ADS

Ahad, 7 Jun 2015

Teaser Trailer Captain America : Civil War Tersebar, Walaupun Fake Ianya Menakjubkan!


Setiap kali trailer filem bocor dan tersebar ianya pasti menjadi topik hangat di internet. Sebelum ini kita telah menyaksikan video klip fake end credits scene untuk Avengers : Age Of Ultron, yang mana memaparkan Spider-Man dengan berlatar belakangkan Avengers Tower di bandaraya New York.


Untuk Lihat The Making Of End Credits Avengers : Age Of Ultron Prank lihat di sini

Selepas melihat teaser trailer tersebut, sukar untuk kita meneka samada teaser trailer tersebut adalah benar atau pun palsu. Setelah puas mencari jawapan pada Google, akhirnya ianya telah disahkan bahawa teaser trailer tersebut adalah palsu. Walaubagaimanapun hasil editing klip video itu adalah sangat mengagumkan dan nampak seperti sebuah teaser trailer yang sebenar.Lihat klip video tersebut di bawah.



Apa pendapat anda?. Ianya kelihatan seperti sebuah teaser trailer yang sebenar bukan?. Tetapi gambar di bawah membuktikan bahawa klip teaser trailer tersebut adalah palsu.


SINOPSIS RASMI CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR

Captain America : Civil War merupakan kesinambungan selepas kejadian dalam Avengers : Age Of Ultron, Steve Rogers membawa pasukan baru Avengers dalam usaha mereka untuk menjaga keamanan. Selepas insiden yang melibatkan ahli Avengers telah menyebabkan kemusnahan dan kehancuran Bandar dan juga harta awam, membawa kepada ketegangan politik untuk mewartakan sebuah sistem akauntabiliti dan mewujudkan badan pentadbiran untuk menentukan bila untuk mendapatkan khidmat pasukan. Ini menyebabkan ahli Avengers bertelagah sesama sendiri ketika cuba untuk melindungi dunia dari penjahat dan villain yang baru.

Pengarah Joe dan Anthony Russo juga termasuk Pengarah Fotografi Trent Opaloch, Production Designer Owen Paterson, Pereka kostum Judianna Makovsky. Producer filem Marvel Captain America: Civil War oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, dengan Louis D' Esposito, Alan Fine, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore dan Stan Lee berkhidmat sebagai Eksekutif Producer.



Captain America : Civil War telah dijadualkan tayangannya pada 6 May 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan