ADS

Rabu, 27 Mei 2015

Video :[Update] Batman Berpaut Pada Bumbung Lamborghini Joker Pada Set Penggambaran Suicide Squad



Selepas tersebar video Batmobile mengejar Lamborghini Joker sebelum ini, video terbaru dari set penggambaran Suicide Squad arahan David Ayer memaparkan The Dark Knight melompat di atas bumbung kereta yang dipandu oleh Joker dan berpaut padanya semasa Joker memecut laju Lamborghininya. Ianya seolah-olah Batman hampir menangkap Joker. Tetapi terdapat sesetengah video Batman dilihat tidak memakai Cape (Kain), mungkin ianya akan di edit dengan CGI effect nanti.

Walaubagaimanapun jelas sekali Batman yang dilihat berpaut pada Lamborghini Joker itu adalah bukan Ben Affleck, ianya adalah stunt double untuk Batman. Tetapi mungkin kita berpeluang melihat pelakon Ben Affleck dalam kostum Batman bersemuka atau bertarung dengan Joker lakonan Jared Leto dalam beberapa hari lagi.


Anda boleh melihat video tersebut di bawah.






A video posted by Morgan (@morgancraigon) on







Pelakon filem Suicide Squad adalah Jared Leto sebagai The Joker , Margot Robbie sebagai Harley Quinn , Will Smith sebagai Deadshot , Jai Courtney sebagai Captain Boomerang , Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Cara Delevingne sebagai Enchantress , Karen Fukuhara sebagai Katana , Adewale Akinnuoye sebagai Killer Croc , Jay Hernandez sebagai El-Diablo, Adam Beach sebagai Slipknot. Viola Davis sebagai Amanda Waller, dan penampilan khas Ben Affleck sebagai Batman.

Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer. Suicide Squad telah dijadualkan tayangannya pada 5 Ogos 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan