasarkan anti-hero yang tidak konvensional dari Komik Marvel, Deadpool menceritakan tentang bekas Pasukan Operasi Khas bertukar menjadi askar upahan, selepas dia menjadi bahan eksperimen yang dahsyat, hasil daripada eksperiment tersebut dia telah mendapat kelebihan penyembuhan pantas seperti Wolverine dan membuat keputusan dengan menjadi Deadpool sebagai alter egonya. Berbekalkan dengan kebolehan barunya dan membawa karakter yang gelap serta twisted sense of humor, Deadpool memburu orang yang hampir memusnahkan hidupnya.


Deadpool telah dijadualkan tayangannya pada 12 Februari, 2016.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan